Mari Kita Belajar Tentang Islam

Muatturun buku

Download (DOC)
Download (PDF)
Komen

Episod buku

< <
1 / total: 8

Pendahuluan

Hai… Adik-adik, di dalam buku ini kami akan membincangkan isu penting yang perlu kamu fikirkan dengan baik…

Di sekolah, guru-guru kamu pada mulanya mengajar kamu huruf-huruf. Kemudian diikuti dengan nombor dan pelajaran matematik. Tetapi pernahkah kamu fikirkan mengapa kamu perlu pergi ke sekolah dan mempelajari semua pelajaran-pelajaran ini?

Sebahagian kamu akan menjawab, ia adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan lumayan apabila kamu dewasa. Ini bererti kamu hampir pasti bahawa kamu akan dewasa suatu hari nanti. Akan sampai suatu masa apabila kanak-kanak di keliling kamu akan memanggil kamu, “Makcik, datuk atau pakcik… “ seperti mana kamu memanggil makcik, datuk, atau pakcik kamu sekarang. Dengan kata lain kamu akan meningkat dewasa sekiranya Allah menghendakinya.

Bagaimanapun, kamu tidak akan membesar selama-lamanya. Setiap manusia beransur-ansur meningkat dewasa, tetapi suatu hari nanti mereka akan meninggal dunia dan memulakan kehidupan baru di akhirat. Inilah kebenarannya. Selepas melalui zaman kanak-kanak, kamu akan membesar menjadi seorang pemuda atau pemudi sehingga kamu mencapai usia datuk dan nenek kamu. Kemudian akan sampai masanya kamu memulakan kehidupan kamu di dunia akhirat.

kids_soccer

Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun? (Surah Maryam: 67)

Adik pergi ke sekolah sebagai persiapan di masa hadapan. Setiap orang perlu melakukan persediaan ini. Tetapi persiapan ini hanya terhad kepada kehidupan di dunia ini sahaja. Bagaimana keperluan kamu di akhirat kelak? Kamu juga perlu membuat persiapan untuk hari akhirat. Pernahkah adik memikirkannya?

Apabila kamu dewasa kamu perlu menampung kehidupan kamu, ini bererti kamu perlu bekerja. Kerana itulah kamu pergi ke sekolah. Begitu juga untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia di akhirat, terdapat beberapa perkara yang perlu kamu lakukan. Yang paling penting ialah kamu hendaklah mengenali Allah Yang Maha Agung, dan bagaimana Dia menghendaki kita mengawal diri kita.

Di dalam buku ini kita akan membincangkan tentang kekuasaan Allah yang telah menjadikan ibu, ayah, dan kawan-kawan kamu, serta seluruh manusia, haiwan, tumbuhan, dan semua hidupan, termasuk bumi, matahari, bulan dan seluruh alam ini. Kita akan memperkatakan tentang kekuasaan Allah dan kebijaksanaan-Nya yang tidak terbatas dan mengetahui semua suruhan dan larangan-Nya. Jangan lupa, perkara ini sangat penting, ia akan memberi faedah yang besar kepada kamu!

 

1 / total 8
You can read Harun Yahya's book Mari Kita Belajar Tentang Islam online, share it on social networks such as Facebook and Twitter, download it to your computer, use it in your homework and theses, and publish, copy or reproduce it on your own web sites or blogs without paying any copyright fee, so long as you acknowledge this site as the reference.
Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top