Di bawah nama 'Islamophobia'

“Projek menjatuhkan Islam” telah dijalankan dengan istilah ‘Islamophobia’. Masalah itu bukan kerana Islamophobia, tetapi kerana kurangnya kualiti.

Satu istilah baru, telah menimbulkan rasa takut golongan bukan Islam kepada orang Islam, telah dicanang sejak beberapa tahun kebelakangan ini: “Islamophobia”

Entah bagaimana perkataan Islam yang sebenar, yang bermaksud “keselamatan” dan “sejahtera” secara gabungan, telah diubah hingga menjadi maksud ketakutan, namun penyiasatan menyeluruh tentang motif perubahan ini perlu dilakukan segera. Adalah tidak munasabah diberi gelaran Islamophobia hanya kerana orang Islam mempunyai pandangan berbeza dengan orang Kristian, Yahudi, Buddha ataupun atheis. Adalah penting bagi masyarakat Islam untuk mengakui kesilapan sendiri, sikap dan tindakan mereka. Apabila melihat kepada perspektif masyarakat bukan Islam dan layanan mereka terhadap Islam dan orang Islam, dapat difahami bahawa sebab kepada masalah ini adalah kerana masyarakat Islam sendiri telah jauh menyimpang dari ajaran Al-Quran yang sebenar, ada yang langsung tiada amalan, malah ada yang hanya menjadi pengikut taksub.

Fahaman taksub telah memegang sebahagian besar masyarakat Islam dan berjaya tersebar lebih jauh kerana mereka berjaya menyesuaikan amalan khurafat dan mengubahsuai hadis dalam ajaran suci Al-Quran. Pemikiran fanatik telah menghantui negara Barat, bukan sahaja kerana pemikiran, tetapi juga gaya hidup, kesan kepada pemikiran fanatik ini. Hal ini kerana, dalam dunia fanatik, Islam telah dimomokkan seolah-olah ianya adalah “agama yang menyebarkan kemiskinan, kesengsaraan, kekecewaan, tiada perasaan, keras hati, kejam dan kasar”. (Sedangkan Islam sebenar jauh berbeza dari semua sangkaan itu) Apabila warga Eropah, Amerika atau Australia melihat di kebanyakan negara Islam, mereka hanya melihat ajaran taksub, maka dari situ persepsi negatif telah dibentuk. Penyembelihan manusia hanya kerana perbezaan mazhab, menafikan hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk kehidupan yang lebih baik, berpakaian kotor dan lusuh, mendakwa bahawa lukisan, patung, teater, dan muzik itu menyalahi undang-undang, turut menyumbang kepada persepsi negatif. Tidak dinafikan, persepsi sedemikian menyebabkan gangguan dan reaksi negatif di seluruh dunia khususnya, dan menyebabkan sesetengah manusia memberi layanan buruk terhadap Islam.

Majoriti masyarakat Islam gagal menyedari bahawa keadaan ini adalah berpunca dari sebahagian Muslim yang hidup dengan fahaman yang salah terhadap Islam, jauh daripada ajaran sebenar Al-Quran dan telah memberi gambaran yang salah tentang Islam di seluruh dunia. Mereka telah menuduh Barat ingin menentang Islam, memulaukan Islam dan ingin bermusuh dengan Islam. Sedangkan Barat bukanlah menentang agama Islam, tetapi menentang fahaman taksub yang ternyata salah dan idea-idea mengarut yang mereka lihat.

Kualiti adalah salah satu daripada asas Islam, iaitu sebagai satu langkah ke Syurga. Kualiti adalah salah satu nilai yang paling penting, indah, dan bernilai dalam kehidupan. Mana-mana tempat yang kurang kualiti akan menjadi sukar untuk hidup. Rumah yang penuh kegelapan dan kesunyian, dan tempat tinggal yang tiada nilai estetika tidak akan membawa kebahagiaan kepada manusia. Dengan ketiadaan kualiti, maka bilangan manusia yang tidak bahagia, tertekan dan tidak terurus akan turut meningkat. Manusia seperti ini juga turut mempunyai sikap negatif dalam cara mereka berjalan, bercakap, dan berurusan antara satu sama lain, dan tidak akan dapat mengambil sebarang manfaat sama ada dari masyarakat ataupun pekerjaan mereka. Sifat negatif dan putus asa seperti ini akan mewujudkan suasana yang menggalakkan keganasan, malah keganasan turut diterima sebagai sebahagian daripada norma dalam masyarakat. Secara ringkasnya, kasih sayang, keamanan, dan keselesaan telah dibuang dari hati individu seperti itu dan mereka akan terus hanyut dalam api permusuhan antara satu sama lain. Telah jelas bahawa kurangnya kualiti adalah masalah utama yang membawa kepada masyarakat yang saling bertengkar, tidak puas hati dan tiada rasa kasih sayang.

