Biomimetik: Inspirasi Lukisan daripada Rekabentuk Benda-benda Hidup

Terdapat arahan untuk kamu dalam lembu. Daripada kandungan-kandungan perut mereka , dari pundi buangan dan darah, Kami berikan kamu susu asli untuk minuman, mudah bagi peminum-peminum untuk menelan. (Qur’an, 16:66)

Dan sesungguhnya ada pengajaran untukmu dalam binatang ternakan kamu. Kami beri kamu minum daripada apa yang ada dalam perut-perut mereka dan terdapat pelbagai kaedah yang kamu menafaat dari mereka, dan kamu makan sejumlah daripadanya, dan kamu mengenderai mereka dan atas kapal-kapal juga. (Qur’an, 23:21-22)

Sebelum saintis dan pakar-pakar penyelidik dan pembangun meneroka sesuatu projek baru, mereka terlebih dahulu memperhatikan model-model dalam benda-benda hidup dan meniru sistem-sistem dan rekabentuk-rekabentuk tersebut. Dengan lain perkataan, mereka meneliti dan mengkaji rekabentuk-rekabentuk ciptaan semulajadi Allah dan berinspirasikan ini,  membangunkan teknologi-teknologi baru mereka sendiri.

Pendekatan ini telah melahirkan biometrik, suatu cabang baru sains yang memerlukan plagiat terhadap benda-benda hidup. Pada waktu-waktu terkini, aspek sains ini telah digunakan secara meluas dalam dunia teknologi. Penggunaan perkataan “ibratan,” (belajar daripada, nasihat, kepentingan, benda yang mustahak, atau model) dalam ayat di atas adalah sangat bijaksana bagi maksud ini.

Biomimetik merujuk kepada semua bahan, peralatan, mekanisme, dan sistem yang dihasilkan oleh manusia dalam memplagiat sistem-sistem yang wujud di alam semulajadi. Komuniti saintifik sekarang merasakan suatu keperluan yang hebat untuk menggunakan peralatan tersebut, terutamanya dalam bidang-bidang teknologi nano, teknologi robot, kecerdikan buatan, perubatan, dan pertahanan.

Biomimikri telah diutarakan pada mulanya oleh Janine M. Benyus, seorang penulis dari Montana. Konsep ini kemudian dianalisa oleh ramai orang dan telah mula mecari aplikasinya. Sejumlah komen yang telah dibuat mengenai biomimikri adalah seperti berikut:

Tema "biomimikri" adalah kita hendaklah banyak belajar daripada dunia semulajadi, sebagai model, mengukur, dan mentor. Apa yang pengkajiselidik-pengkajiselidik memiliki dalam persamaan adalah menghormati rekabentuk-rekabentuk semulajadi alam dan ilham untuk menggunakan mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah manusia. 1

David Oakey, pakar buatan untuk Interface Inc., sebuah syarikat yang bersumberkan alam semulajadi bagi meningkatkan mutu produk dan produktiviti, berkata:

Alam semulajadi merupakan mentor saya bagi perniagaan dan rekabentuk, suatu model cara hidup. Sistem semulajadi yang telah bekerja selama jutaan-jutaan tahun … Biomimikri adalah satu kaedah pembelajaran berpandukan alam semulajadi. 2

Saintis yang telah mula mempersetujui ini dengan pantas meluaskan ide mempercepatkan kajian mereka menggunakan rekabentuk-rekabentuk alam yang tiada setara dan amat sempurna sebagai model. Rekabentuk-rekabentuk ini mewakili model-model untuk penyelidikan teknologi kerana mereka menyediakan produktiviti maksimum bagi jumlah bahan dan tenaga yang paling kurang, dan berupaya mengekalkan pemuliharaan sendiri, mesra alam, senyap, indah menawan, berdayasaing, dan tahan lama.Akhbar “The High Country News” telah menyatakan biomimetik sebagai “sebuah pergerakan saintifik” dan membuat ulasan berikut:

Dengan menggunakan sistem-sistem alam semulajadi sebagai model-model, kita boleh mencipta teknologi-teknologi yang lebih tahan lasak daripada yang ada hari ini. 3

Janine M. Benyus, yang meyakini bahawa model-model alam semulajadi harus ditiru, telah memberi contoh-contoh berikut dalam bukunya, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (Perennial: 2002):

• Burung kelicap menyeberangi Teluk Mexico menggunakan kurang daripada  3 gram (satu per sepuluh daripada satu aun) bahanapi,
• Pepatung mengendalikan pesawat helikopter paling terbaik,
• Sistem pemanasan dan pendingin hawa dalam busut anai-anai paling terhebat dalam istilah penggunaan alat dan tenaga berbanding sistem yang dibuat oleh manusia,
• Penghantar frekuensi tinggi kelawar lebih cekap dan lebih peka daripada sistem radar buatan kita,
• Alga sinar-cahaya menyatukan pelbagai bahan kimia untuk menyinari badan-badan mereka,
• Ikan dan katak artik menyejukbeku dan kemudian menganjal untuk hidup, telah melindungi organ-organ mereka daripada dimusnahkan oleh ais,
• Sesumpah dan sotong merubah corak  kulit mereka menyerupai persekitaran dengan sekelip mata,
• Lebah,penyu dan burung belayar tanpa peta, dan
• Ikan paus dan burung penguin menyelam tanpa sebarang peralatan skuba.

