Fasa percambahan kerjasama di antara Negara Islam

Mesyuarat Persidangan Islam di antara Menteri Pengairan, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), telah diadakan di Istanbul pada 17 Mei 2016. Mesyuarat ini adalah mesyuarat kedua terbesar daripada bulan-bulan sebelumnya, di mana pemimpin-pemimpin negara Islam berkumpul di Istanbul. Ucapan perasmian mesyuarat telah disampaikan sendiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Erdogan telah menyentuh beberapa isu, termasuklah isu pelarian Islam, liberalisasi visa bersama Kesatuan Eropah (EU), dan saluran paip air di antara Turki dan Cyprus. Antara ucapan beliau yang menarik perhatian adalah :

"Kita telah menandatangani dokumen, tetapi apabila tiba fasa perlaksanaan, kita gagal untuk berbuat demikian. Jika kita hanya bertemu, berbincang dan kemudian pergi, namun gagal dari segi perlaksanaan, maka mesyuarat itu hanya sia-sia. Kita perlu pastikan semuanya dilaksanakan. Kita perlu mendapatkan hasil. Jika tidak, ianya hanyalah satu kerugian. "

Kenyataan ini amat penting. Tambahan pula, keadaan politik yang mencabar dunia Islam memerlukan penyatuan dan perpaduan di antara negara Islam. Membentuk satu pakatan amat penting bagi negara Islam. Justeru itu, mesyuarat di antara negara Islam harus memberi impak bersejarah dengan melaksanakan setiap resolusi tanpa kompromi, malah bukanlah hanya sekadar persidangan dan satu sesi menandatangani dokumen.

Dengan keanggotaan mencecah 57 buah negara, Pertubuhan Kerjasama Islam adalah organisasi antarabangsa yang kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sidang media bersama Presiden Iran Rouhani dan Presiden Turki Erdogan menandakan sidang kemuncak terakhir OIC diadakan bulan lalu. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menangani konflik antara Sunni dan Syiah, yang semakin meningkat di rantau ini dengan membuat kenyataan ringkas dan penting: "Agama kita adalah Islam." Mesej keamanan dan kerjasama ini memberi keputusan yang serius dalam politik dan telah dinobatkan sebagai perjanjian menyeluruh mengenai aspek pelancongan yang berjaya dimeterai selepas rundingan perdagangan.

Perjanjian di antara Turki dan Iran kali ini bukanlah seperti perjanjian biasa kita lihat sebelum ini, yang hanya bermotifkan kepentingan politik. Ianya dapat difahami dengan jelas bahawa Turki dan Iran, sebagai dua buah negara, sama-sama ingin maju bersama, saling bantu-membantu.

Perlu diperhatikan juga bahawa manifestasi hubungan persaudaraan ini, negara Turki telah menyokong negara Iran ketika ekonomi meleset. Seperti yang telah diketahui, ekonomi Iran telah mengalami banyak sekatan semasa tempoh kemelesetan selama 30 tahun. Negara ini mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk dalam tempoh itu, dan rakyat Iran adalah mangsa yang teruk terjejas kerana kejatuhan ekonomi. Sokongan material dan moral oleh Turki sehingga berakhirnya kemelesetan ekonomi, bersama-sama dengan hubungan perdagangan di negara ini, adalah satu petanda persaudaraan yang kuat antara negara Turki dan Iran, malah pemimpin kedua-dua negara turut melahirkan rasa persaudaraan ini pada setiap peluang.

