PARA MUSLIM DAN AHLI KITAB DALAM SEJARAH

Manusia saksama yang mempelajari sejarah Islam dan hubungan para Muslim dengan bangsa Yahudi dan Kristian yang hidup di bawah pemerintahan Islam akan menemui fakta berikut: Ahli Kitab sentiasa hidup dengan aman dan tenang di bawah pemerintahan Islam.

Tuhan mewahyukan bahawa golongan Kristian dan Yahudi yang beriman kepada-Nya dan Hari Pengadilan serta melakukan kebaikan akan menerima imbalan sesuai dengan amal mereka:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Nasara (Nasrani), dan orang-orang Saabi'in, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal salih, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Surah Al-Baqarah, 62)

Teladan dari Nabi Muhammad (saw)

Nabi Muhammad (saw), model terbaik bagi semua Muslim yang berurusan dengan Ahli Kitab, sentiasa bersikap adil dan simpati terhadap Yahudi dan Kristian serta berusaha untuk mengadakan suasana yang berlandaskan semangat muafakat dan kasih di kalangan tiga komunita agama ini. Pelbagai perjanjian dan jaminan telah membolehkan bangsa Kristian dan Yahudi untuk memiliki komuniti keagamaan sendiri.

Nabi Muhammad (saw) mengizinkan golongan Yahudi untuk membentuk satu parti dalam Perlembagaan Madinah dan ditandatangani bersama oleh suku Aws dan Khazraj, yang membolehkan mereka untuk terus hidup sebagai satu komuniti agama yang tersendiri. Asas kepada penerimaan terhadap fahaman dan tradisi Yahudi ini digariskan dalam artikel berikut: "The Jews of Banu Awf [non-Muslim minorities] are a community along with the believers. To the Jews their religion, and to the Muslim their religion." 1

Kebebasan Bersuara dan Beragama

Sejak di zaman Nabi Muhammad (saw) lagi, kebebasan beragama telah wujud di wilayah naungan Muslim. Pelbagai fasal perjanjian yang menjamin keselamatan biara dan gereja merupakan bahagian penting di antara semua persefahaman yang dimeterai antara golongan Muslim dan Ahli Kitab. Dokumen-dokumen bersejarah mendedahkan bahawa ramai Muslim yang melawat biara-biara untuk berehat pada malam hari, untuk makan, sekalipun sekadar untuk berbual semasa dalam pengembaraan atau kempen-kempen.

Ahli Kitab sentiasa memberi sambutan mesra terhadap golongan Muslim. Ekspresi berikut telah direkodkan dalam satu perjanjian yang ditandatangani oleh Khalifah Umar, yang ditunjukkan kepada Abu Ubaidah oleh penduduk Kristian di Syria:

[Kami gunakan istilah sendiri:]… tidak menutup gereja-gereja kami daripada Muslim yang singgah sama ada malam atau siang; untuk membuka pintu-pintunya kepada pengembara dan musafir; …untuk merai setiap pengembara Muslim mengikut adat kami dan memberi mereka makan… Kami tidak akan menganiayai seseorang Muslim, dan dia yang memukul seseorang Muslim telah kehilangan hak-haknya. 2

Di bawah pemerintahan Islam, Ahli Kitab sentiasa merayakan majlis-majlis keagamaan mereka sebagaimana yang mereka mahukan. Dari masa ke masa, kepimpinan Muslim malah menghadirkan diri. Sekeping surat oleh ketua Nestorianisme, Isho'yab III (650-60) mendedahkan belas kasihan dan penerimaan pemimpin-pemimpin Muslim terhadap Ahli Kitab:

Mereka [Abbasiyyah] tidak menyerang agama Kristian, malah menghargai fahaman kita, menghormati pendeta kita... dan membenarkan pelbagai kebaikan pada gereja dan biara. 3

Fakta-fakta sejarah ini mengumumkan bahawa, bertentangan dengan kebanyakan bacaan kita pada masa kini, Islam ialah agama yang membawa keamanan dan persefahaman. Kristian dan Yahudi telah hidup bebas di bawah naungan Muslim dan menikmati kebebasan beragama dan bersuara.

Kesejahteraan di bawah Pemerintahan Muslim

Dalam beberapa kurun terawal era Kristian, golongan Yahudi menindas penganut Kristian; namun apabila mula berkuasa, mereka mula menekan bangsa Yahudi bahkan rakan Kristian dari mazhab berbeza. Zaman Pertengahan didominasi oleh penindasan gereja Katolik ke atas Yahudi dan Kristian yang tidak bersetuju dengan ajarannya. Beberapa non-Katolik meminta perlindungan daripada pihak Muslim. Penindasan dan keganasan Byzantium terhadap Monophysite Mesir dan  Kristian Jacobean, kengerian yang dideritai oleh Yahudi dan Kristian Ortodoks yang mendapati diri mereka di dalam Perang Salib Katolik, dan penganiayaan yang dialami oleh Yahudi di Eropah, seperti juga nasib para Muslim dan Yahudi di Sepanyol selepas Reconquista, tidak pernah berlaku di wilayah pemerintahan Islam.

