| PENGENALAN
14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai
satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai
jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat
pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi
umat manusia. Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang
terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam
suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan
bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan
bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan
teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur'an
1400 tahun dahulu. Sudah tentu Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi,
banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang
amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi
abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini
juga adalah bukti bahwa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan. Untuk memahami keajaiban
saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika
mana kitab suci ini diturunkan. Pada abad ke 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan.
Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas
yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki
alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda
yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa
gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa
di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka
menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit
di atas. Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak
oleh Al-Qur'an. Dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan
langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit
yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta
penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya. Al-Qur'an
diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik
atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan
alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan
di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang
dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur'an bersama-sama. |