SEMUA NEGARA AKAN BERSATU DAN TEGUH DI DALAM KESATUAN ISLAM-TURKI.

Wawancara En. Adnan Oktar oleh Associated Press di Pakistan,
6 September 2008

ADNAN OKTAR: Jika kita gunakan seketul bata tiada yang akan berlaku, dan tiada apa yang terjadi andai kita menambah bata kedua. Namun sekiranya kita melepa semua ketulan bata bersama dan melapisinya dengan kayu, kita dapat membina sebuah istana. Begitulah ibarat dunia Islam kini, seperti ketulan bata yang bertaburan. Dalam keadaan sedemikian, tidak akan ada seni, tamadun, kecantikan dan kewarasan.  Keindahan itu hanya timbul apabila kita bergabung dan bersatu serta bertindak seiringan. Justeru, kesatuan ini mesti disokong oleh semua negara Islam tanpa bertangguh. Contohnya, pernah timbul masalah di antara Georgia dan Rusia. Itu tidak akan terjadi sekiranya kita mempunyai kesatuan Islam-Turki. Masalah tersebut dapat dirungkai sekaligus, kerana penduduk Rusia adalah orang baik yang berhak dihormati dan rakyat Georgia juga demikian. Buat masa ini tiada pihak yang menjadi pengantara di bahagian berkenaan. Namun terdapat satu sebab yang munasabah, tidakkah begitu? Suatu alasan yang konsisten. Keputusan paling rasional dan penetapan terbaik boleh dicapai, dan ianya memihak dan bermanfaat untuk kedua-dua pihak. Namun itu tidak berlaku. Keputusan yang dibuat bertentangan dengan kedua-dua belah pihak. Perasaan tidak senang mula timbul lalu terjadilah konflik sedemikian. Kesatuan Islam-Turki akan menjadi kepala wilayah tersebut dan juga dunia. Ini adalah satu sistem yang bersemangat altruisme, bukannya demi kepentingan sendiri. Dengan izin Allah, sebaik sahaja tatacara yang baik muncul, ia akan bertambah dan melimpah dengan sendirinya. Pasti minyak dan mineral akan diusahakan dengan cara yang paling sempurna. Eropah, China, Rusia dan seluruh dunia Islam-Turki akan memanfaatkan peluang ini. Tetapi, minyak dan mineral di Afghanistan masih belum diproses. Minyak bawah tanah dan mineral di Turkestan Timur juga belum diekstrak dan diproses. Kedudukan Turki sememangnya diakui, ia mempunyai sejumlah keupayaan. Penyatuan semua tenaga ini bermakna kewujudan satu kuasa berwibawa dan melahirkan satu tamadun unggul. Kita dapat melihat perkara ini. Jelas bahawa satu tamadun gemilang akan muncul daripadanya.



 


2010-07-21 03:39:15

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top