Rahsia Kebahagiaan

KITA hidup dalam zaman di mana konsep kebahagiaan menjadi topik paling kerap dibincangkan dalam kehidupan kita.

Tidak kira di mana pelusuk dunia manusia berada, semua orang mahu bahagia.

Walaubagaimanapun, majoriti besar manusia mengalami kesusahan dan masalah silih berganti.

Setiap manusia akan ada rungutan. Oleh kerana bilangan manusia yang tertekan meningkat, maka bilangan pakar psikoterapi dan penasihat kebahagiaan turut meningkat.

Buku-buku yang mendedahkan rahsia kebahagiaan turut menjadi laris di pasaran serata dunia.

Kini, manusia bergantung kepada teknologi untuk menjauhkan diri dari masalah mereka buat seketika.

Selain muzik, tarian, sukan, seni, televisyen dan filem, hiburan baru seperti komputer dan telefon pintar, Internet, media massa, konsert, pesta dan pertandingan menjadi jalan alternatif untuk manusia mencari kegembiraan.

Dalam usaha untuk memastikan mereka sentiasa terhibur dan gembira, setiap sumber sentiasa diperbaharui, dibangunkan dan boleh didapati secara meluas.

Walaupun segalanya telah ada, namun masih ramai manusia tidak gembira. Wajah pucat dan letih, mata dan jiwa kekosongan, pemikiran penuh dengan kebimbangan.

Ada yang mempunyai masalah kewangan, ada yang bergelut dengan penyakit atau dengan masalah peribadi atau keluarga. Ada yang berhutang, manakala ada yang dilanda krisis kerana tidak mampu mencapai taraf hidup yang mereka inginkan, tidak mampu membeli pakaian atau makanan yang mereka mahu.

Ada yang runsing bagaimana untuk teruskan hidup hingga akhir bulan manakala ada yang berfikir bagaimana perancangan masa depan untuk anak-anak mereka. Ada yang sedih kerana umur semakin tua; manakala sesetengah manusia, walaupun muda, merasa kosong dan putus harapan.

Jika kita melihat statistik bunuh diri, situasi seluruh dunia jelas semakin membimbangkan.

Menurut laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira satu juta orang mati kerana bunuh diri setiap tahun di dunia. Dalam erti kata lain, seorang bunuh diri untuk setiap 40 saat.

Organisasi ini menyatakan bahawa gangguan mental meningkat beransur-ansur.

WHO turut mendapati bahawa kes bunuh diri adalah punca kedua tertinggi untuk kematian di kalangan remaja.

Sebagai contoh, dilaporkan bahawa terdapat peningkatan dramatik remaja bunuh diri di Amerika Syarikat, di mana 40,000 remaja bunuh diri pada tahun lepas.

Masalah kemurungan ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa dan remaja, tetapi kanak-kanak juga mengalami masalah yang sama.

Kajian menunjukkan bahawa satu daripada dua kanak-kanak mengalami kemurungan.

Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat adalah antara negara yang menyedari risiko ini dan telah memuatkan subjek "kebahagiaan" dalam pelajaran kurikulum mereka.

Jadi, apakah punca kemurungan ini menguasai seluruh dunia? Masalah ekonomi biasanya dipersalahkan. Kerugian kewangan, pengangguran, kegagalan, kekecewaan, malu, penghinaan, konflik keluarga, kehilangan ahli keluarga, penyakit dan kesepian turut menjadi punca kemurungan. Walaubagaimanapun, semua ini bukanlah punca sebenar manusia murung dan putus asa.

Malah, ramai mendakwa bahawa walaupun tanpa masalah kewangan, dan mempunyai pelbagai peluang baik, namun mereka masih tidak bahagia kerana rasa kosong, malah mereka juga turut menjadi ketagih kepada dadah atau alkohol. Bertambah malang, sesetengahnya mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Hakikat sebenar punca segala kemurungan ini ialah kerana jiwa yang kosong dalam aspek kerohanian. Inilah punca utama masalah kemurungan sejak zaman-berzaman. Kerohanian adalah teras kebahagiaan.

