SELAMAT DATANG KE DUNIA SEMUT
Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman
rumah di seberang jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan
istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun tidak mengenali kawan ini,
tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi kawannya,
dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai
seorang sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya
kecil, tetapi kawannya ini melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia
juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan semua kerja-kerjanya
dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang
askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan
dengan jayanya
banyak tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?
Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara
yang indah.
Mungkin kamu
belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu
mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya
melata ke sana sini tanpa melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan
demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan lain, mempunyai
kehidupan mereka sendiri.
Omar berkesempatan untuk
mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada sahabatnya.
Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat
gemar berbual dengannya.
 |
Semut-semut penganyam
adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan
menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama.
Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka.
|
 |
Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada
sahabatnya tentang dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya
tentang bakat, kebijaksanaan dan semua sifat-sifat lain hebat sahabat
kecilnya ini dengan orang lain.
Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira? Kenapa dia begitu tertarik
dengan dunia semut?
Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca...
Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang
lain. Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat
40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini
adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.
 |
Semut-semut penjaga pintu mengawal
sarang. Mereka melakukan tugas ini dengan jayanya. Semut-semut lain
juga kuat bekerja. Mereka melakukan semua kerja-kerja di dalam sarang.
|
 |
Keluarga semut juga amat besar. Contohnya, kamu mungkin mempunyai sebuah
keluarga yang terdiri daripada 4-5 orang anggota. Bagaimanapun, di dalam
keluarga semut, kadang kala terdapat berjuta-juta semut. Sekarang fikirkan
untuk seketika: jika kamu mempunyai berjuta-juta adik beradik bolehkan
kamu tinggal di dalam sebuah rumah? Sudah tentu tidak!
Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun,
berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah
di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di
dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.
Sebahagian keluarga semut adalah tukang jahit, yang lain pula menghasilkan
makanan mereka sendiri seperti peladang, dan yang lain pula menjalankan
ladang-ladang kecil di mana mereka memelihara
haiwan-haiwan kecil. Seperti mana manusia memelihara lembu dan menggunakan
susunya, semut pula memelihara kutu-kutu kecil (kutu daun) dan menggunakan
susunya.
Semut-semut "bercakap" di antara
satu sama lain dengan menyentuh.
|
Sekarang mari kita lihat apa yang Omar akan katakan tentang
dunia semut ini:
Omar: Saya mula menyedarinya apabila saya
ternampak kepalanya yang kecil itu muncul daripada tanah. Kepalanya menarik
perhatian saya, kerana ia lebih besar daripada badannya. Saya tertanya-tanya
mengapa kepalanya begitu dan mula memerhatikan sahabat kecil saya ini.
Kepalanya yang lebih besar daripada badan membantunya untuk bekerja sebagai
pengawal di pintu masuk sarang. Adakah kamu mahu tahu 'bagaimana'? Dia
memeriksa sama
ada semut-semut yang hendak memasuki sarang berasal daripada keluarganya
atau tidak, dan dia tidak akan membenarkan mereka masuk sekiranya mereka
orang asing.
Sebaik sahaja melihatnya, saya bertemu dengannya dan memintanya menceritakan
apa yang sedang berlaku di dalam. Sahabat kecil saya faham akan perasaan
ingin tahu saya, dan mula memberitahu saya tentangnya. Apa yang paling
menghairankan saya ialah bagaimana semut-semut yang berkepala besar mengenali
rakan-rakan sama sarang dengan mereka dan membenarkan mereka masuk.
 |
Semut-semut tidak mahu orang luar memasuki sarang
mereka, kerana ia akan mengancam keselamatan mereka. Mereka tidak
akan ragu-ragu untuk bergaduh untuk melindungi sarang dan sahabat-sahabat
mereka.
|
 |
Si Semut: Omar, pertamanya biar saya memaklumkan
kepada awak bahawa kami memanggil keluarga kami sebuah 'gerombolan'. Dengan
kata lain, kami hidup di dalam masyarakat yang digelar gerombolan. Seekor
semut dapat memberitahu dengan mudah sama ada semut lain berasal daripada
gerombolannya atau tidak. Dia melakukannya dengan menyentuh badan semut
tersebut dengan sesungutnya, (batang kecil dan nipis yang keluar daripada
atas kepalanya) yang membantunya membezakan semut luar. Bagaimanapun,
kami mungkin terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalaunya.
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna
dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki sarang. Apabila
dia berkongsi pemikiran ini dengan sahabatnya, dia tersenyum kepadanya
dan menyatakan bahawa terdapat banyak perkara yang akan memeranjatkannya.
