KEHIDUPAN TIDAK GEMBIRA PENDUDUK DI DUNIA SEAKAN NERAKA

SIARAN LANSUNG WAWANCARA ADNAN OKTAR DI TV TEMPO (3 MAC 2009)

ADNAN OKTAR :
Gambaran syurga dan neraka boleh dilihat di dunia ini. Manusia yang tidak percaya tentang Hari Akhirat atau Allah mengandaikan apa yang dilihat adalah neraka. Dunia ini dilihat mereka benar-benar seakan neraka. Tetapi kepada manusia yang takut dan cinta kepada Allah akan selalu mengingati mati, lalu mengenepikan apa yang tidak elok itu hingga merasakan apa yang dilihat seakan syurga dunia. Hati dan jiwanya terasa hidup di syurga dan dia hidup dalam keadaan yang amat selesa. Ini menerangkan mengapa Penganut Islam yang percayakan Allah mempunyai rasa amat sukakan keindahan.

SIARAN LANGSUNG WAWANCARA ADNAN OKTAR DI TV TEMPO (28 JANUARI 2009)

ADNAN OKTAR :
Terdapat sejenis api yang menyala di dalam neraka di mana manusia akan dibakar di dalamnya. Dinyatakan bahawa tiada nyalaan api itu yang menyala keluar, kecuali manusia yang akan dibakar di dalamnya. Manusia yang tiada kepercayaan untuk mencintai dan takut kepada Allah akan hidup di dunia ini dengan moral yang rendah, bersuka ria, tidak gembira dan terlalu cerewet serta curiga kepada semua perkara sehingga tidak tahan kepada kesusahan yang dihadapi. Inilah salah satu sebabnya mengapa api neraka membakar mereka di dalamnya.

Disebabkan itu manusia terbakar di dunia ini. Sama keadaannya yang berlaku pada hari akhirat. Di dalam neraka nanti, manusia akan dibakar dan akan merasai kesukaran serta ketidak keselesaan, merana dalam kesakitan di dalam nyalaan api tersebut. Terdapat juga api di sini, seperti yang kamu tahu, ia adalah nyalaan api yang biasa.

SIARAN LANGSUNG WAWANCARA ADNAN OKTAR DI SALURAN 35 (1 FEBRUARI 2009)

ADNAN OKTAR :
Kadang kala saya berbual dengan remaja, budak lelaki dan budak perempuan bagi bertanyakan sesuatu. Saya bertanya mereka samada mereka mempunyai seseorang yang mereka percayai. “Untuk berkata benar,” mereka berkata, “tidak ada seorang pun.” “Saya tidak ada sesiapa yang boleh dipercayai.” Kata mereka. “Saya mempunyai teman wanita yang rapat, tetapi saya tidak mempercayai dia sepenuhnya.” Sebaliknya ini adalah sangat penting. Seseorang perlu mempunyai ramai kawan yang boleh dipercayai seperti mana dia mempercayai dirinya sendiri. Ini membolehkan seseorang itu hidup gembira. Lainlah sekiranya kamu bersama dengan manusia yang suka berbohong iaitu manusia yang mengajak ke jurang neraka, mereka tidak akan gembira. Inilah mengapa kita perlu mengambil pengajaran dari al-Quran. Adalah perlu hidup bersama rasa cinta dan takut kepada Allah. Dengan cara ini, kegembiraan yang sebenar akan tersebar ke serata dunia dan manusia mendapat apa yang sebenarnya mereka perlukan.

SIARAN LANGSUNG WAWANCARA ADNAN OKTAR DI TV EKIN (26 Januari 2009)

ADNAN OKTAR :
... Semasa di akhirat kelak, mereka berkata bahawa kesedihan dan penyesalan adalah baik untuk mereka. Ketika ditanya mengapa mereka dimasukkan ke neraka, mengapa mereka berada dalam keadaan sukar, mereka berkata bahawa kesedihan dan penyesalan itu baik untuk mereka. Itu jiwa manusia yang dipandu Syaitan. Mereka berterusan mencari kesedihan, tetapi tidak mencari kebahagian dan kegembiraan. Mereka mencari bebanan, keletihan dan kesedihan. Mereka mencari alasan punca kesedihan pada setiap perkara. Tetapi Penganut Islam perlu mencari kebaikan, kecantikan dan keampunan di dalam setiap perkara. Bila Penganut Islam melihat kepada kebaikan dan kecantikan di dalam semua perkara, dunia menjadi seakan syurga. Tetapi jika manusia tidak percaya kepada Allah, mereka akan selalu merasa sedih dan sengsara, dunia mereka seakan di neraka.

SIARAN LANGSUNG WAWANCARA ADNAN OKTAR DI TV CAY (25 Februari 2009)

ADNAN OKTAR :
Kepada manusia yang tidak beragama, kematian itu adalah permulaan kepada bencana. Walaupun sebelum kematian mereka telah terbakar di dunia ini dengan kesengsaraan akibat tiadanya perasaan kasih sayang dan tanpa rasa kesabaran, selalu meragui orang lain, dan hidup kesunyian, tiada keselamatan serta mementingkan diri sendiri. Mereka hidup dalam penderitaan bila mereka mengatakan apa yang mereka lalui ini adalah sebahagian dari kehidupan yang biasa.

 


2010-05-17 06:17:47

Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top