Sesetengah manusia percaya bahawa mereka akan bahagia dengan material ataupun cita-cita mereka telah tercapai.

Walaupun mereka telah berjaya dari segi kewangan, jika rohani mereka tidak kuat, apabila berhadapan dengan sedikit kesukaran, mereka terus hilang kegembiraan dalam hidup dan menjadi terdesak dan pesimis. Jalan kerohanian adalah dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada kebijaksanaan infiniti Allah, pencipta alam semesta ini, menjadikan semua benda hidup dan bukan hidup serta memberi panduan kepada kita untuk hidup mengikut fitrah, melalui ayat-ayatNya.

Satu-satunya perkara yang membuat manusia mengecap kebahagiaan adalah dengan mencintai Allah, Pencipta semua manusia, Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat setiap manusia sepanjang masa, yang Maha Mengetahui segala doa manusia, dan berserah segala takdir hidup kepada Allah yang menentu takdir untuknya.

Telah jelas bahawa siapa yang hidupnya jauh dari Allah di dunia yang dicipta oleh-Nya hanya akan membawa kepada kesengsaraan dan kemusnahan. Jika kita melihat dengan teliti, segalanya ada sebab diciptakan. Laut, tasik, sungai, langit, bintang, gunung-ganang, bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran; ada hikmah dan kebaikan di setiap ciptaan yang kita lihat ataupun tidak.

Terdapat beribu ciri unik dalam setiap ciptaan agar manusia hidup selesa di dunia ini. Jika manusia melihat keindahan yang Allah ciptakan dengan hati nurani yang bersih, mereka akan dipenuhi dengan sifat kasih sayang dan keimanan sambil menyaksikan cinta penuh seni dan inda dariNya, malah cinta itu akan semakin mendalam tanpa berkesudahan.

Maka mereka akan menyedari bahawa, semua yang berlaku di sekeliling mereka, setiap peristiwa dalam takdir juga telah dicipta oleh Allah dengan penuh kebaikan dan hikmah.

Oleh itu, bagi mereka tiada apa yang boleh mendatangkan kesedihan dan putus asa. Jika semua milik mereka sudah tiada, dia tahu bahawa temannya, Allah akan menyediakan kemungkinan lain; jika dia bersabar apabila dia semakin tua ataupun sakit, dia akan diberi ganjaran atas kesabarannya; jika dia kehilangan seseorang yang dia sayang, dia tahu bahawa insan tersayang akan dilindungi Allah selamanya, dan dia tidak akan terus selamanya dalam kebimbangan; dan jika dia tidak boleh mencapai sesuatu yang dia mahu, maka dia akan berdoa kepada Allah dengan lebih bersungguh-sungguh.

Pendek kata, tiada apa yang membuat manusia tidak bahagia di dunia ini. Satu-satunya rahsia untuk kebahagiaan di dunia adalah dengan menyerahkan seluruh jiwa kepada Allah yang telah memberi nikmat kepada kita tak terhitung banyaknya. Satu-satunya sebab yang membawa kepada rasa tidak bahagia di dunia adalah kerana manusia cenderung berpaling dari-Nya malah tidak bersyukur, sedangkan Allah telah memberi pelbagai nikmat untuk manusia.

Oleh itu, mereka yang tidak bahagia perlu mencari penyelesaian dalam iman mereka. Allah telah memberi kita mata, telinga dan jantung, dan ketenangan akan hanya diperoleh apabila setiap nikmat itu digunakan mengikut tujuan ciptaan. Manusia tidak akan bahagia jika mereka hanya melihat persekitaran namun lupa bahawa mata mereka adalah manifestasi dari Allah, telinga tidak mengingati Allah dalam setiap pendengaran, malah degupan jantung turut tiada rasa kasih dengan Allah.

Mereka yang mencari kebahagiaan perlu tahu bahawa, hanya Allah dan kasih-Nya akan membuat mereka terus bahagia.

New Straits Times:

http://www.nst.com.my/news/2016/03/132292/secret-happiness

2016-08-09 20:21:49

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top