Apabila kembali kepada Islam, kita perlu menggambarkan contoh masyarakat yang bertamadun dengan standard dan kualiti kepada seluruh dunia. Al-Qur'an telah memberi penjelasan dan mengajar kita tentang fahaman yang terperinci tentang keunikan kualiti. Menurut Al-Quran, mengamalkan sikap yang bertamadun sama ada dari segi belas kasihan, kasih sayang, kebersihan, penjagaan diri, etika dan cara hidup adalah ciri asas seorang Muslim. Seorang Muslim seharusnya adalah insan yang paling bersih dan memakai pakaian yang paling indah; makan dan minum dengan cara yang paling bertamadun dan mengamalkan keadilan sosial dengan cara yang paling sempurna. Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan kepada manusia untuk penjelasan ini. Atas sebab ini, gaya hidup kurang berkualiti dan pemikiran yang jauh daripada nilai estetika adalah perkara asing bagi seorang muslim.

Seorang Muslim adalah orang yang serba canggih dengan perspektif pemikiran yang luas. Islam menghargai seni dan estetika dan sentiasa berusaha untuk menjadikan kehidupan lebih baik, lebih selesa dan lebih cekap dengan mematuhi standard kualiti yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan. Seorang Muslim adalah seorang yang pintar dan berpengetahuan dan sentiasa bersemangat untuk belajar idea baru dan berpemikiran terbuka. Mereka akan sentiasa berusaha membangunkan dirinya ke arah gaya hidup yang mengamalkan budaya serba moden dan bertamadun. Seorang Muslim mempunyai peranan dalam memberi teladan melalui sikap dan adab. Mereka sentiasa cuba untuk memperindah dan menghiasi alam sekitar dan alam sekeliling dengan kehijauan, bunga-bungaan dan pokok-pokok, malah sentiasa bertindak mengikut akhlak yang baik. Walaupun segalanya telah diajar dalam Al-Quran, namun kualiti tidak akan menjadi perkara yang akan dibincangkan dalam dunia yang telah dikuasai oleh mereka yang berpemikiran taksub. Kekurangan kualiti, yang telah menembusi dunia Islam dari semasa ke semasa, telah membawa kepada kritikan, rasa tidak percaya dan penolakan secara umum dalam pemikiran Barat. Secara tidak langsung semua ini telah membawa kepada persepsi bahawa Islam adalah tidak penting dan tidak bernilai. Permusuhan terhadap Islam telah menjadi satu isu penting hanya kerana imej palsu tersebut. Masyarakat Islam telah dilihat "sebagai manusia yang perlu ditindas, didera dan dihina."

Atas sebab itu, adalah perlu untuk mengambil langkah segera dalam mengubah persepsi ini dengan memberi tumpuan kepada Islam yang sebenar dengan kualiti standard yang tinggi yang berkaitan dengannya, dan bukannya bertindak mengikut mereka yang berpemikiran taksub. Kualiti perlu diterapkan sebagai sebahagian daripada dasar negeri ataupun negara. Dengan cara ini, masyarakat Islam boleh menangkis mentaliti berbahaya dari golongan fanatik.

Hakikatnya, kualiti merupakan satu ciri penting untuk menjadi seorang Muslim dan keperluan moral dalam Islam perlu dijelaskan dengan bukti dari Al-Quran. Adalah sangat penting untuk meletakkan penekanan kepada penyelewengan dan kepalsuan falsafah hidup "cukuplah dengan hanya menjaga tubuh dan jiwa" dan menegaskan fakta bahawa masyarakat Islam seharusnya mempunyai cita-cita untuk mencapai kehidupan paling cantik, berkualiti tinggi dan paling bersih dari segalanya. Perlu dijelaskan secara terperinci bahawa kurangnya kualiti adalah hasil kepada kegagalan dalam memahami intipati dan budaya Islam. Oleh itu, semua manusia harus ingat bahawa kualiti adalah keperluan utama yang berfungsi dalam menghasilkan masyarakat bertamadun. Justeru itu, negara perintis dalam perkara ini perlu menjadi contoh. Dalam hal ini, tanggungjawab negara Barat ialah meyakini Islam adalah satu usaha untuk meraih keamanan dan kasih sayang, dan perlunya dibentuk satu pakatan dengan mereka tanpa mengambil tindakan menentang Islam.

Dalam masa yang sama, masyarakat Islam secara keseluruhannya perlu berjuang secara intelek menentang fahaman taksub, menonjolkan sikap Islam yang sebenar dalam Al-Quran dan memberi sokongan kepada mereka.

Dengan izin Allah, ini satu-satunya cara membasmi fahaman "Islamophobia", membuang kebencian dan kemarahan yang kini terus tersebar luas di serata dunia, dan beransur-ansur digantikan dengan rasa kasih sayang, hormat dan tulus.

Ekurd Daily & Jefferson Corner:

http://ekurd.net/under-name-islamophobia-2016-07-11

http://www.jeffersoncorner.com/under-the-name-of-islamophobia/

2016-08-28 23:02:35

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top