Tragedi di Laut Mediterranean!

Tiada tempat di bumi yang mempunyai begitu banyak negara dan tamadun melainkan di sekitar Mediterranean. Kini terdapat 23 negara di pantai Mediterranean. Keadaan lokasi laut yang strategik ini boleh dirumuskan sebagai 'Tragedi Laut Mediterranean.'

Tatkala negara-negara di sekitar Mediterranean berhadapan dengan masalah tersendiri dalam dan luar negeri, mereka juga turut berkongsi masalah biasa yang menjadi perhatian seluruh dunia - "Pendatang".

Pendatang yang dihantar dari sub-Sahara dan Afrika Utara, berdepan risiko kematian yang amat mustahil untuk dielakkan. Ada sebab utama kenapa mereka sanggup menerima risiko ini.

Ini termasuk kemiskinan melampau di tempat asal pendatang, kadar pengangguran, ketidakstabilan politik, penyakit wabak, kemarau disebabkan oleh perubahan iklim dan perang saudara - pada asasnya, mereka dalam ketakutan untuk hidup mereka.

Terdapat tiga laluan utama pendatang yang berasal dari sub-Sahara dan Afrika Utara menuju ke Eropah. Pendatang dari negara seperti Mali, Senegal dan Gambia mengikut laluan Barat yang menuju ke Sepanyol dan Itali. Pendatang dari Nigeria, Ghana dan Niger menggunakan laluan Mediterranean, manakala mereka dari Somalia, Eritrea, Sudan dan Mesir cuba memasuki Eropah dari Timur Mediterranean.

Situasi yang terkini kita perlu hadapi hari ini, terdapat dua pihak dalam tragedi Laut Mediterranean ini. Satu pihak EU yang tidak mahu menerima pendatang yang cuba masuk ke negara mereka, dan Libya, sebuah negara di luar kawalan dan yang terkini, menjadi sumber utama pendatang.

Kerapuhan dan kegagalan mewujudkan negara telah membawa kepada perebutan kuasa yang berterusan di Libya. Ketiadaan pihak berkuasa yang betul di negeri itu memberi peluang aktiviti penyeludupan manusia. Ketiadaan kawalan keselamatan yang menjaga sempadan khususnya menjadikan mereka mudah untuk meloloskan diri dari Afrika ke Libya dan seterusnya ke Eropah.

Sehingga hari ini terdapat kira-kira sejuta warga Libya sedang menunggu peluang untuk menyeberang ke Eropah.

“Tragedi Laut Mediterranean!”

Menurut data dari Pusat Penyelidikan Saintifik Perancis, sebanyak 917 pendatang meninggal dunia dalam perjalanan ke Eropah antara tahun 1993 dan 2014.

Pada tahun 2011, apabila Arab Spring bermula, bilangan pendatang yang kehilangan nyawa di Mediterranean adalah di antara 1,500 dan 1,900, manakala pada tahun 2014 angka ini meningkat kepada 3,500. Jumlah kematian bagi tahun 2015, sehingga April, adalah 1,500.

Kesatuan Eropah, di mana tiada sempadan negara telah mencapai kemajuan besar dalam konsep penyatuan, tiada dasar khusus mengenai pendatang haram, kerana setiap ahli kesatuan mempunyai kepentingan negara yang tersendiri.

Pendekatan EU untuk masalah pendatang asing adalah menghalang mereka daripada sampai ke wilayahnya, bukanlah satu penyelesaian sehingga ke akar umbi. Tambahan pula, mereka cuba melaksanakan semua itu dengan bajet yang sangat terhad.

Sebagai contoh, usaha mengatasi ancaman pendatang asing menerusi operasi Triton mengalami kerugian, memandangkan bajet operasi menyelamat adalah sangat terhad dengan usaha Frontex dilanjutkan ke kawasan kira-kira 30 batu menghala ke laut terbuka dari pantai Eropah. Tugas Frontex, bermula tahun 2005, adalah mencegah pendatang daripada sampai ke sempadan Eropah secara tidak terkawal sama ada melalui darat, laut dan udara.

Walaupun EU menghentikan operasi terhadap pendatang kerana kekurangan dana, namun mereka masih berbelanja untuk perkara lain. Sebagai contoh, British Council telah menghabiskan £ 19,000 untuk pertunjukan silap mata, manakala Majlis Seni telah membelanjakan £ 95,000 pada tong sampah yang dihiasi dengan lampu. Untuk biskut makanan para menteri dan pegawai sahaja, sebanyak £ 3.000.000 telah dibelanjakan setahun, manakala Suruhanjaya Eropah telah membelanjakan € 249,000 untuk jet peribadi.

Apa yang perlu dilakukan untuk hentikan tragedi Mediterranean bukan hanya sekadar membina sebuah benteng terhadap mereka yang mahu berhijrah dari negara mereka ke EU. Mereka akan tetap berusaha untuk mencapai benteng sedaya upaya mereka dan hasilnya mereka sudah tiada lagi kekuatan untuk kembali. Akhirnya, yang amat menyedihkan, kematian menanti mereka.

Perkara penting yang perlu ditunjukkan kepada mereka, iaitu yang terperangkap di antara kemiskinan, kelaparan dan perang, adalah satu penyelesaian yang mutlak. Satu penyelesaian perlu melibatkan badan-badan antarabangsa, khususnya NATO dan PBB, dan negeri-negeri utama untuk mengambil keputusan yang sama untuk menubuhkan zon selamat di Libya dan negara lain yang tertentu.

Setelah satu suasana di mana kehidupan mereka terjamin, satu corak pemerintahan perlu diwujudkan semula di negara berkenaan. Penguatkuasaan negeri mesti dikukuhkan semula dan langkah-langkah menuju keamanan perlu diambil.

Perlu diingatkan bahawa cubaan mereka memasuki Eropah bukan untuk menikmati percutian. Angka dalam laporan rasmi sebenarnya mewakili bilangan nyawa dalam dunia realiti. Semua negara mempunyai tanggungjawab yang sama untuk memastikan mereka ini dilindungi.

Adnan Oktar's piece on MBC Times & News Rescue:

http://www.mbctimes.com/english/tragedy-on-the-mediterranean-sea

http://newsrescue.com/tragedy-on-the-mediterranean-sea/#axzz3bzyrtPZI

2015-11-15 20:37:52

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top