Maklumat tak benar jadi pemicu Islamofobia

ISLAM sudah tersebar ke seluruh dunia. Umat Islam kini meliputi enam peratus penduduk Eropah atau lebih daripada 45 juta orang. Menjelang 2050, bilangan orang Islam akan meliputi 20 peratus daripada keseluruhan penduduk benua itu.

Jadi, seorang setiap lima warga Eropah pada ketika ini adalah Muslim, antara sebab utama peningkatan Islamofobia dalam kalangan penduduk Eropah sejak beberapa tahun lalu atau kebelakangan ini.

Bagaimanapun, pemicu atau punca utama peningkatan Islamofobia ialah kumpulan radikal atau pengganas yang mempunyai minda jauh menyeleweng daripada inti pati Islam hingga mencetuskan ketakutan dan kebencian terhadap Islam.

Pelbagai pihak lain yang menentang Islam juga memainkan peranan amat berkesan dalam menanam perasaan takut ini dalam pemikiran orang ramai.

Konsep 'keganasan Islam' dalam hampir semua aspek kehidupan sosial dan perbuatan sengaja menanam sentimen Islamofobia di pusat politik dunia sebenarnya bertujuan menyekat kebangkitan dunia Islam. Dasar diamalkan kerajaan Barat khususnya selepas kejadian 11 September 2001 (9/11) di Amerika Syarikat, yang secara umumnya menyasarkan orang Islam, selain undang-undang yang diluluskan dalam konteks berkenaan, mempercepatkan lagi pertumbuhan sikap Islamofobia.

Selain itu, parti ekstrem berhaluan kanan turut memainkan peranan besar dalam menggalakkan aliran penentangan ke atas Islam.

Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) di Jerman, Barisan Kebangsaan (NF) di Perancis, Pim Fortuyn List di Belanda, Liga Utara di Itali, Parti Kebebasan di Austria dan Parti Rakyat Denmark adalah antara parti ekstrem yang mendapat sokongan besar di Eropah. Mereka menyasarkan imigran Muslim, terutamanya.

Serangan fizikal, psikologi

Mentaliti kaum yang menganggap imigran Muslim sebagai berbeza membawa kepada pengasingan dan kebencian serta menyebabkan mereka menghadapi serangan fizikal dan psikologi atas alasan mereka mengancam aspek budaya dan kehidupan orang tempatan. Banyak negara Eropah menghadapi keadaan ini.

Serangan terhadap imigran Muslim, termasuk dipukul, masjid serta kediaman dan pejabat dilontar batu dan bom api, selain slogan menghina agama ditulis di tembok, vandalisme di perkuburan dan gangguan secara lisan, antara kejadian yang kerap dihadapi orang Islam di Eropah.

Bagaimanapun, seperti juga pendatang daripada agama lain, orang Islam yang meninggalkan kampung halaman dan cuba mengintegrasi di negara pilihan, turut memberi sumbangan ekonomi besar kepada masyarakat baharu. Diskriminasi dan sikap permusuhan terhadap imigran Islam tentunya bercanggah dengan prinsip hak asasi dan demokrasi moden, selain tidak adil dan tidak bertoleransi.

Bagaimanapun, menjadi satu kesalahan juga jika kita menganggap permusuhan terhadap Islam dan penganutnya di Eropah hanya dalam satu kategori sahaja. Beberapa kategori lain yang turut jadi punca perlu diambil kira juga tetapi secara berasingan.

Ini termasuk mereka yang menganggap orang Islam mengambil pekerjaan dan faedah lain daripada warganegara Barat, pihak yang sengaja menggunakan kebimbangan ini untuk meningkatkan permusuhan terhadap Islam dan penganutnya, begitu juga dengan mereka yang menganggap semakin ramai orang Islam akan membawa kepada penghapusan Kristian dan/atau merendahkan budaya Barat serta pihak yang menyamakan Islam dengan keganasan dan radikalisme.

Hanya ada satu cara sahaja untuk mengatasi semua kebimbangan ini iaitu penganut Islam sebenar mesti memberi penjelasan dan menunjukkan bahawa agama Islam tanpa semua perkara karut, adalah moden, sepadan dengan sains, demokrasi dan logik, penuh kesedaran, progresif, menentang keganasan serta mengarahkan semua saling berkasih sayang, bersaudara dan menyokong keamanan.

Mereka mesti menjelaskan bahawa orang Islam tiada niat untuk memerangi penganut Kristian dan al-Quran memuji mereka.

Orang Islam mesti menjelaskan bahawa pihak yang berfikiran menyokong keganasan, pembunuhan dan serangan bunuh diri, selain memusuhi agama lain bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya golongan fanatik yang menipu diri sendiri.

Maklumat tidak benar

Sehubungan itu, orang Islam mesti menjalankan kempen kesedaran secara sistematik serta maklum bahawa maklumat yang tidak benar adalah punca sebenar Islamofobia, bahawa ramai daripada mereka yang takut dengan Islam amat kurang mengetahui mengenainya selain kebanyakan perkara yang pada mereka betul adalah tidak benar.

Negara Barat yang mendakwa kononnya mementingkan demokrasi dan hak asasi manusia serta melayan sama rata semua penganut agama, juga memikul tanggungjawab besar.

Perkara pertama negara Barat perlu lakukan ialah memperkenal langkah perundangan melarang aktiviti berunsur Islamofobia dan perkauman. Islamofobia mesti dikategorikan sebagai jenayah kebencian seperti juga dalam soal antisemitik.

Mereka perlu utamakan langkah membina budaya berasaskan kasih sayang, saling menghormati, persahabatan dan persaudaraan, tanpa membenci masyarakat berbeza daripada mereka.

Apa yang paling perlu dilakukan untuk mencapai keamanan sejagat ialah memperkenal un

http://www.bharian.com.my/node/204702

2016-10-27 22:03:41

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top