DENGAN MENDAKWA BAHAWA NABI YESUS (AS) IALAH ANAK ALLAH; KRISTIAN MENGAKIBATKAN JUTAAN ORANG TIDAK BERAGAMA

(Petikan daripada wawancara En. Adnan Oktar bertarikh 10 Disember 2009)

PENGACARA:Anda katakan di dalam tulisan anda, berdasarkan pada Al-Quran, bahawa Nabi Yesus (as) tidak wafat dan baginda akan turun semula ke Bumi atas kehendak Allah. Saya fikir penulis terkenal di dunia iaitu Dan Brown juga telah membaca buku anda apabila beliau menulis, “Pada pendapat saya, Yesus tidak disalib.” Beliau mengatakan bahawa terdapat banyak bukti yang menunjukkan Nabi Yesus (as) tidak disalib serta beliau tidak meyakini bahawa baginda ialah anak Tuhan. Apa pandangan anda tentang hal itu?

ADNAN OKTAR:Beliau melihatnya dengan penuh rasional. Sudah pasti baginda bukan anak Tuhan. Itu adalah sesuatu yang amat kebudak-budakan untuk diperkatakan. Dengan kata lain, saudara Kristian kita telah mengakibatkan jutaan manusia menjadi tidak beragama; atas sebab itu sahaja, jutaan generasi muda telah meninggalkan Kristianiti.Bagaimana mungkin seorang manusia dapat menjadi Tuhan? Bagaimana seseorang yang makan, minum dan tidur, mempunyai keperluan fizikal dan memohon kepada Tuhan, adalah Tuhan itu sendiri? Baginda boleh mengaku sebagai satu manifestasi Tuhan, yang bererti bahawa setiap orang juga adalah manifestasi Tuhan. Meskipun jelas bahawa baginda hanyalah seorang utusan Tuhan, namun itu tidak cukup bagi Kristian, tidak mencukupi untuk mereka mengatakannya hanya sebagai seorang rasul. Perhatikan, perasaan kasih kadang-kala mengakibatkan kesan negatif, maksud saya seseorang perlu memohon perlindungan Allah daripada perasaan kasih sedemikian,ia adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Demikianlah mereka memuja baginda. Sedangkan perasaan cinta seharusnya untuk Allah sahaja, dan manusia perlu dikasihi sebagai manifestasi Allah. Masalah sebegini tidak akan timbul seandainya mereka mengasihi baginda sebagai satu menifestasi Tuhan. InsyaAllah, di zaman Hazrat Mahdi (as) dan Al-Masih, kerosakan dan perselisihan ini akan berakhir. Nabi Yesus (as) sendiri akan menjelaskan bahawa hanya ada Allah Yang Maha Esa, bahawa baginda bukanlah anak Tuhan, sekaligus bukan Tuhan. Hanya itu satu-satunya jalan penyelesaian.  Jika kita memberitahukan kebenaran kepada penganut Kristian sekarang, mereka tidak akan percaya. Namun memandangkan Al-Masih sendiri yang akan kembali dan menerangkan kebenaran hal ini, minda mereka akan lebih terbuka, insyaAllah.


2010-12-03 23:43:24

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top