KESATUAN TURKI ISLAM AKAN MENJADI PENYELAMAT UMAT ISLAM PATTANI

Penindasan dan keganasan terhadap umat Islam di Pattani, satu republik autonomi yang bergabung dengan Thailand, dalam penaklukan sangat sedikit diketahui dunia. Tetapi penganiayaan yang dahsyat ini di tanah subur dan kaya di Asia Tenggara telah pun berlangsung selama kira-kira 200 tahun.

Penindasan umat Islam Pattani bermula dengan dinasti Rama yang mengambil alih pentadbiran Pattani dalam 1782. Dinasti ini menjadikan Bangkok ibu kota dan menubuhkan satu pentadbiran berpusat. Sejak itulah konflik antara Muslim Pattani dan penduduk tempatan yang dikenali sebagai orang Siam meletus. Banyak bandar-bandar Pattani telah dibakar dan musnah semasa konflik, banyak posisi pertahanan ketenteraan musnah dan seramai 4000 umat Islam Pattani telah ditawan oleh Kerajaan Siam.

Kerana kelewatan membawa perpaduan Islam, ketika masjid-masjid di Pattani yang diserbu oleh tentera Thai dan umat Islam mati syahid ketika mereka berdoa, ketika umat Islam telah syahid dibunuh dengan kejam, tanpa membezakan lelaki, wanita, kanak-kanak atau warga tua, apabila umat Islam ditembak di kepala semasa melakukan solat, dan berkelakuan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, akan menghadapi tanggungjawab yang berat di hadapan Allah.

Orang Siam mengenakan seksaan yang dahsyat kepada umat Islam yang mereka tawan. Mereka menjahit telinga dan kaki mereka bersama dengan satu tali yang kuat diperbuat daripada sejenis pohon ganja. Umat Islam yang mereka bawa ke Bangkok yang dianiaya dengan dahsyat kemudiannya dipaksa bekerja sebagai hamba-hamba yang menggali parit dengan tiada alat atau peralatan. Sultan Pattani telah dibunuh dengan kejam oleh Siam pada akhir perang. Selepas perang itu, Pattani dibahagikan kepada 7 wilayah oleh Thailand dan dipaksa membayar cukai-cukai dan akan memakan masa 70 tahun lagi untuk berada di bawah pemerintahan Siam.

Pada tahun 1909, Siam telah memberikan Pattani semacam kemerdekaan nominal, tetapi penindasan oleh pentadbiran Thai diteruskan pada kadar yang sama seperti sebelumnya. Umat Islam Pattani bangkit berkali-kali untuk mendapatkan kemerdekaan penuh, tetapi telah dibunuh dengan ganas pada setiap cubaan. Terdapat peningkatan migrasi yang besar ke Malaysia pada masa itu

Pentadbiran Thai mengikuti satu dasar tekanan dan asimilasi bertujuan untuk memusnahkan identiti keIslaman rakyat Pattani. Langkah pertama ialah untuk mengharamkan sepenuhnya aktiviti-aktiviti institusi pendidikan Islam pada tahun 1932. Pada tahun 1944, pelbagai kempen kemusnahan telah dimulakan, dengan para pemimpin Muslim Pattani dan keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh penganut Buddha. Mereka dilarang untuk mematuhi undang-undang Islam atau melibatkan diri dalam ibadah Islam, manakala kepercayaan Buddha juga diserapkan ke atas umat Islam. Buddhisme diajar secara paksa di sekolah-sekolah, dan pelajar-pelajar Islam dipaksa untuk mengikut ajaran Buddha.

Tentera Thai menahan anak anak muda dan lelaki Pattani Islam, meniarapkan mereka sambil telanjang di jalanan dan menggari tangan mereka di belakang. Masyarakat di Pattani, yang telah menerima Islam sejak abad ke15, terdedah kepada penindasan dan keganasan setiap hari.

Pentadbiran Thai juga melakukan pembunuhan umat Islam beramai-ramai yang dahsyat di pelbagai ketika. Pada tahun 1944, 125 keluarga Islam telah dibakar hidup-hidup di rantau Belukar Samak sahaja. Dasar-dasar asimilasi pentadbiran Thai tampak dalam segala aspek kehidupan. Banyak masjid di Pattani telah dirobohkan.

Sebaliknya, penganut Buddha digalakkan berhijrah ke wilayah Pattani dalam rangka kerja dasar asimilasi ini, dan keseimbangan populasi penduduk diubah. Patung Buddha terbesar di Thailand telah didirikan di Pattani. Penduduk Islam dipaksa menyembah patung-patung Buddha. Sebahagian daripada mereka yang enggan telah mati syahid dan dibuang ke dalam Sungai Kota. Beribu-ribu orang di Pattani dikenakan siksaan yang tidak berperikemanusiaan. Ulama-ulama Islam yang menonjol telah mati syahid kerana sebab-sebab yang mencurigakan di institusi kesihatan yang ditubuhkan oleh rejim Thai dan pembunuhan misteri serta kehilangan telah pun menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Pattani.

Hari ini, umat Islam dilucutkan segala hak politik dan budaya di Pattani, yang mempunyai penduduk Islam kira-kira 5 juta. Populasi adalah tertakluk kepada serangan oleh tentera Thailand yang pada asasnya hampir setiap hari. Menurut maklumat dari ketua Pattani Islam, purata 7 atau 8 orang mati syahid ditangan tentera Thailand setiap hari. Mereka yang tidak mati syahid sama ada diambil untuk kem-kem tahanan ataupun hilang, tidak pernah didengar lagi. Ramai orang dipaksa meninggalkan rumah masing-masing, dan mereka yang membantah penghijrahan ini telah mati syahid. Terdapat kira-kira 30,000 janda dan 40,000 kanak-kanak yatim di Pattani, di mana sebahagian besar wanita telah dirogol, di mana masjid-masjid dirobohkan dan umat Islam diseksa oleh babi yang dilepaskan ke dalam rumah dan tanah masing-masing. Lebih daripada 400 orang telah hilang di bawah undang-undang mempertahankan diri yang dikuatkuasakan sejak 3 tahun yang lalu, kira-kira 2,300 telah mati syahid dan 4,000 lagi ditahan atas sebab-sebab menyalahi undang-undang. Pada masa ini terdapat 30,000 orang ditahan di kem-kem tahanan. Keadaan kem-kem tersebut telah dinyatakan seperti berikut didalam akhbar:

Kebanyakan banduan yang ditahan secara berbogel di dalam kem itu menampakkan tanda-tanda pukulan pada badan mereka, dan tahanan Pattani kelihatan letih, lemah dan dukacita. Di samping itu, askar telah menulis nombor pada badan tahanan. Apabila tentera Thai mahu memanggil tahanan Pattani mereka menggunakan nombor ini dan bukannya memanggil mereka dengan nama. Tahanan wanita Pattani ditahan terutamanya di kem tahanan berhampiran Kampung Galuvo, dalam wilayah Narativa. Orang Pattani berkata bahawa wanita dalam kem ini, yang menampung lebih daripada 100 banduan wanita, dirogol secara sistematik oleh askar.

Umat Islam diharamkan menggunakan nama Islam, dan ada juga yang dipaksa menggunakan nama-nama dengan makna jahiliah. Pengharaman komunikasi menyukarkan saudara Muslim Pattani kita untuk memberitahu dunia tentang penganiayaan ini. Akhbar-akhbar asing adalah dilarang untuk memasuki rantau ini dan mengambil gambar, sementara penggunaan internet awam adalah sangat terlarang.


2011-08-04 16:09:13

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top