| PENGENALAN
Pemerhatian
secara umum ke atas haluan sejarah mendedahkan bahawa semua golongan anti-agama
mengasaskan falsafah mereka kepada pemikiran materialisme. Sebagaimana yang telah
diketahui, materi golongan materialis menafikan fakta Penciptaan. Sebaliknya,
mereka mempertahankan bahawa materi telah wujud tanpa keterbatasan masa dan akan
tetap kekal sebagai sebagai satu entity mutlak selama-lamanya. Dalam perkataan
lain, mereka mendewakan materi. Materialisme dengan itu ditakrifkan oleh sumber
materialis; Materialisme menerima keabadian dan
kekekalan alam semesta (tanpa permulaan dan pengakhiran), iaitu tidak dicipta
oleh Tuhan, dan adalah tidak terbatas di dalam masa dan ruang.1
Sebab mengapa materialisme terlalu mendewakan materi berpunca dari
penafian mereka untuk mengakui kewujudan sang Pencipta. Sekiranya materi tidak
mutlak maka ia pasti mempunyai permulaan: sekiranya ia mempunyai permulaan bermaksud
ia telah diwujudkan dari tiada, iaitu ia dicipta. Tidak mengejutkan, kesepakatan
yang dicapai oleh dunia sains di akhir abad ke 19 mengesahkan bahawa materi bukanlah
mutlak dan bahawasanya ia mempunyai permulaan; keseluruhan alam semestaberasal
dari tiada dianggarkan 15 bilion tahun lalu melalui letupan sebuah titik dengan
isipadu 'sifar' dan membentuk seperti yang ada sekarang dengan pengembangan sepanjang
masa. Autentik fenomena ini yang dipanggil Big Bang, telah dibuktikan melalui
beberapa pemerhatian yang kukuh dan eksperimen sepertimana juga pengiraan di dalam
bidang fizik teori. Hal terbaru yang diputuskan oleh sains hari ini mengesahkan
fakta bahawa "alam semesta telah diciptakan dari tiada", seperti yang telah dikhabarkan
di dalam Al-Qur'an dan semua agama-agama samawi. Sebagai tambahan, sains moden
telah menolak materialisme dan menumpaskan mereka di dalam perjuangan yang mereka
mulakan untuk menentang penciptaan. Golongan materialis, akan tetapi,
tidak dapat menerima kenyataan bahawa materi adalah diciptakan dan tidak mutlak,
betapa sekalipun bertentangan dengan sains. Untuk menerima fakta ini mereka harus
menerima kewujudan Allah, dan untuk beriman dengan Allah mereka harus menganut
agama dan hidup secara beragama. Suatu yang secara asas digesa oleh agama ialah
untuk patuh dan tunduk kepada Allah, dan ini adalah menjadi kesukaran bagi sesetengah
orang yang dibutakan oleh kejahilan mereka. Di dalam Al-Qur'an, keadaan orang
yang melarikan diri darihakikat kebenaran disebabkan kejahilan mereka -sekalipun
kebenaran terpampang jelas- diterangkan seperti berikut: Dan
mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hari mereka
meyakininya (kebenaran). Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang yang berbuat
kebinasaan. Surah An-Naml:14. Golongan materialis mempercayai
bahawa masa sama seperti materi adalah mutlak: keduan-duanya wujud sejak azali
dan akan kekal selama-lamanya. Kesetiaan terhadap anggapan yang salah ini, mereka
cuba untuk menafikan takdir, hari kebangkitan, syurga dan neraka. Bagaimanapun,
hari ini, sains moden telah membuktikan bahawa sama seperti materi, masa, yang
timbul dari materi, juga telah diciptakan dari tiada, dan dengan itu ia juga mempunyai
permulaan. Pada masa yang sama, masa adalah fahaman yang relatif, dan bukanlah
static dan tidak berubah sebagaimana yang dipercayai sejak sekian lama oleh golongan
materialis, dan bahawa ia adalah satu bentuk persepsi yang berubah juga telah
dibuktikan di abad ini. Konsep relativiti masa dan ruang juga telah dibuktikan
oleh Teori Relativiti Einstein dan fakta ini membentangkan asas fizik moden yang
ada hari ini. Untuk meringkaskannya, masa dan ruang adalah dua konsep yang
bukan mutlak, yang mempunyai permulaan dan telah diciptakan oleh Allah dari tiada.
Allah, yang mencipta masa dan ruang, sudah pasti tidak terikat dengannya. Allah
menakrif, menentukan dan mencipta setiap ketika di dalam masa di dalam masa-sifar.
Ini adalah yangmenjadi intipati hakikat 'takdir', yang gagal untuk difahami oleh
golongan materialis. Semua peristiwa-peristiwa yang telah dan yang akan
dialami oleh kita, semuanya di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah, yang tidak
terbelenggu oleh masa, dan yang mencipta masa dari tiada. Hari ini, sains
moden mengesahkan fakta yang telah dikhabarkan di dalam AL-Qur'an 1400 tahun lalu,
yang amat diyakini oleh orang yang beriman. Ini menjadi saksi bahawa Al-Qur'an
adalah kalam Allah. Di sudut lain, pemikiran materialis, yang menafikan kewujudan
Allah dan fakta penciptaan untuk berabad lamanya, telah pun ditolak di dalam setiap
pelbagai bidang sains, sebuah disiplin yang sentiasa menjadi rujukannya dan yang
menjadi tempat perlindungannya. Di dalam buku ini, kita akan menghasilkan bukti-bukti
untuk menunjukkan bahwa dakwaan golongan materialis sebenarnya tidak mempunyai
sebarang asas saintifik dan logik, dan sebaliknya, materialisme secara total telah
dimusnahkan oleh bidang sains kontemporari. Subjek-subjek yang dibentangkan disini
mengendungi bukti-bukti yang sangat penting mengenai intipati kebendaan dan sifat
relatif masa dan ruang. Oleh hal yang demikian, kamu akan menemui beberapa fakta
yang tidak pernah kamu fikir selama ini, dan akan memahami bahawa intipati kebendaan
sebenarnya adalah amat berbeza dari apa yang dikemukakan oleh materialisme atau
apa yang kamu fikirkan sebelum ini. |