ALLAH AKAN MEMPERKENAN KESATUAN ISLAM-TURKI BERLANDASKAN NILAI MORAL AL-QURAN, SELAKU MANIFESTASI NAMA-NYA RAHMAN (YANG MAHA PENGASIH) DAN RAHIM (YANG MAHA PENYAYANG); NAMUN INI HANYA BERLAKU DENGAN KEHADIRAN HAZRAT MAHDI (AS)

Besarkan video
 

(Daripada temubual secara langsung En. Adnan Oktar
di Kanal Avrupa, 13 Jun 2010)

ADNAN OKTAR: Palestin misalannya, mereka kerap berbicara tentang Palestin. Saudaraku, gunalah satu bahasa yang mencerminkan semua Muslim. Apakah Palestin satu-satunya perkara di dunia yang perlu kita uruskan? Bukankah Afghanistan juga masalah kita? Apakah Turkestan Timur bukan masalah kita? Wilayah Turki sepatutnya merdeka, namun itu tidak berlaku, mereka belum lagi bebas dari penjajahan. Mereka merdeka hanya pada nama, namun masih boleh dipersoalkan. Justeru, keinginan ini mesti ditanam di dalam jiwa masyarakat dalam merealisasikan Kesatuan Islam-Turki. Perhatikan, sebahagian saudara kita pernah menangis dan menjerit di jalanan dan kini mereka sepi di rumah masing-masing. Adakah anda sedar apa yang sedang berlaku, kerana anda belum menemukan penyelesaiannya? Maksud saya, umat Islam di Afghanistan sedang disembelih dan dibunuh siang dan malam lantaran umat Islam berpecah-belah. Seluruh kesilapan terletak pada golongan Muslim. Mereka telah dipisahkan sewaktu mereka semua berada di dalam gabungan dan mereka menganggap pemisahan ini sebagai sesuatu yang berharga. Mereka melihat usaha menentang sesama sendiri sebagai sesuatu yang wajar. Dosa tersebut telah dilakukan, dan ianya telah berlangsung untuk lebih daripada 100 tahun. Ia dilakukan secara berterusan dan masih lagi berlaku. Mereka seharusnya berkata "marilah kita hindari daripada melakukan dosa itu dan menghentikannya", dan mereka sepatutnya mengatakan bahawa mereka perlu patuh kepada kewajipan yang dikehendaki oleh Allah, bukan? Pakatan dan penyatuan di kalangan umat Islam merupakan tuntutan agama yang teragung. Jika anda menubuhkan pakatan dan bersatu, maka Israel tidak akan berkata, “Saya yang terhebat. Tentanglah jika kamu mampu.” Namun sekali lagi, kesatuan sedemikian juga tidak akan menggunapakai taktik-taktik kekerasan. Apabila Kesatuan Islam-Turki dibentuk, Allah akan menjadikan Hazrat Mahdi (as) sebagai pemimpinnya. Jika tidak, satu kesatuan Turki yang semata-mata berlandaskan pada bangsa, pada keunggulan kaum Turki, pada keunggulan genetik, pada satu polisi pan-Turki yang mendokong mentaliti fasis, akan dimusnahkan oleh Allah. Allah tidak akan membenarkan itu, dan tidak pernah dan tidak akan pernah mengizinkannya. Sistem sedemikian akan sentiasa dihancurkan. Allah tidak akan pernah membenarkan pemikiran fasis atas nama masyarakat Islam. Dia tidak akan pernah. Allah telah sering menghancurkan mereka, dan selalu membinasakan mereka. Allah tidak akan memperkenan sebuah Kesatuan Muslim yang fasis, Dia juga tidak akan mengizinkan Kesatuan Turki yang fasis. Jadi apakah yang diperkenankan oleh Allah Yang Maha Kuasa? Allah akan memperkenan Kesatuan Islam-Turki yang berlandaskan nilai-nilai moral Al-Quran, selaku manifestasi nama-Nya Rahman (Yang Maha Pengasih) dan Rahim (Yang Maha Penyayang). Allah akan memperkenan dan membina sebuah kesatuan yang seumpamanya insyaAllah. Dan itu hanya boleh terjadi dengan kehadiran Hazrat Mahdi (as). Perhatikan, inilah satu-satunya penyelesaian. Tetapi saya boleh beritahu anda bahawa kesengsaraan ini akan berlanjutan sekian lamanya seolah-olah mereka mengabaikan faktanya. Ianya mustahil. Misalannya, kita katakan bahawa saudara kita berkata yang sempadan-sempadan telah dibuka. Contohnya, mereka datang ke sini dari Damsyik dan saudara kita juga ke sana. Ertuğrul Özkök dari Turkey, misalannya, beliau pergi menunaikan haji. Beliau mengambil gambarnya yang sedang duduk di atas batu dingin lalu balik ke sini. Ramai orang telah pergi dan kembali. Mereka telah berulang-alik ke sini dari Damsyik dan negara Arab lainnya sejak sekian lama. Sarıyer di Istanbul suatu ketika pernah penuh dengan saudara Arab di suatu pusat. Penduduk kebiasaannya menyewakan rumah kepada mereka. Terdapat penduduk yang berjubah di sekeliling. Bercakap dengan suara yang lantang, melihat dengan lirikan ganjil, mereka membeli pastri-pastri manis dan memakannya dengan penuh selera. Saudaraku, kita tidak mencari sistem sebegitu. Ini telah pun berlaku, itu bukan persoalannya. Pokok perbicaraan saya adalah tentang satu sistem metafizik yang bersifat ketuhanan, berlandaskan nilai moral Al-Quran, nilai moral yang diajarkan Allah. Dengan kata lain, satu sistem suci yang akan muncul dengan kedatangan Hazrat Mahdi (as) dan nabi Isa (as). Jika anda sekadar membuka sempadan di mana-mana, ianya akan menjadi seperti Syria, atau Jordan. Apa yang