Setelah sekatan ekonomi berakhir, negara Iran memerlukan pembangunan dan pelaburan segera terutamanya dalam sektor industri. Turki telah berjaya dalam pembangunan dengan menggandakan hasil Keluaran Negara Kasar (KNK) sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh lima belas tahun. Kini, Turki sudah bersedia untuk berkongsi dana pembangunan dalam usaha sama khususnya sektor teknologi seperti yang berlaku dalam sektor pelancongan. Walaubagaimanapun, selain negara Turki, negara Islam lain juga sudah mempunyai pengetahuan yang diperlukan oleh negara Iran, kecuali beberapa teknologi penting. Ianya bukanlah satu masalah bagi negara Iran untuk mendapat manfaat teknologi dan industri dari negara Barat. Walaubagaimanapun, hubungan perdagangan dengan Turki khususnya, dan negara Islam yang lain akan menjadi satu instrumen penting dalam pembangunan perpaduan di antara negara.

Projek kerjasama yang bakal dibangunkan oleh negara Iran dan Turki pasti akan menjadi satu model bermakna bagi dunia Islam, memandangkan data, didapati bahawa negara Islam jarang bekerjasama ketika perlaksanaan projek. Jumlah perdagangan antarabangsa di negara Islam adalah sebanyak 6% daripada perdagangan global, kira-kira $2 trillion dolar secara keseluruhannya, manakala jumlah perdagangan di kalangan negara Islam mencapai kemuncaknya pada tahun 2012 iaitu sebanyak $400 billion dolar. Nilai itu secara umumnya, adalah sangat rendah bagi dunia Islam. Urusan perdagangan dalam dunia Islam yang dijalankan oleh sebilangan kecil negara, iaitu Emeriah Arab Bersatu (UAE), Turki dan Arab Saudi sebagai pusat. Tambahan pula, barang perdagangan adalah terhad kepada minyak, gas dan kepelbagaian hasil sampingan petroleum. Walaupun ada kawasan kaya dengan pelbagai hasil, namun hubungan perdagangan hanya dijalankan dengan bilangan yang terhad.

Daripada 49 buah negara mundur di seluruh dunia, 22 negara itu adalah anggota OIC. Ironinya, dunia Islam adalah komuniti yang sangat kaya secara keseluruhannya. Pasaran makanan sahaja bagi negara Islam adalah sebanyak $2.5 trillion dolar. Perbelanjaan tahunan tekstil untuk anggota OIC turut mencapai $350 billion dolar, iaitu bersamaan dengan jumlah dagangan pasaran negara Amerika Syarikat. Populasi anggota OIC meliputi satu perempat daripada jumlah keluasan tanah di dunia, dan satu perlima daripada jumlah penduduk dunia. Organisasi ini secara geografinya adalah lebih besar dan lebih ramai penduduk daripada Kesatuan Eropah (EU). Setelah meneliti statistic tersebut, semua pihak perlu mengakui kepentingan tindakan bersama. Jika anggota OIC bertindak secara bersama, mereka mudah mencapai kata putus dalam setiap perbincangan, sama ada dalam perdagangan ataupun ketenteraan, dalam kekuatan ataupun keamanan. Ini akan menjadikan mereka sebuah organisasi kukuh yang mampu menamatkan penderitaan umat Islam di seluruh dunia.

Pelaksanaan projek komersial, budaya dan sosial secara bersama akan menjadikan dunia Islam bersatu, yang akan meningkatkan titik persamaan daripada mencari titik perbezaan. Negara Islam mempunyai potensi menamatkan konflik kaum yang berterusan khususnya di Yaman, Syria, Lebanon dan Iraq. Jika ini berlaku, maka tanah Islam akan menjadi tempat tinggal yang aman, bukan medan perang. Perlu diingat bahawa kejayaan ini terletak pada persaudaraan, cinta, persahabatan, kerjasama dan ihsan di antara umat Islam. Ini adalah jalan yang Dunia Islam perlu laksanakan. Ini adalah cara bagaimana untuk menamatkan krisis perang saudara, perebutan sempadan dan konflik mazhab, yang telah meragut kehidupan jutaan umat Islam hingga kini.

EKurd Daily:

http://ekurd.net/cooperation-muslim-countries-2016-06-24

2016-08-28 22:55:58

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top