Tiada agama mengajak peperangan

Perang Salib telah memperkenalkan istilah baru yang terus didoktrinkan ke serata dunia: "Peperangan agama." Selama berabad lamanya, setiap kali peperangan meletus, agama secara konsisten terus menjadi punca di sebalik setiap konflik. Namun dari sudut lain, kepentingan sendiri, perebutan tanah dan kuasa yang tiada faedah dan egoisme, punca sebenar peperangan, terus kekal berselindung.

Sedangkan konflik mazhab yang berlaku dalam sejarah agama Kristian bukanlah masalah utama, tetapi tamak berebut kuasa dan pengaruh adalah punca krisis yang berpanjangan. Telah diketahui bahawa Kristian Protestan, Katolik dan Ortodoks mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi perbezaan fahaman agama itu bukanlah punca sebenar peperangan mereka.

Dalam setiap konflik yang kejam dan penuh tragis, Pope ( Ketua Paderi ) sendiri bersaing sesama mereka untuk berebut kuasa politik, bukanlah satu perkara pelik. Timur Tengah juga mengalami situasi yang sama. Dalang utama di sebalik perang besar di rantau ini sentiasa dipengaruhi kepentingan diri mereka sendiri. Walaupun bertahun-tahun telah dimomokkan bahawa peperangan di Timur Tengah adalah berkaitan dengan agama, namun realiti sebenar agak berbeza. Pihak yang terlibat dalam kebanyakan konflik itu adalah pengikut rejim Baath, iaitu pejuang ideologi Marxist di Timur Tengah.

Pertempuran mazhab yang kadangkala berlaku di dunia Islam juga adalah kerana mentaliti yang sama. Walaupun dakwaan itu ditolak oleh banyak pihak dan merumuskan bahawa semua itu berpunca dari mazhab yang berbeza, namun punca masalah itu terus berpanjangan adalah kerana perebutan kuasa antara kaum, etnik dan ada kepentingan golongan tertentu. Konflik Sunni-Syiah yang berterusan tanpa henti berabad lamanya di Timur Tengah, adalah senario yang berpunca kerana persaingan antara etnik, untuk meningkatkan pengaruh dan kuasa demi mendapat kuasa terhadap sumber asli dan laluan perdagangan utama. Konflik ini pada asasnya langsung tiada kaitan dengan mazhab, sehinggalah kemunculan golongan radikal yang menghangatkan lagi konflik. Sebaliknya, mazhab yang berbeza telah menjadi alat untuk menanam kebencian dan memberi ruang untuk mencetuskan peperangan.

Tesis terkenal tahun 1990-an, "The Clash of Civilizations" oleh Samuel Huntington, telah memberi penjelasan bagaimana konflik terbentuk mengikut peredaran zaman. Beliau mendakwa bahawa konflik antara negara dan perselisihan dalaman negara secara beransur-ansur akan berubah menjadi konflik antara budaya. Menurut Huntington, ini berlaku secara semula jadi akibat arus globalisasi; dalam erti kata lain, kepentingan kuasa akan beralih kepada perebutan kuasa dan pengaruh yang akan mencetuskan peperangan baru. Pihak materialis dan berkepentingan yang ingin menguasai dunia telah membuktikan bahawa kajian Huntington itu betul. Walaubagaimanapun, dunia terus menyalahkan agama atas apa yang berlaku.

Perlu diingat bahawa golongan radikal yang mendakwa kononnya berjuang atas nama agama itu adalah karut, malah itu adalah hasil perebutan kuasa yang sedang berlaku di serata dunia. Bukanlah satu rahsia bahawa kuasa-kuasa besar tanpa rasa bersalah secara terang-terangan telah menyokong golongan radikal ini dan mengganggap mereka sebagai satu pelaburan dan adakalanya mereka dianggap sebagai satu "kejayaan". Malah telah jelas bahawa golongan radikal telah menggunakan keganasan hanya kerana marah dan dendam, dan itu bukanlah ajaran agama.

Laporan dari Institut Ekonomi dan Keamanan pada tahun 2014 mungkin menjelaskan keadaan sebenar dengan lebih baik. Laporan itu menunjukkan bahawa agama bukanlah punca utama dalam mana-mana 35 konflik bersenjata pada tahun 2013. Menurut laporan itu, kebanyakannya berkaitan dengan sentimen anti-kerajaan, gerakan pemisah, perbezaan ideologi dan pengagihan sumber asli.

Laporan ini telah menyediakan analisis statistik soalan, "Adakah pecahan kepercayaan agama atau ateisme di negara menentukan keamanan negara?" Menurut laporan, 3 daripada 10 negara paling aman adalah negara yang sangat beragama. Dalam 11 daripada 20 negara yang mempunyai tahap keamanan tertinggi, 90 peratus daripada mereka dikategorikan sebagai beragama. Perbezaan dengan negara yang kurang aman adalah pada kurangnya tahap demokrasi negara itu. Dalam negara di mana ateisme adalah dasar kerajaan rasmi, konflik dan ketegangan adalah senario biasa; ini termasuklah negara komunis.

"Dalam negara Islam, adakah kedudukan demografi Sunni dan Syiah menentukan keamanan?" Soalan ini menunjukkan bahawa tiada hubungan khusus antara keamanan dan perbezaan mazhab. Qatar, di mana 85 peratus daripada penduduknya adalah Sunni dan 15 peratus adalah Syiah, berada di kedudukan nombor 11 dari segi keamanan; manakala Afghanistan, yang mempunyai pecahan yang hampir sama, hidup dalam keadaan huru-hara. Melalui contoh ini, telah menunjukkan bahawa masalah sebenar bukanlah perbezaan mazhab. Dalam situasi yang sama, Bahrain adalah sebuah negara yang aman, walaupun jurang yang ketara antara mazhab (50 peratus Sunni, 50 peratus Syiah).

"Bolehkah agama memainkan peranan positif dalam mencipta keamanan?" Ini mungkin persoalan utama kajian. Menurut laporan, organisasi keagamaan telah mengukuhkan keamanan. Dalam erti kata lain, untuk mengekalkan keamanan dunia secara efektif, adalah penting bahawa setiap manusia beragama perlu sama-sama berusaha mengukuhkan ikatan dan persahabatan sesama mereka.

Kesimpulan dari laporan Institut Ekonomi dan Keamanan, yang berdasarkan pada analisis statistik menyeluruh, telah membuka perspektif baru. Agama bukanlah punca peperangan, tetapi agama satu-satunya jalan untuk menghentikan peperangan jika adanya persefahaman di antara mereka yang beragama. Hingga kini, awan kegelapan terus berlegar serata dunia malah ianya semakin tebal, adalah penting untuk pembawa keamanan memberi perhatian kepada fakta penting ini. Pengeboman berterusan, meletakkan kesalahan terhadap Islam dan memupuk kebencian melalui kempen anti-Islam, hanya mengeruhkan lagi keadaan. Jika mereka benar-benar mencari kunci kepada keamanan, sudah tiba masanya mereka memberi perhatian kepada ayat keamanan yang sebenar, yang mengajak mereka semua kembali pada asas agama yang sebenar.

Arab News:

http://www.arabnews.com/columns/news/893896

2016-08-21 17:15:28
Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top