Semut-semut mempunyai tugas-tugas berbeza.
Mereka bekerja keras pada kerja mereka tanpa berehat.
|
Semut tersebut kemudian berkata: "Biar saya memberitahu awak tentang
keadaan dalaman sarang kami, yang kamu beria-ia untuk mengetahuinya. Gerombolan-gerombolan
kami mempunyai seekor ratu semut, semut-semut jantan, askar-askar dan
semut-semut pekerja.
Ratu dan semut-semut
jantan mengekalkan spesies kami. Ratu lebih besar daripada kami semua.
Tugas semut-semut jantan ialah untuk membolehkan ratu melahirkan semut-semut
baru. Askar-askar bertanggung jawab memelihara gerombolan kami, memburu
dan mencari tempat baru untuk sarang. Kumpulan terakhir mengandungi semut-semut
pekerja. Semut-semut pekerja semuanya terdiri daripada semut-semut betina
yang mandul. Iaitu, mereka tidak boleh melahirkan
anak. Mereka menjaga ratu dan anak-anaknya, dan membersihkan dan memberi
makan kepada mereka. Lebih daripada itu, mereka terpaksa melakukan semua
kerja-kerja lain di dalam gerombolan. Mereka membina koridor lubang baru
di dalam sarang, mencari makanan dan membersihkan sarang. Semut-semut
pekerja dan askar juga terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil di kalangan
mereka. Sebahagian mereka adalah penternak, juru bina, dan pencari makanan.
Setiap kumpulan
mempunyai tugas-tugas yang berbeza. Ketika satu kumpulan berlawan dengan
musuh-musuh atau berburu, kumpulan lain pula membina sarang, dan yang
lain pula mengambil berat tentang kebersihan dan membaiki sarang".
Apabila sahabat kecil Omar telah menjelaskan semuanya, dia mendengarnya
dengan penuh tanda tanya, dan kemudian menyoalnya: "Tidak pernahkah kamu
merasa bosan, menanti di pintu masuk sarang setiap masa? Apakah tugas
kamu di dalam sarang?
Si semut menjelaskan: "Saya juga seorang
pekerja, dan tugas saya ialah untuk bekerja sebagai penjaga pintu. Seperti
yang dapat kamu lihat, kepala saya cukup besar untuk menutup lubang masuk
sarang. Saya bangga mempunyai kebolehan ini, dan saya melaksanakan tugas
saya dengan bangga. Saya tidak pernah bosan; sebaliknya, saya gembira
kerana saya melindungi sahabat-sahabat saya daripada ancaman".
Omar tidak dapat menahan kekagumannya terhadap jawapannya. Semut-semut
bekerja sepanjang masa untuk menolong yang lain, tanpa memikirkan diri
mereka sendiri dan tanpa sebarang masalah - sesuatu yang sering tidak
dapat dilakukan oleh manusia.
Daripada apa yang telah diberitahu oleh sahabat kecilnya, dia dapat memahami
dengan mudah bahawa kerja-kerja di dalam sarang telah dibahagikan dengan
sempurna di antara semut-semut ini. Jelas di sini bahawa kehidupan semut-semut
telah diatur dengan baik dan semua semut-semut ini tidak mementingkan
diri. Kemudian dia tertanya-tanya sama ada mereka pernah bergaduh di kalangan
mereka kerana sebahagian mereka mendakwa mereka lebih baik atau lebih
kuat daripada yang lain. Sahabat beliau berkata bahawa perkara seperti
itu tidak pernah berlaku dan menambah:
|
Pekerja-pekerja yang rajin sedang bekerja.
|
"Kami adalah sebuah keluarga yang besar, Omar. Tidak ada perasaan cemburu,
persaingan atau angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong
di antara satu sama lain dan kami melakukan yang terbaik untuk gerombolan
kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah berdasarkan kepada
pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya terlebih
dahulu, dan kemudian barulah dirinya.
Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan makanan
di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi
semut "pemberi makan", dan mula memberi makan kepada yang lain dengan
makanan di dalam perut simpanan mereka. Apabila telah cukup makanan di
dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut pekerja.
Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di
dalam alam semula jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan.
Kami lebih tahu bahawa kami perlu bekerjasama untuk berjaya."
Omar menyatakan bahawa apa yang telah dia beritahunya tentang dirinya
dan gerombolannya adalah satu contoh yang baik. Dia amat gembira mengetahui
bahawa Allah telah menjadikannya begitu tidak mementingkan diri sendiri,
membantu dan sukakan sahabat-sahabatnya. Selepas apa yang diberitahunya
kepadanya, dia memilih untuk menjadi sekurang-kurangnya seorang yang selalu
memikirkan orang lain seperti mana semut-semut tersebut, dan menjadi orang
baik yang Allah sukai.
