KRISTIAN DAN YAHUDI JUGA MENUNAIKAN SOLAT

(Petikan daripada wawancara langsung En. Adnan Oktar di Çay TV dan Maraş Aksu TV, 29 Oktober 2009)

PENYAMPAI: Anda juga telah mengaitkan mereka (Yahudi) dengan solat.

ADNAN OKTAR: Saya mempunyai satu video. Biar kita siarkannya di suatu masa. Mereka mengambil wuduk. Mereka memiliki mangkuk khas untuk mengambil wuduk, dibuat khusus untuk tujuan tersebut. Mereka melakukan satu penyucian, mereka membasuh tangan dan muka. Mereka berdiri, rukuk dan sujud. Mereka melaksanakan solat sama sepertimana yang kita tahu. Terdapat dua filem berbeza. Ada beberapa ulama Yahudi dengan janggutnya. Dengan jubah Yahudi mereka... Mereka sedang melakukan solat, dengan rambut mereka di paras ini dan memakai jubah khas mereka. Solat juga wujud dalam Kristianiti. Ia wujud dalam semua agama tauhid. Nabi Ibrahim (as) pernah menunaikan solat. Ramai orang membayangkan bahawa kepercayaan itu amat berlainan. Namun hakikatnya ia tetap sama. Allah Yang Maha Kuasa telah membuat beberapa perbezaan berkenaan hal yang halal dan haram. Kesemua mereka sama. Ia tetap sama di zaman Nabi Ibrahim (as). Ishak, Yaakob, Ismail dan kesemua mereka pernah melaksanakan solat dalam cara serupa. Nabi Yesus (as) juga pernah menunaikan solat. Hanya selepas itu Kristian berhenti mengamalkannya. Tetapi penganut Kristian menunaikan solat di Korea. Ada sesuatu yang kurang diketahui, contohnya mereka di Korea Selatan melakukan solat. Kristian di Ethiopia juga melakukan solat. Majoriti Yahudi melakukan solat. Namun dalam beberapa waktu agama-agama ini telah dirosakkan, maksud saya amalan sebenarnya telah dikurangkan, ianya telah diubah.
 


2010-12-18 13:38:35

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top