Adakah kita penentu takdir kita?

Konsep takdir telah menjadi pendebatan sepanjang sejarah manusia. Takrifan paling mudah mengenai takdir adalah bahawa Allah telah menciptakan alam semesta, kehidupan dan semua kejadian, sama ada pada masa lalu dan masa depan, dalam sekelip mata sahaja.

Ini bermakna bahawa setiap peristiwa dari ciptaan alam semesta sehinggalah saat hari kiamat telah pun ditetapkan dan akan berakhir di hadapan Allah.

Oleh itu, apa-apa yang belum terjadi hanyalah peristiwa yang belum berlaku untuk kita, bukan untuk Allah: Lagipun, Allah tidak terbatas kepada masa ataupun ruang kerana Dia, diri-Nya, telah mencipta masa dan ruang.

Oleh itu, bagi Allah, masa lalu, masa kini dan masa akan datang, semuanya adalah sama dan segalanya telah pun bermula dan sudah selesai.

Sebagai contoh, Allah telah mengetahui bagaimana kehidupan Firaun berakhir sebelum Nabi Musa a.s. dilahirkan, bahkan sebelum kerajaan Mesir ditubuhkan. Ini adalah kerana mereka semua telah dicipta dalam sekelip mata di hadapan Allah.

Kebenaran tentang takdir boleh didapati dalam kebanyakan ayat Al-Quran. Sebagai contoh, “... apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa, berserah diri padaNya dan hanya kepada Allah mereka akan dikembalikan?” (Surah Al 'Imran, 83) menjelaskan kepada kita bahawa segala dalam alam semesta  sama ada “rela atau terpaksa” telah menyerahkan nasib yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam erti kata lain, tidak ada apa yang dapat menentang kehendak-Nya; setiap peristiwa akan mengikut perjalanan takdir yang telah disusun Allah. Tidak ada sesuatupun yang dapat melanggar kehendak, persetujuan ataupun arahan daripada Allah.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (Surah Al-An'am, 59), atau “Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah…” (Surah Al-Insan, 30) dan “Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.” (Surah Al-Qamar, 49) mendedahkan kekuasaan mutlak-Nya atas segala sesuatu dan perjalanan sesuatu takdir.

Hakikatnya kehidupan manusia hanyalah seperti sebuah filem. Diibaratkan kehidupan kita seperti dalam tayangan filem, kita sebenarnya telah menonton kehidupan kita sendiri seperti kita menonton filem pada pemain CD, meneruskan hidup dari setiap masa ke masa seterusnya.

Allah telah mengetahui keseluruhan jalan cerita filem dari awal hinggalah ke akhir kerana Dialah yang mengarah filem itu dengan setiap butiran terperinci.

Semua ini membuktikan bahawa segalanya bukanlah berlaku secara semulajadi seperti yang dilihat. Jauh ke sudut dunia yang lain, telah jelas wujudnya satu kuasa yang mengawal kita, iaitu Tuhan yang telah menciptakan segala sesuatu dan mempunyai kuasa mutlak atas segalanya.

Sains neurologi telah memberi banyak bukti mengesahkan fakta ini. Satu bukti saintifik adalah melalui eksperimen yang dijalankan mengenai konsep naluri (free will).

John-Dylan Haynes, seorang saintis neurologi di Pusat Pengiraan Neurosains Bernstein di Berlin telah memeriksa sama ada terdapat perbezaan antara saat membuat keputusan dan tindakan hasil dari keputusan itu.

Prosedur ini melibatkan penggunaan pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengimbas otak subjek yang telah ditunjukkan huruf secara rawak pada skrin. Peserta telah diarah agar menekan butang dengan jari telunjuk kanan atau kiri ketika mereka membuat pilihan, dan perlu mengingati huruf yang telah ditunjukkan pada skrin apabila mereka membuat keputusan. Dalam masa yang sama, aktiviti otak peserta dipantau.

Keputusan eksperimen agak mengejutkan. Didapati bahawa subjek telah memutuskan untuk menekan butang seawal 10 saat sebelum mereka menekan butang itu. Penemuan saintifik yang penting ini menunjukkan bahawa pilihan seseorang sudah ditetapkan sebelum seseorang itu membuat pilihan tertentu.

Keputusan kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Nature dengan menyatakan: “Terdapat kontroversi yang panjang sama ada keputusan ‘bebas’ subjek telah ditentukan oleh otak lebih awal dari masa tindakan.”

“Kami mendapati bahawa tindakan seseorang telah dikodkan dalam otak pada bahagian pre-frontal dan korteks parietal selama 10 saat sebelum ia bertindak.”