Yahudi yang melepaskan diri daripada cengkaman tirani Sepanyol menemui ketenangan dan keselamatan yang diidamkan di wilayah Uthmaniyyah. Setelah dihalau keluar dari Sepanyol dan menghadapi lebih banyak kesukaran di negara lain di mana mereka mencari perlindungan, ramai yang mati kelaparan dan kehausan di pintu desa dan kota yang melarang mereka masuk. Yahudi yang menaiki kapal-kapal Genoese sama ada dieksploitasi atau dijual kepada lanun. Sultan Bayazid menyambut Yahudi ke dalam empayarnya dan meminta rakyat menunjukkan rasa hormat dan penerimaan selayaknya.

Perintahnya mengisytiharkan agar tidak menolak kemasukan bangsa Yahudi atau menyusahkan mereka, tetapi menerima mereka dengan mesra. 4 Sejarah mengenali Sultan Bayazid sebagai seorang yang salih, serta kemesraan dan penerimaan beliau adalah berlandaskan moral Quranik.

Dengan menjalani hidup di bawah naungan pemerintahan Islam, golongan Ahli Kitab turut terlibat dalam kesibukan hidup yang penuh budaya. Pemimpin-pemimpin Muslim meluaskan naungan mereka ke tanah jajahan dan membawa kebudayaan tersebut masuk ke Baghdad, ibu kota empayar tersebut, di mana ia akan dipelajari oleh saintis-saintis Muslim, Kristian dan Yahudi. Setiap orang daripada mereka dapat menyampaikan karyanya berdasarkan pengkajian tersebut dan fahaman agama masing-masing. Di saat golongan Muslim menyokong sains dan kebebasan bersuara, Eropah sebagai pusat Kristianiti pula mengarah mahkamah-mahkamah Inquisition membakar orang hidup-hidup atas pemikiran dan fahaman agama mereka yang non-Katolik.

Meskipun mempunyai mahkamah dan perundangan sendiri, namun sikap adil yang ditunjukkan oleh para pemimpin Muslim membuatkan ramai Kristian dan Yahudi membawa kes mereka ke mahkamah-mahkamah syariah. Malah pada satu ketika, pertambahan bilangan kes penduduk Kristian yang dibawa ke ke mahkamah-mahkamah Islam memaksa ketua Nestorianisme Mar Timothee I (780-825) mengeluarkan satu dekri bagi mengurangkannya. 5

Status Golongan Non-Muslim

Ahli Kitab yang hidup di wilayah Muslim lebih dianggap sebagai golongan dzimmah, berbanding sebagai tahanan perang, sekaligus diberi beberapa hak. Misalannya, sebagai pertukaran bayaran cukai jizyah, hidup dan harta benda mereka dilindungi, dan mereka menikmati kebebasan beragama dan bersuara, dikecualikan daripada khidmat ketenteraan, serta hak ke atas mahkamah perundangan sendiri untuk menyelesaikan perselisihan sesama mereka. Bahkan dalam sesetengah keadaan, cukai-cukai yang telah mereka bayar dikembalikan.

Sabda Rasulullah (saw): "Aku adalah penentang kepada mereka yang menyalahi golongan dhimmis atau menyusahkan mereka dengan beban yang tidak mampu mereka tanggung." Berdasarkan prinsip ini, Muslims mengandaikan bahawa mereka turut bertanggungjawab melindungi non-Muslim yang hidup di bawah pemerintahan mereka. Sifat adil golongan Muslim menetapkan  bahawa golongan dzimmah berada di bawah naungan kerajaan.

Sejarah persahabatan di antara Muslim dengan Yahudi dan Kristian pada masa lalu merupakan satu teladan untuk hari ini. Kod etika Islam menuntut agar non-Muslim diterima, nilai dan kepercayaan mereka dihormati, dan satu suasana di mana kehidupan bersama yang aman diwujudkan. Justeru itu, penyebaran tatasusila ini dan usaha memperbetulkan beberapa amalan menyimpang yang kononnya Islamik, akan memainkan peranan penting dalam hal ini.

“Untuk mendapatkan hasil karya Harun Yahya, sila lawati www.bookglobal.net.”


1-     “Islam and anti-Semitism,” 31 Januari 2004; www.worldhistory.com/wiki/I/Islam-and-anti-Semitism.htm

2-     (Majid Khadduri, War and Peace in the Law of Islam (Baltimore: The Johns Hopkins Press, 1955), hal. 193-194.)

3-     Fred Aprim, “The A to Z of the ancient Chaldeans and their relation to modern Chaldeans;” http://www.atour.org/news15_1.htm

4-      Abraham Danon, dalam Review Yossef Daath, no. 4.

 Levent Ozturk, Asr-i Saadetten (Christians in Islamic Society from the Blessed Period of the Prophet to the Crusades), hal. 188.


2010-12-02 01:07:49

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top