
PENGENALAN
Adik-adik!
Pernahkah adik terfikir?
"Bagaimana alam ini terbentuk?"
"Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?"
"Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?"
"Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?"
"Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang,
plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa
yang memberikan warna dan bau kepada mereka?"
"Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu
enak?" Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan
yang lancar?"
"Siapakah manusia pertama?"
Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin
mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?"
Di dalam buku ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua
soalan-soalan ini.
Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu,
termasuk diri kamu, kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran
kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros berwarna-warni, bunga violet,
haruman semerbak, manusia, kucing, anjing, semut, lebah, kuda, burung
dan rama-rama, ringkasnya semua yang telah dicipta oleh Allah.
Kami menyoal kamu, "Pernahkah anda terfikir: dari manakah lebah yang
kecil ini belajar menghasilkan madu yang begitu lazat?" Allahlah yang
telah mengajar lebah ini untuk menghasilkan madu.
Terdapat mereka yang menceritakan tentang perkara-perkara ini. Mereka
tidak percaya Allah telah mencipta segala-galanya dan mereka mereka-reka
cerita tentangnya. Mereka digelar "penyokong evolusi" dan kisah yang mereka
ceritakan dinamakan "evolusi".
Kami mahu anda mempelajari kebenaran, dan kerana itulah kami memulakan
dengan memberitahu kamu perkara-perkara yang benar. Di bahagian kedua
buku ini, kami akan menunjukkan bagaimana mereka yang mempercayai evolusi
menipu manusia. Selepas kamu membaca buku ini, sekiranya pada suatu hari
ada sesiapa yang meminta kamu mempercayai teori evolusi ini, kamu boleh
memberitahu mereka teori evolusi tidak benar, dan Allah adalah Pencipta
segala benda.

|