Kesempurnaan sistem sosial terletak dalam Al-Quran

Kini, tidak mustahil untuk melihat manusia hidup di jalanan dan makan dari timbunan sampah di setiap negara, sama ada dari negara paling kaya hinggalah negara paling miskin. Keadaan menyayat hati ini menunjukkan bahawa agihan pendapatan tidak telus telah berlaku di seluruh dunia.

Hari ini, ratusan juta manusia hidup tanpa keperluan asas seperti air, makanan, tempat tinggal, dan bantuan kesihatan. Sebanyak 80% sumber dunia telah digunapakai oleh 17% penduduk dunia; kira-kira lima billion manusia telah bertanggungjawab terhadap mereka yang berbaki 20% itu.

Hampir satu billion orang manusia kelaparan. Di samping fakta ini, jumlah aset 100 manusia paling kaya adalah bersamaan dengan jumlah aset separuh penduduk dunia, iaitu sebanyak 3.5 billion manusia adalah miskin.

Statistik mengenai isu ini secara umumnya adalah negatif dan telah memberi gambaran fakta tertentu: Telah wujud ketidaksamaan dan ketidakadilan yang ketara di seluruh dunia. Terdapat jurang yang besar antara manusia yang kaya dan miskin. Berbillion manusia berada dalam kesengsaraan kerana kekurangan kasih sayang dan empati, malah mementingkan diri. Majoriti manusia berada dalam satu perlumbaan ‘rat-race’ antara satu sama lain kerana semangat kapitalis yang semakin menggila.

Sistem menghasilkan penindas yang tertindas, yang kuat akan memijak yang lemah telah menjadi dominan di serata dunia. Maka apakah penyelesaian untuk masalah ini dan bagaimana keadilan sosial dapat dicapai dalam erti kata yang sebenar?

Mari kita jawab persoalan ini dengan mengambil kira sistem yang tersebar luas di dunia yang telah digunapakai setakat ini:

Seperti yang diketahui, sebahagian besar dunia telah dipengaruhi fahaman kejam kapitalis yang mengganas. Kerakusan mereka yang memegang kuasa dan kekayaan telah membuka jalan kesengsaraan dan penderitaan. Langkah-langkah yang diambil untuk ini penyelesaian masalah ini turut menghasilkan keputusan yang menghampakan.

Sebaliknya, langkah itu bukan sekadar tiada penyelesaian, malah telah membuka masalah baru. Maka, keadaan secara beransur-ansur semakin teruk.

Sejarah telah berkali-kali membuktikan bahawa penyelesaian untuk masalah ini bukanlah komunisme. Cubaan fahaman komunis yang muncul untuk “memastikan keadilan sosial dan kebebasan rakyat yang ditindas” hanyalah indah khabar dari rupa. Salah satu permulaan asas ideologi komunis ialah prinsip kesaksamaan.

Walaubagaimanapun, masyarakat komunis hanya mencapai kesaksamaan dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Mereka menjadi sama-rata tetapi tidak menjadi kaya, malah mereka semakin miskin. Selain itu, jiwa mereka yang telah dieksploitasi, telah menjadi kosong; kegembiraan, kedamaian, kebahagiaan dan harapan telah diambil dari mereka.

Walaupun kedua-dua kapitalis dan komunis mempunyai persepsi yang indah sebagai gambaran awal, namun mereka tetap gagal memastikan keadilan dan kesaksamaan sosial.

Hakikatnya, semua itu lahir dari falsafah materialis.

Sudah tentu, kesaksamaan dan keadilan sosial tidak boleh dilaksanakan dalam masyarakat yang terdiri daripada individu yang merasakan bahawa tujuan kewujudan mereka hanyalah satu kebetulan, hidup hanya untuk makan dan minum, malah percaya bahawa penipuan adalah perjuangan untuk teruskan hidup di alam semula jadi dan mereka memang perlu menindas yang lemah.

Mereka yang ikhlas mencari kesaksamaan dan keadilan sosial malah melaksanakan pelbagai ideologi untuk tujuan ini turut melakukan kesilapan yang besar.