Dia telah terlewat dan perlu pergi
segera ke sekolah. Dia memberitahu sahabatnya bahawa dia terpaksa pergi,
tetapi dia akan datang
bertemu dengannya esok.
Keesokannya, Omar pergi semula ke tempat yang sama dan menanti sahabat
kecilnya. Selepas beberapa minit, dia muncul. Dia memberitahunya bahawa
dia tidak sabar menanti sepanjang malam untuk bertemu dengannya lagi.
Kemudian mengingatkannya tentang janjinya untuk menceritakan kepadanya
keadaan dalaman sarang. Oleh itu, si semut mula menceritakan tentang tempat
tinggalnya:
"Walaupun kami adalah haiwan-haiwan yang kecil, sarang kami amat besar,
tidak ubah seperti ibu pejabat sebuah angkatan tentera yang besar. Jika
kamu orang luar, kamu tidak akan dapat memasukinya. Kerana, seperti yang
telah kamu ketahui, terdapat pengawal-pengawal seperti saya di pintu-pintu.
Di dalamnya, terdapat aktiviti yang sangat tersusun dan berterusan. Beribu,
malah berjuta-juta semut askar dan pekerja seperti saya bekerja di dalam
keadaan yang paling mudah.
Lagipun, kami telah memikirkan semua keperluan-keperluan kami ketika
kami mendirikan bangunan-bangunan kami. Contohnya, bangunan kami mempunyai
paras-paras bawah tanah yang hanya mengehadkan sejumlah cahaya matahari
masuk. Tetapi terdapat juga bahagian di mana tenaga cahaya matahari diperlukan.
Kami membina bahagian ini di paras paling atas, yang menerima cahaya matahari
pada sudut paling luas. Dan kemudian, terdapat juga bahagian-bahagian
yang perlu berada dalam keadaan berhubungan di antara satu sama lain.
Kami membinanya berhampiran di antara satu sama lain, supaya semut-semut
dapat bertemu antara satu sama lain dengan mudah. Ruang simpanan kami,
di mana bahan-bahan lebihan kami disimpan, dibina sebagai satu bahagian
yang terpisah di satu bahagian bangunan. Bilik-bilik kecil di mana kami
menyimpan makanan kami ditempatkan di tempat-tempat yang mudah dicapai.
Tambahan pula, terdapat juga sebuah dewan di bahagian tengah bangunan
di mana kami berkumpul pada waktu-waktu tertentu".
 |
Di sebelah, kita dapat melihat sebuah bandar bawah
tanah. Walaupun tubuh mereka kecil, mereka dapat membina bandar-bandar
yang begitu besar.
|
 |
Apabila Omar mendengar semua ini, dia bertanya kepada sahabat kecilnya:
"Apakah kamu benar-benar melakukan semua ini? Saya tidak tahu semut-semut
dapat bekerja seperti jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mahir.
Jika manusia hendak mendirikan bangunan-bangunan yang sempurna, mereka
perlu meluangkan banyak tahun di sekolah dan bekerja keras. Adakah kamu
juga mendapat latihan yang sama?" Sebagai balasan, si semut tersebut memberitahunya
lebih banyak perkara-perkara menarik tentang sahabat-sahabatnya:
"Tidak, Omar. Kami semua mempunyai kemahiran ini di dalam diri kami.
Ia tidak pernah diajarkan kepada kami, tetapi kami mengetahui dengan tepat
apa yang perlu dilakukan, dan bila. Bukan setakat itu sahaja. Apa yang
akan saya beritahu kamu selepas ini akan lebih memeranjatkan kamu.
 |
1. Sistem Pertahanan
Udara
2. Bangsal Perkebunan
3. Pintu Masuk Utama dan Pintu-Pintu Masuk Sisi
4. Bilik-Bilik yang Telah Siap
5. Perkuburan Penyimpanan
6. Bilik Pengawal
7. Perisai Luar
8. Bilik Asuhan
9. Gudang Daging
10. Gudang Bijirin
11. Penjagaan Kanak-Kanak untuk Larva-Larva
12. Bilik Musim Sejuk
13. Pusat Sistem Pemanasan
14. Bilik Mengeram
15. Bilik Diraja... |
|
Sudah tentu semut-semut tidak dapat merancang
dan mereka semua perincian ini sendiri.Mereka telah didorong oleh
Allah untuk melakukannya.
|
Seperti yang telah saya beritahu kamu sebelum ini, bangunan kami sangat
besar jika dibandingkan dengan saiz kami. Bagaimanapun, kepanasan di setiap
tempat adalah sama rata. Di dalam sarang kami, terdapat satu sistem pemanasan
yang sangat maju. Dengan cara ini, suhu akan kekal sepanjang hari. Untuk
menjamin perkara ini, kami menutup permukaan luar bangunan kami dengan
bahan-bahan yang tidak membenarkan kepanasan masuk. Dengan cara ini, kami
juga menghalang udara sejuk masuk ketika musim sejuk dan menahan udara
panas pada musim panas. Dengan cara inilah kami mengekalkan suhu pada
satu paras".
