| KONKLUSI Penjelasan
sebelum ini telah memberikan suatu gambaran konsep yang lebih jelas mengenai kenyataan
bahawa Tuhan melingkungi setiap sesuatu. Di dalam masa-sifar dan dalam sebuah
dunia koleksi imej-imej, seluruh umat manusia diuji oleh Penciptanya. Ini meninggalkan
manusia bersendirian bersama Tuhan. Ayat biarkanlah Aku bertindak terhadap orang
yang Aku telah menciptakannya sendirian. Surah Al-Mudatsir;
11 adalah indikasi yang jelas mengenai kebenaran ini.
Sekali kandungan
fakta dijelaskan di dalam buku ini, pembaca akan mudah memahami bahawa termasuk
dirinya sendiri, manusia hidup dalam sebuah dunia yang mengandungi hanya sekadar
sensasi-sensasi. Dalam alam semesta persepsi ini, satu-satunya yang wujud ialah
Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Dia. Semua benda yang begitu dirasa penting oleh
manusia dan kerana itu pula meninggalkan agama mereka hanyalah suatu yang tidak
sebarang makna; Demikianlah, kerana sesungguhnya
Allah. Dialah yang hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari
Allah itulah yang batil dan sesungguhnya Allah Dialah yang maha tinggi lagi maha
besar. (Surah Luqman;30) Dalam sebuah skrin 3-dimensi, berkualiti
tinggi, seorang individu melihat sebuah filem yang diprojeksikan. Disebabkan dia
sendiri termasuk di dalam skrin ini, dia tidak berjaya untuk memisahkan dirinya
darinya, tetapi dia boleh memahami situasi yang dia berada di dalamnya. Dengan
melupakan bahawa dia adalah berada disebabkan oleh Tuhan dan diuji oleh Dia, dia
merasakan dirinya sebagai seorang yang bebas dan zat yang terpisah, terpisah dari
Tuhan. Dengan itu, dia menganggap dirinya terlalu penting. Pengalaman dalam kehidupannya
yang kelihatan sungguh nyata sehinggakan dia meyakini tubuh badan imajinasinya,
kedudukan imajinasinya, keluarga imajinasinya, sahabat imajinasinya yang dilihatnya
di dalam skrin seolah-olah benar dan berasa bangga dengan semua itu. Akan tetapi,
seperti yang dinyatakan dengan jelas di dalam ayat dan maha suci Tuhan yang mempunyai
kerajaan langit dan bumi: dan apa yang ada di antara keduanya: dan di sisiNyalah
pengetahuan tentang hari kiamat dan kepadaNyalah kamu dikembalikan. Surah
Zukhruf;85, satu-satunya yang memiliki semua ini adalah Tuhan. Sekiranya
Tuhan mengeluarkan imej ini dari skrin, sekalipun seketika, orang yang melihatnya
pasti akan menyedari bahawa dia sebenarnya keseorangan. Bahkan, dia akan merasa
malu kerana berbangga dengan imej-imej yang dilihatnya di skrin, iaitu, mengenai
kedudukan dan segalanya yang dilihatnya di dunia luar. Seorang yang menghayati
sedalamnya mengenai kebenaran ini akan mengakui kelemahannya di hadapan Tuhan.
Dia akan memperolehi motivasi dan akan berusaha untuk hidup dengan rahmatNya selama-lamanya
hanya sekiranya tunduk patuh kepada Penciptanya. Dan barulah dia kemudiannya mampu
berharap untuk dilihatkan kepada gambaran-gambaran syurga selama-lamanya. Ini
adalah kerana, sama seperti dunia ini yang dipenuhi dengan himpunan persepsi-persepsi,
begitu juga syurga dan neraka. Semua imej berhubung dengan syurga dan neraka terpelihara
di sisi Tuhan. Dan Tuhan membenarkan sesiapa yang dikehendakinya untuk mengalami
gambaran ini. Apa yang diperintahkan oleh Tuhan kepada hambanya adalah
jelas; mengagungkan kebesaranNya dan hidup di dalam batas-batas perintahNya. Tetapi
sesetengah orang, kerana sikap acuh tak acuh mereka, melupakan Pencipta dan menafikanNya.
Di titik ini, satu dari fakta besar yang mengelirukan mereka ialah kesibukan manusia-
yang mereka anggap benar wujud- mengelilingi mereka. Orang-orang ini mempamerkan
sikap menentang kerana mereka percaya sahabat, kumpulan, setiap orang yang berkongsi
mentaliti yang sama dengan mereka, wujud, dan kerana mereka lupa bahawa mereka
semuanya adalah bersendirian. Bagi mereka adalah kekecewaan, bagaimanapun, setiap
seorang dari mereka bersendirian, tidak kira dengan berapa banyak orang sekalipun
yang mengelilingi mereka. Di sana tidak ada penolong kecuali Tuhan. ...dan
mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka pelindung dan penolong selain daripada
Allah. (Surah An-Nisa;173) Seperti yang dinyatakan di dalam
ayat Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri.
surah Maryam;95 di Hari Pengadilan, mereka akan bersendirian
di hadapan Tuhan. Orang-orang yang lalai kepada hari pengadilan dan hari kemudian
bersendirian tanpa sahabat dan saudara mara di sisi mereka di hari itu . Dan sudah
tentu syaitan yang mereka ikuti jejaknya, akan meninggalkan mereka. Sesungguhnya
dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an jetika ia datang kepadaku dan syaitan
itu sentiasa tidak akan membantu manusia yang telah disesatkannya. (Surah Furqan;29) Dan
sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan
pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (dunia) apa yang telah Kami kurniakan
kepadamu, dan kami tidak melihat di sisimu pemberi syafaat yang kamu anggap bahawa
mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah antara
kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu
Allah). (Surah Al-An'aam;94) Bagi mereka yang mempunyai perasaan
yang ikhlas, ianya pasti mudah untuk memahami fakta ini. Penerangan yang terdapat
di dalam Al-Qur'an sangat jelas. Kenyataan ini tidak akan selamanya berubah, samada
kamu berada di dalam kesesakan manusia, dalam panggung wayang, ketika mesyuarat,
di jalanraya yang sesak, atau di dalam lingkungan sahabat kamu. Kamu sebenarnya
bersendirian. Keadaan orang yang tidak mampu memahami kenyataan ini disebabkan
sikap prejudis mereka seperti yang diterangkan di dalam ayat berikut; .....yang
demikian itu kerana mereka adalah kamu yang tidak berfikir. Surah al-Hasyr;14 Orang
yang menolak ke tepi sikap prejudis mereka dan menghayati kebenaran ini adalah
orang yang beriman, golongan yang berfikir dan mengambil peduli; Ataukah
orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut
kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?. Katakanlah: "Adakah sama
orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya
orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah Zumar;9) Adakah
orang-orang yang mengetahui apa yang telah ditunjukkan oleh Tuhan mu adalah kebenaran,
seperti orang yang buta?. Sesungguhnya, hanya orang yang berakal sahaja yang mengambil
peduli? (Surah Zumar;19) Jadi, kamu juga pasti akan mentaati
Tuhan dan mematuhiNya. Dan mengelakkan dari menjadi, seperti yang dinyatakan
di dalam ayat, 'orang yang buta'.
| Mereka berkata: "Maha
suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selian dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana. Surah
Al-Baqarah: 32 |
|