Kesempurnaan sistem sosial yang dicari oleh mereka telah terdapat dalam Al-Quran. Keadilan sosial adalah salah satu daripada prinsip asas Al-Quran dan ia amat tepat dan sempurna bagi menjamin masyarakat hidup selaras dengan akhlak Al-Quran.

Tidak dinafikan, realiti yang dimaksudkan di sini ialah Islam dan moral dalam Al-Quran; ia bukanlah model yang kasar dan cinta taksub berdasarkan kepercayaan selain Al-Quran, hadis palsu dan khurafat yang tersebar di beberapa negara Islam ataupun ideologi, penindasan dan keganasan dari organisasi radikal.

Era Nabi Muhammad (S.A.W.) adalah zaman di mana ajaran Islam telah menyentuh keadilan sosial, kesaksamaan dan perpaduan, malah telah dilaksanakan sepenuhnya dengan sempurna.

Salah satu contoh paling indah adalah penganut Islam yang berpindah ke Madinah dan meninggalkan semua harta mereka di Mekah (Muhajirin), telah dianggap sebagai saudara oleh mereka di Madinah (Ansar); malah mereka rela dan bersemangat berkongsi rumah, makanan dan segalanya dengan mereka.

Nilai moral mereka dalam memberi keutamaan kepada keperluan saudara Islam yang lain walaupun mereka sendiri miskin, sikap belas kasihan mereka, sifat murah hati dan rela berkorban, semuanya telah ditunjukkan dalam Al-Quran (Al-Hasyr, ayat 9).

Sistem kapitalis yang kejam turut dikritik dalam Al-Quran. Allah telah mengharamkan manusia daripada mengumpul kekayaan dunia dalam kelompok tertentu sahaja melalui ayat “.... supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” (Al-Hasyr, ayat 7).

Al-Quran juga turut menceritakan mengenai sifat tamakkan harta akan merosakkan hati, jiwa dan iman (Al-'Adiyat, ayat 8).

Turut dinyatakan bahawa membersihkan jiwa dari sikap kedekut dan mementingkan diri sendiri adalah satu keselamatan (Al-Hasyr, ayat 9).

Sesungguhnya, mematuhi ciri moral Al-Quran adalah tuntutan setiap Muslim. Sifat yang salah adalah seperti mahukan harta, tidak membantu insan lain yang memerlukan walaupun kaya, dan mengumpul kekayaan berlipat-ganda (At-Taubah, ayat 34-35; Al-Humazah, ayat 2-6).

Al-Quran turut menjelaskan tentang konsep sukatan, dalam erti kata lain perbelanjaan kepada Allah melalui zakat, sedekah, infaq, adalah “Yang lebih dari keperluan.” (Al-Baqarah, ayat 219).

Sikap yang disukai Allah adalah menggunakan harta pada jalan-Nya tanpa berkira. Model ini adalah kunci kepada ekonomi yang kaya dan membangun, malah jalan untuk masyarakat yang bahagia, aman, dan terbela.

Perpaduan dan kesamaan sering dituntut dalam kebanyakan ayat dalam Al-Quran. Malah, mereka yang diberikan pertolongan tidak terhad hanya kepada orang Islam; keadilan sosial dalam Al-Quran turut meliputi Kristian, Yahudi ataupun orang musyrik.

Sebagai contoh, sebagai satu keperluan moral Al-Quran, manusia perlu berkongsi makanan yang disukai dengan orang miskin, anak yatim dan juga tawanan (Al-Insan, ayat 8).

Dalam ayat seterusnya, umat Islam turut dituntut berkongsi makanan walaupun dengan tawanan yang telah berlawan dengan mereka malah telah cuba untuk membunuh mereka; dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran ataupun balasan dari mereka (Al-Insan, ayat 9).

Model keadilan sosial dalam Al-Quran telah jelas sempurna dan indah, dan itulah satu-satunya sistem yang mampu jadi penyelesaian bagi masalah dunia hari ini.

New Straits Times:

http://www.nst.com.my/news/2016/06/154513/perfect-social-system-lies-quran

2016-08-28 22:53:40

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top