Rumah yang semut-semut bina untuk diri
mereka adalah seperti sebuah istana bagi mereka.
|
Sudah tentu jika Omar tidak bertemu dengan sahabat kecilnya ini, dia
sukar untuk percaya bahawa semut dapat melakukan semua ini. Dia berkata
kepada si semut: "Sebelum kamu memberitahu saya perkara ini, jika seseorang
datang dan memberitahu tentang perincian tentang sarang kamu dan bertanya
siapakah yang dapat membina sarang seperti itu,
sudah tentu saya memberikan jawapan yang berbeza. Saya mungkin akan mengatakan
bahawa sebuah sarang seperti itu hanya dapat dibina dengan peralatan yang
baik dan kerja keras oleh orang-orang yang mahir. Jika ada orang menyatakan
bahawa sarang ini tidak dibina oleh orang yang berpelajaran tetapi oleh
semut-semut, sebenarnya, saya tidak mungkin akan mempercayainya".
Ketika sahabat kecilnya, si semut bercakap dengannya, banyak anggapan
melintasi mindanya. Dia beranggapan bahawa mereka lebih mahir daripada
manusia, dan mula melihat haiwan-haiwan dengan pandangan yang berbeza.
Dia faham semut-semut itu telah dijadikan Allah, dan ilham Allah kepada
mereka setiap masa yang menjadikan mereka berkelakuan seperti ini. Jika
tidak, mereka tidak akan dapat melakukan perkara-perkara ini dengan berjaya.
Ketika semua perkara ini terlintas di fikirannya, sahabat kecilnya masih
terus bercakap. Apabila dia telah selesai, Omar menjadi lebih tertarik,
dan mahu bertanyanya tentang semua yang terlintas di fikirannya. Dia bertanyakan
soalan pertama yang difikirkannya segera. Dia telah diberitahu sebelum
ini bahawa semut-semut ini berkelakuan seperti peladang, jadi dia bertanya
bagaimana mereka dapat melakukannya. Bagaimana seekor semut yang begitu
kecil, berladang di atas tanah tanpa sebarang peralatan, sesuatu yang
manusia pun sukar untuk melakukannya?
 |
 |
Si semut berkata: "Biar saya beritahu awak
satu perkara tentang kami. Dengan cara itu, ia akan memudahkan untuk menjawab
soalan kamu. Walaupun kami kelihatan sama semuanya, kami sebenarnya terbahagi
kepada banyak kumpulan-kumpulan yang berbeza mengikut cara kami hidup
dan rupa kami. Terdapat 8,800 jenis semut yang berbeza. Setiap spesies
mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Semut peladang adalah salah satu daripadanya.
Sekarang, saya akan memberitahu kami tentang semut yang terlibat di dalam
perladangan. Mereka digelar "attas", iaitu, semut pemotong daun.
Sifat-sifat terkenal attas ialah kebiasaan mereka membawa di atas kepala
mereka pecahan-pecahan daun yang telah dipotong. Untuk tujuan itu, mulanya
mereka melicinkan jalan mereka, supaya mereka dapat melaluinya dengan
mudah. Jalan di mana mereka berjalan ke sarang mereka ketika membawa pecahan-pecahan
dedaun kelihatan seperti sebuah lebuh raya kecil. Semut-semut berjalan
perlahan-lahan sepanjang jalan ini,mereka mengutip semua ranting-ranting,
batu-batu kerikil kecil, rumput dan tumbuhan liar di atas tanah, dan membuangnya.
Jadi mereka membersihkan sebuah jalan untuk diri mereka sendiri.
Selepas melakukan kerja yang banyak dan lama, lebuh raya mereka menjadi
lurus dan licin seperti telah diratakan oleh alat khas. Attas berjalan
di atas laluan ini, berlindung di bawah pecahan-pecahan daun yang besar,
yang mereka bawa di dalam rahang-rahang mereka yang dikepit kejap.
 |
Attas memotong dedaun dengan mahir dan berhati-hati.
|
 |
Omar: Kamu katakan mereka bersembunyi di
bawah daun-daun? Mengapa attas merasa perlu untuk bersembunyi di bawah
daun-daun?