terdapat di Jordan kini? Perkara yang sama akan berlaku. Di mana-mana pun akan seperti Syria sekarang. Tidak ada apa yang akan berlaku dengan hanya membuka perbatasan. Kemudahan elektrik yang dimiliki, jiwa, akal dan kesedaran yang terdapat di dalamnya adalah penting. Kepercayaan juga adalah sangat mustahak. Sempadan China kini terbuka seluas-luasnya. Di mana-mana pun sempadan dibuka. Rusia juga begitu. Empayar Rusia masih wujud di Rusia. Wilayah Turki secara praktis masih berada di bawah kawalannya. Dan apa yang sedang berlaku? Russia berada dalam satu keadaan yang teruk dan begitu juga dengan mereka yang berada di dalamnya. Semua orang menderita. Tiada yang bermanfaat darinya. Manusia saling berbunuhan dan meminum vodka. Saudara Arab kita juga gemar berfoya-foya. Misalannya, rakyat Arab Saudi pergi ke Eropah dan mula meneguk wiski, mengadakan penari perempuan untuk mereka di London dan tempat-tempat lain. Mereka membeli pasukan-pasukan bola sepak. Tentu sahaja saya menganggap mereka yang baik bebas daripada semua ini, tidak perlu saya ulangi sepanjang masa. Saya cuma merujuk sesetengah kes yang ketara. Sudah tentu saya menganggap semua orang yang baik bebas daripada perkara sebegini. Terdapat ramai manusia yang ikhlas dan jujur, dan saya melihat mereka merdeka daripada apa yang saya katakan tadi. Izinkan saya ulangi sekali lagi. Mereka ke sana dan membeli pasukan bola sepak, atau ke sana dan membeli bangunan-bangunan terbiar lalu mengadakan parti-parti untuk penduduk British dengan alkohol yang dengan demikian memuaskan perasaan mereka. Mereka yang berkelana dengan jubah hitam di negaranya, berubah sepenuhnya menjadi orang lain di tempat lain. Orang yang menunaikan solat lima waktu di rumah, sama sekali akan mengabaikannya di sini, bermabuk-mabukan dan berkeliaran sedemikian. Terdapat satu persekitaran yang aneh dan tidak telus. Inilah sistem yang muncul daripada ketiadaan sistem Mahdi. Maksud saya, kekurangan disiplin sebegini lahir daripada kerosakan tubuh yang tidak berhubung dengan akal. Tangan dan kaki bergerak bebas sepenuhnya. Maksud saya, semua bahagian tubuh bertindak bertentangan di antara satu dengan yang lain. Organ-organ tubuh tidak melayani tubuh, sebaliknya merosakkan tubuh. Tangan memukul kepala misalannya, manakala kaki menghentak lantai. Lahirlah satu sistem yang mengelirukan. Lebih kurang setiap bahagian bergerak mengikut desakan tersendiri. Syaitan berusaha untuk memperkecilkan sistem Mahdi di mata manusia. Seolah-olah ianya tidak bermakna dan tidak penting, atau seolah-olah ia tiba dan telah hilang, atau tidak penting sekalipun ia datang. "Dia adalah Cehcah" kata mereka, atau "seseorang bernama Kahtani akan tiba, itulah apa yang dimaksudkan," tegas mereka. Dengan kata lain, mereka mendakwa bahawa dia hanyalah seorang daripada pegawai Badiuzzaman. Bahawa dia sekadar seorang manusia biasa. Bahkan mereka tidak mahu menyebut namanya. Mereka mengatakan bahawa ianya tidak penting sama ada ia berlaku atau tidak. Anda juga boleh pergi dan menjeritkannya di jalanan. Allah akan membuat anda berteriak di jalanan, meskipun anda tidak akan mendapat apa-apa darinya. Tiada apa yang dapat menentang kehendak Allah. Dengan erti kata lain, saya bukan bercakap soal satu kesatuan ekonomi atau ketenteraan. Kita adalah sebuah anggota NATO, namun itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan kita untuk menjadi anggota NATO. Tiada apa berkenaan satu kesatuan ekonomi yang mampu menggembirakan kita. Tidak kisahlah jika Kesatuan Eropah menerima kita. Apakah itu akan membuat kita gembira? Kita akan bergembira lantaran kepercayaan kita, bukan kerana perkara lainnya. Tiada apa di sana, lagipun apa yang boleh dilakukan oleh Kesatuan Eropah terhadap kita?

PENYAMPAI: Maafkan saya, namun kenapa kita teringin sangat untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU)?

ADNAN OKTAR: Dalam apa juga keadaan, Kesatuan Eropah pastilah sesuatu yang bermanfaat, maksud saya dapat berhubungan dengan negara Eropah adalah sangat baik. Kita sukakan masyarakat Eropah, kita suka mereka sebagai satu bangsa. Kita bersimpati dengan mereka. Pastinya kita berminat untuk memanfaatkan kemajuan teknologi dan saintifik mereka. Namun mereka tidak akan menawarkan kita makanan dan minuman dan merai kita begitu sahaja. Itu mustahil. Mereka telah meminta balasan daripada kita, itu bukanlah kehendak mereka. Itulah sebabnya mereka telah mewujudkan satu alergi dan berasa tidak selesa. Mereka fikir kita menginginkan sesuatu daripada mereka, itulah yang mereka fikirkan. Namun kita tiada niat sedemikian. Malah kita akan menjaga dan memberi mereka.


 


2010-07-19 14:53:27

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top