TEKNOLOGI RAHSIA TENGKORAK KRISTAL BELUM TERUNGKAI

Besarkan video
 

 

Pada 1 Januari 1924, seorang rakyat British bernama Anna Mitchell Hedges telah menemui satu tengkorak kristal di bawah altar sebuah kuil piramid di bandar tamadun Maya yang dikenali sebagai Lubaantun (bermaksud bandar dari reruntuhan batu dalam bahasa Maya).

Saiz tengkorak kristal tersebut sama seperti tengkorak manusia dan terbuat sepenuhnya daripada kuarza lutsinar.

Memandangkan kristal itu tiada kandungan karbon, tengkorak itu telah menjalani pelbagai ujian oleh saintis dari syarikat terkenal Hewlett-Packard. Hasil kajian telah mengejutkan para saintis. Seorang daripada saintis yang terlibat menyifatkan keputusan luar biasa itu dengan ungkapan, “Tengkorak ini sepatutnya tidak wujud!”

Dapatan yang mendedahkan bahawa tengkorak kristal hanya mampu dibuat menggunakan teknologi canggih adalah seperti berikut:

1. Sekumpulan saintis mendedahkan bahawa tengkorak itu terbuat daripada sebentuk kuarza yang dikenali sebagai silikon dioksida piezoelektrik yang digunakan dalam sektor telekomunikasi semasa dan memiliki satu kapasiti memori yang lebih tinggi daripada yang lain. Mikropemproses terkini juga terbuat daripada bahan yang sama. Namun hakikat yang lebih menarik adalah jenis kristal sedemikian baru ditemui pada abad ke-19.

2. Kristal silikon dioksida piezoelektrik ini mempunyai kedua-dua kutub negatif dan positif. Ini bermakna ia mampu menghasilkan elektrik sendiri sepertimana bateri lainnya.

3. Saintis menggunakan satu siri ujian lampu berkutub untuk membuktikan bahawa dua komponen berasingan iaitu bahagian kranium dan rahang bawahnya telah dibuat daripada satu blok batu kristal yang sama. Hakikat bahawa hampir mustahil untuk tengkorak itu diukir daripada satu blok kristal telah menghairankan para saintis kerana hablur kuarza lebih lembut dan rapuh berbanding berlian.

4. Melalui pemerhatian mikroskop, saintis mendapati bahawa tiada sebarang kesan penggunaan peralatan automatik moden atau peranti mekanikal pada tengkorak itu. Saintis menyimpulkan bahawa meskipun dengan bantuan alatan elektrik moden yang bermata berlian, mustahil untuk menghasilkan komponen halus dan indah seperti rahang bawahnya daripada sebentuk kristal tanpa memecahkannya.

5. Para saintis berpendapat bahawa tengkorak kristal ini mampu dihasilkan tanpa sebarang peralatan, hanya menggosokkannya dengan berlian, tetapi cara ini akan memerlukan usaha beberapa generasi dalam tempoh kira-kira 300 tahun.

6. Kristal moden diukir di sekitar paksinya kerana mempunyai simetri molekul. Ia perlu dipotong sejajar dengan struktur semulajadinya, atau dalam erti kata lain simetri molekulnya agar kristal tidak pecah. Sekalipun teknik potongan laser berteknologi tinggi digunakan, kristal tetap akan hancur jika tidak dipotong mengikut paksi asalnya. Namun biarpun tengkorak kristal ini dipotong tanpa mengikut paksinya, tiada rekahan atau retakan yang timbul, bertentangan sekali dengan hukum fizik.

7. Saintis turut dikejutkan oleh ciri-ciri optik yang ada pada tengkorak. Melalui hasil ujian Hewlett-Packard, saintis menyedari bahawa tengkorak itu mempunyai sifat optik yang menarik. Cahaya yang dipancarkan dari bawah tengkorak biasanya terbias dalam semua arah, tetapi dalam tengkorak ini ia membentuk satu saluran yang bertumpu pada soket mata dan memancarkan cahaya.

8. Satu lagi ciri optik yang mengejutkan adalah prisma yang lebih rendah berbanding bahagian bawah belakang tengkorak tersebut. Semua sinaran cahaya yang menerangi soket mata terpancar dari prisma ini. Oleh itu, apabila anda melihat terus ke dalam soket matanya anda dapat melihat keseluruhan bilik di dalam mata tengkorak kristal.

Beberapa struktur yang masih mengelirukan teknologi masa kini seperti Stonehenge di England yang dibina 8,000 tahun lalu, piramid Mesir, motif haiwan berbentuk T yang diukir 11,000 tahun lalu pada Gobekli Tepe di Urfa, Turki dan Gerbang Matahari 10 tan yang diukir daripada satu blok batu, membuktikan bahawa orang-orang pada zaman purba tidak primitif dan kekurangan pemahaman seni, sains dan teknologi, sepertimana yang kadang-kadang dinyatakan. Evolusionis juga telah cuba menggunakan pemikiran evolusi dan songsang ke atas pelbagai cabang sains seperti biologi, paleontologi, dan zoologi termasuklah arkeologi. Namun tengkorak kristal yang merupakan tinggalan artifak masyarakat silam ini telah menyangkal secara saintifik tuntutan para evolusionis bahawa makhluk seperti beruk secara beransur-ansur telah berubah menjadi manusia moden.

2013-01-31 12:12:02

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top