Contoh lain boleh didapati dalam konteks kehidupan seharian; proses fizikal dan kimia yang bertindakbalas terhadap kanak-kanak yang berlari ke jalanraya telah dihasilkan dalam otak pemandu semasa 10 saat sebelum ianya berlaku, sedangkan kanak-kanak itu belum ada di situ.

Dari segi kronologi: pertamanya,  tindakbalas telah dihasilkan, diikuti oleh kanak-kanak melompat ke jalanraya. Bagaimana otak telah bersedia untuk keadaan tersebut walaupun kanak-kanak itu belum ada di jalanraya?

Fenomena neurofisiologikal ini telah menunjukkan bahawa tindakbalas seseorang bukan bergantung dengan melihat kanak-kanak itu. Neurosainstis telah bersetuju bahawa perasaan dalam membuat pilihan yang menentukan pemikiran selanjutnya, iaitu faktor biokimia, langsung tiada kaitan dengan tindakan fizikal. Sesetengah saintis mengatakan bahawa naluri itu hanyalah satu ilusi.

Patrick Haggard, neurosainstis di Universiti College London telah berkata: “Kita merasakan kita telah membuat pilihan, namun sebenarnya tidak.” Haynes juga telah membuat pengakuan berikut mengenai kewujudan naluri manusia: “Bagaimana saya boleh mendakwa niat saya itu adalah ‘milik saya’, sekiranya saya sendiri tidak tahu bila ianya berlaku dan apa keputusan tindakan itu?”

Benjamin Libet, ahli neurofisiologi di Universiti California, adalah insan pertama mencadangkan fakta ini, satu fakta di mana ramai manusia tidak sedar, mengenai proses manusia dalam memilih dan bertindak. Libet, melalui ujian yang telah dijalankan kepada tempurung kepala yang dikenakan elektrod pada alat peranti EEG (electroencephalogram), menunjukkan bahawa aktiviti otak telah berlaku 500 milisaat awal sebelum niat untuk bertindak.

Satu artikel saintifik mengenai perkara ini telah menyatakan bahawa naluri dan tingkahlaku sebenarnya berlaku di luar sedar: “Sebagai manusia, kita mempunyai keupayaan secara sedar untuk memilih tindakan kita dan juga masa untuk kita bertindak. Ianya boleh dijangka, bagaimanapun, kebebasan subjek bertindak mungkin tidak lebih hanyalah sebuah ilusi, malah keputusan dan ketentuan kita turut boleh bertindak di luar kesedaran kita.”

Terdapat beratus kajian saintifik yang lain turut memperoleh keputusan yang sama. Pendapat ramai ini telah direkodkan sebagai satu meta-analisis dari 90 hasil eksperimen daripada 33 makmal di 14 buah negara.

Semua keputusan kajian saintifik ini menunjukkan bahawa wujud suatu arahan dan kehendak di luar konteks fizikal dan biokimia, dan menunjukkan bahawa kita hidup dalam kejadian yang telah ditentukan terlebih dahulu.

Pilihan kita bukanlah milik multak kita, tetapi kita telah diberi perasaan untuk membuat keputusan sendiri. Oleh itu, adalah jelas bahawa segalanya telah ditakdirkan. Allah telah memberi bukti jelas yang tidak boleh dipersoalkan, bahawa hanya Dia satu-satunya Pencipta.

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” (Surah Al-A'raf, 54)

 

[1] (Chun Siong Soon, Marcel Brass, Hans-Jochen Heinze & John-Dylan Haynes, Unconscious determinants of free decisions in the human brain. Nature Neuroscience April 13th, 2008)
[2] (Smith, Kerri (2011), "Neuroscience vs philosophy: Taking aim at free will", Nature, 477 (7362): 23–5)
[3] Libet,B., Gleason, C.A., Wright, E.W.&Pearl, D.K. Brain 106, 623–642 (1983)
[4] Bode S, He AH, Soon CS, Trampel R, Turner R, et al. (2011) Tracking the Unconscious Generation of Free Decisions Using UItra-High Field fMRI. PLoS ONE 6(6): e21612. doi:10.1371/journal.pone.0021612
[5] (Bem D, Tressoldi P, Rabeyron T and Duggan M. Feeling the future: A meta-analysis of 90 experiments on the anomalous anticipation of random future events [version 2; referees: 2 approved]. F1000Research 2016, 4:1188 (doi: 10.12688/f1000research.7177.2)

New Straits Times:

http://www.nst.com.my/news/2016/07/157329/are-we-masters-our-destiny

2016-08-28 23:00:02

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top