Mekanisme-mekanisme dan rekabentuk-rekabentuk alam semulajadi yang mengkagumkan ini, hanya sebahagian kecil diungkapkan, mempunyai keupayaan mempermewahkan teknologi bagi jurusan-jurusan yang luas. Keupayaan ini menjadi lebih nyata sejajar dengan peningkatan longgokan ilmu kita dan pertambahan kaedah-kaedah teknologi.

Semua haiwan memiliki banyak sifat-sifat yang mengkagumkan manusia. Ada yang mempunyai bentuk hidrodinamik yang sempurna membolehkan mereka berenang, dan terdapat lain-lain berbantukan pancaindera-pancaindera yang nyata asing kepada kita. Kebanyakan ciri-ciri yang hanya ditemui oleh pengkajiselidik untuk pertama kalinya, atau, mungkin baru kini tersingkap. Sehubungan itu, perlu untuk saintis-saintis pakar dalam bidang-bidang seperti teknologi komputer, kejuruteraan mekanikal, elektronik, matematik, fizik, kimia, dan biologi bekerjasama untuk memplagiat hanya satu ciri atau sifat benda hidup.

Saintis-saintis terpukau dengan pertembungan keunggulan struktur dan sistem yang mereka temui setiap hari berlalu, dan menggunakan kekaguman itu untuk mengilhamkan mereka menghasilkan teknologi terkini bagi faedah manusia. Menyedari hakikat kesempurnaan sistem yang wujud dan teknik-teknik luarbiasa alam semulajadi ternyata lebih canggih daripada ilmu dan kebijaksanaan mereka, membuatkan mereka peka terhadap penyelesaian-penyelesaian tanpa tara ini kepada masalah-masalah semasa dan kini berpandukan rekabentuk alam semulajadi untuk meleraikan masalah tersebut yang tidak terurai selama bertahun-tahun. Oleh yang demikian, mereka mungkin mencapai kejayaan dalam jangka waktu yang singkat. Tambahan lagi dengan meniru alam semulajadi, saintis-saintis membuat keuntungan terpenting daripada segi masa dan tenaga kerja juga penumpuan kepada penggunaan sumber bahan.

Hari ini kita lihat teknologi yang membangun beransur-ansur menyingkap keajaiban-keajaiban ciptaan dan menggunakan rekabentuk-rekabentuk luarbiasa dalam benda-benda hidup, seumpama kes biomimetik bagi perkhidmatan kemanusiaan. Benyus telah menyatakan “‘Bertindak mengikut alam semulajadi’ mempunyai keupayaan untuk mengubah cara membesarkan tanaman, membuat bahan-bahan, menjana tenaga, menyembuhkan diri kita, menyimpan maklumat, dan mengendalikan perniagaan.” 4 Berikut adalah sebahagian daripada kertaskerja-kertaskerja saintifik yang telah mengambilkira subjek-subjek tersebut:

“Science is Imitating Nature,” 5
“Life's Lessons in Design,” 6
“Biomimicry: Secrets Hiding in Plain Sight,” 7
“Biomimicry: Innovation Inspired by Nature,” 8
“Biomimicry: Genius That Surrounds Us,” 9
“Biomimetics: Creating Materials from Nature's Blueprints,” 10 and
“Engineers Ask Nature for Design Advice.” 11

Dalam kurun kesembilan belas, alam semulajadi diplagiat hanya pada istilah astetik. Seniman dan senibina ketika itu telah terpengaruh dengan alam semulajadi dan menggunakan contoh-contoh sifat-sifat luaran struktur dalam kerja-kerja mereka. Namun kesedaran rekabentuk-rekabentuk luarbiasa alam semulajadi dan lain-lain hanya boleh digunakan bagi faedah manusia bermula dalam abad kedua puluh dengan kajian mekanisme semulajadi di tahap molekul. Saintis hari ini sedang belajar daripada benda-benda hidup sebagaimana telah diungkapkan dalam Al-Quran 1,400 tahun lalu.



1- Frederick Pratter, “Stories from the Field Offer Clues on Physics and Nature,” Christian Science Monitor, www.biomimicry.org/reviews_text.html.
2- “Biomimicry,” www.bfi.org/Trimtab/spring01/biomimicry.htm.
3- Michelle Nijhuis, High Country News, 6 July 1998, vol. 30, no. 13, www.biomimicry.org/reviews_text.html.
4- “Biomimicry Explained: A Conversation with Janine Benyus,” www.biomimicry.org/faq.html.
5- Bilim ve Teknik Dergisi (Journal of Science and Technology) (August 1994): 43.
6- Philip Ball, “Life's lessons in design,” Nature 409 (2001): 413-16, www.nature.com/
cgi-taf/DynaPage.taf?file=/nature/journal/v409/n6818/full/409413a0_fs.html&filetype=&_UserReference
=C0A804EF465069D8A41132467E093F0EDE99.

7- “Biomimicry: Secrets Hiding in Plain Sight,” NBL (New Bottom Line) 6, no. 22, 17 November 1997, www.natlogic.com/resources/nbl/v06/n22.html.
8- Janine M. Benyus, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (New York: William Morrow and Company, Inc.: 1998), www.biomimicry.org/reviews_text.html.
9- Ed Hunt, “Biomimicry: Genius that Surrounds Us,” Tidepool editor, www.biomimicry.org/reviews_text.html.
10- Robin Eisner, “Biomimetics: Creating Materials from Nature's Blueprints,” The Scientist, 8 July 1991,
www.the-scientist.com/yr1991/july/research_910708.html.

11- Jim Robbins, “Engineers Ask Nature for Design Advice,” New York Times, 11 December 2001.
 
2010-04-05 23:48:50

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top