Si Semut: Kadang kala, semut attas perlu
berhati-hati, Omar. Contohnya, pekerja attas yang bersaiz sedang meluangkan
hampir sepanjang hari berada jauh daripada sarang, membawa dedaun. Adalah
sukar untuk mereka melindungi diri mereka ketika melakukannya, kerana
mereka membawa dedaun di rahang mereka, yang selalunya mereka gunakan
untuk mempertahankan diri.
Omar: Jadi, jika mereka tidak dapat mempertahankan
diri, siapa yang melakukannya untuknya?
Si Semut: Semut-semut pekerja pemotong daun
sentiasa ditemani oleh pekerja-pekerja yang lebih kecil. Pekerja-pekerja
ini memanjat naik ke atas daun yang dibawa oleh attas dan terus memerhati.
Jika berlaku serangan musuh, mereka akan melindungi sahabat-sahabat mereka,
walaupun mereka bersaiz kecil.
 |
1- Semut-semut memotong daun-daun
yang mereka bawa ke sarang kepada cebisan-cebisan.
2- Mereka mengunyah cebisan-cebisan ini menjadi pulpa.
3- Mereka meletakkan pulpa ini di atas benda yang berasaskan daun-daun
kering di dalam bilik-bilik baru.
4- Mereka meletakan cebisan-cebisan kulat yang mereka ambil daripada
bilik-bilik lain di atas pulpa ini.
5- Sekumpulan semut-semut yang sibuk membersihkan taman dan membuang
semua benda-benda yang tidak diperlukan. |
Omar: Itu adalah satu lagi contoh pengorbanan.
Tetapi saya ingin mengetahui satu lagi perkara. Untuk apa attas-attas
ini menggunakan dedaun ini? Mengapa attas-attas ini membawa dedaun ini
sepanjang hari?
Si Semut: Mereka memerlukannya untuk perladangan
mereka. Attas menggunakan dedaun ini untuk menanam kulat. Semut-semut
tidak dapat memakan dedaun ini sendiri. Oleh itu semut-semut pekerja membuat
satu longgokan pecahan-pecahan dedaun selepas mengunyahnya, dan kemudian
menempatkannya di dalam bilik-bilik bawah tanah di dalam sarang mereka.
Di dalam bilik-bilik ini, mereka menanam kulat di atas daun-daun dan mereka
memperoleh makanan mereka daripada pucuk-pucuk kulat yang tumbuh.
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan
pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri?
Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana
semut-semut dapat melakukan semua itu. Contohnya, jika kamu meminta saya
menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi saya. Sekurang-kurangnya
saya perlu membaca beberapa
buah buku atau meminta nasihat daripada mereka yang tahu melakukannya.
Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.
Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat
kamu begitu mahir. Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas
kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini dalam keadaan telah sedia
mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua hidupan,
telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan
sahabat-sahabat kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.

Attas membawa daun-daun yang
mereka potong.
|
Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui
perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta kami, Allah, memberikannya
kepada kami sebagai satu nikmat.
Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi
ke sekolah. Ketika berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah
beritahunya masih bergema di dalam telinganya. Sementara itu, dia terus
berfikir.
Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan
hebat. Tetapi kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu
sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu,
sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada manusia kebijaksanaan
Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta
semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas
yang tidak dapat mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka
sendiri.
Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi
kerana dorongan Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan
kuasa dan kebijaksanaannya, tetapi Allah.
 |
Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara
yang digambarkannya sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan
fakta yang sebenar. Dia juga memahami kini bahawa cerita-cerita tentang
hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan, bagaimana mereka memperoleh
kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan melalui satu jangka
masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana
semut-semut ini "bercakap" di antara satu sama lain dengan begitu sempurna
jika mereka wujud secara kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di
antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan membina sarang yang
sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan
dan jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka
dapat melakukan pengorbanan yang sangat besar di antara satu sama lain?
Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang
pada sebelah petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah
Allah turunkan kepada semua manusia. Ayat pertama yang dibacanya adalah
seperti berikut:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan
tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami!
Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)
Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya,
saudaranya dan segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya
tentang satu kenyataan penting di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain
daripada Allah.
Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami
kebenarannya seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan
segalanya. Kemudian kamu akan berkata: "Darwin, yang menyatakan bahawa
hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara kebetulan, adalah suatu
pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang
mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan
bahawa ia wujud secara kebetulan".
Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang
kawan baik, jangan lupa bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya.
Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya.
Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti Darwin, ceritakan
kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa
kamu tidak akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk
akal.
|