|
KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang
sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan
yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta,
bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu
letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali
sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari
ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan
saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan
paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan
asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang
wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa,
dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya
telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam
bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA
Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang
astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah
diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan
sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
|

Edwin Hubble
|
Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam
banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala.
Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan
lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam
semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia
sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam
dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik)
dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan
yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya
telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas
dan berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann
dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara
teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan
dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan
pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat
pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa
bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama
lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya
secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan
alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan
bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah
di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah
diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan,
maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya
langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit
penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air
Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga
beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama,
dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati
yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan;
adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu
yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq.
Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan
pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi
pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan
(fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik,
apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa
satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih
belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam
keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar,
menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan
struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam
ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa
kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama
lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui
sehingga abad ke 20.
ORBIT
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya
ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan,
setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya;
33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek
yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya.
Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian
astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari
bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke
bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti
matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama
dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan
sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak
yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada
dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit
telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi
hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang
ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit.
Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah
dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit
masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama
dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak
bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad
langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada
kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam
pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau
bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai
sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju
untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan
fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil
ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi
dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun,
hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan
ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
BENTUK SFERA BUMI
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia
membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah
Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta
adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut'
dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud
'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian
yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan
untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti
mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut
antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia.
Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk
bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad
ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi
ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa
bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan
berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah
memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh
kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan
di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.
BUMBUNG PROTEKTIF.
Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat
mengagumkan di atas langit;
Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara
sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat
padanya. (Surah al-Anbiya; 32)
Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang
dijalankan pada abad ke 20 ini.
Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi
yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan
meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya
dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.
Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa
yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera
menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak
dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah
sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan
menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses
fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan.
Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan
oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya
membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra
violet untuk mencecah permukaan bumi.
Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi
bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang
-270 darjah centigrade.
Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan
kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan
yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan
menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya
ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang
lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van
Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan
solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan
semua kehidupan dalam dunia.
Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen
kepada kehidupan;
Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang
planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab
untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai
radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya
perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya
planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan
medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah,
saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi
Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.
Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru
ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali
ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan
ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar
biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada
2500 darjah selsius.
Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan
bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar.
Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah
menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi
sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.
PENGITARAN DI ATAS LANGIT.
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan'
langit;
Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat
at-Tariq;11.
Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an
juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.
Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi
beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah
kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan
fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar
semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan
meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan
yang mengelilingi ruang langit bumi.
Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu
mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai
titisan hujan.
Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran
merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali
ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali
ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang
menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen
dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.
Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya
yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula
ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.
Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui
baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali
lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci
Allah.
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini
mempunyai 7 lapisan;
Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi
untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan
langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan
Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit
yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya
dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha
Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)
Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an
merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta.
Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang
terdiri daripada 7 lapisan.
Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada
pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain,
tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara
tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan
seperti berikut;
Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa
lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan
atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada
permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90%
jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil
stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran
ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera
yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian
yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh
960 km.
Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati
atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan
dalam Al-Qur'an.
Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan
pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di
dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan
setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran
ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan
penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi
ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi
pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi
berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman
meteor yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan
dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;
Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil
troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.
Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat
diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah
nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.
|