|
BAHAGIAN EMPAT: SALAH KONSEP EVOLUSI
Halangan Pertama Yang Gagal diAtasi: Asal Usul Kehidupan
Teori evolusi ini mendakwa bahawa semua spesis hidupan wujud dari satu
sel tunggal, yang timbul dalam zaman dunia primitif lebih kurang 3.8 ribu
juta tahun dahulu. Bagaimana satu sel tunggal membentuk jutaan spesis
hidupan yang kompleks, dan sekiranya benar seperti dakwaan mereka bahawa
proses evolusi berlaku sedemikian, kenapa kesannya dari rekod-rekod fosil
tidak ditemui, merupakan persoalan yang belum dapat dijawab. Bagaimanapun,
pertama dan yang paling penting, kita mesti berhenti pada titik pertama
dakwaan teori evolusi ini. Bagaimana dakwaan "sel tunggal" ini wujud?.
Ketika teori evolusi ini menafikan penciptaan dan tidak menerima sebarang
campurtangan kuaas luar biasa, ia mempertahankan bahawa 'sel pertama'
terhasil secara kebetulan di dalam lingkungan hokum alam, tanpa sebarang
rekaan, perancangan atau peraturan. Berdasarkan kepada teori ini, materi
non-hidupan pasti menghasilkan satu sel hidup sebagai hasil kebetulan.
Ini, akan tetapi, adalah sebuah dakwaan yang tidak konsisten dengan hukum-hukum
biologi yang sangat mantap dan kukuh.
'Kehidupan Lahir Dari Kehidupan'.
Darwin tidak menyebut mengenai asal usul hidupan di dalam bukunya. Disebabkan
pemahaman saintifik yang masih primitif di zamannya, dia menganggap benda
hidupan hanya mempunyai struktur yang ringkas. Menurut teori yang dikenali
sebagai 'generasi spontan' yang dipercayai sejak Zaman Pertengahan, ianya
dipercayai bahwa zarah-zarah non-hidupan akan berpadu bersama-sama dengan
nasib dan membentuk suatu makhluk hidupan. Pada masa itu, masyarakat umum
mempercayai bahawa serangga terbentuk dari sisa makanan dan tikus terbentuk
daripada gandum. Eksperimen yang 'menarik' dilakukan untuk membuktikannya.
Sedikit gandum di tebarkan ke atas timbunan kain buruk yang kotor, dan
ianya difikirkan bahawa setelah menanti seketika, tikus akan menjelma
daripada kombinasi itu.Daging yang menjadi ulat adalah bukti bahawa hidupan
menjelma daripada unsur-unsur bukan hidup. Sebaliknya, setelah difahami
kemudian bahawa ulat-ulat itu sebenarnya tidak wujud dengan sendiri dari
permukaan daging, tetapi timbul dari larva, lebih kecil dari apa yang
boleh dilihat oleh mata, yang dibawa oleh lalat dan ditinggalkan di situ.
Ketika Darwin menulis bukunya The Origin of Species, kepercayaan bahawa
bakteria boleh wujud dari benda non-organik (bersifat hidupan) mendapat
penerimaan luas dalam dunia sains.
Padahal, lima tahun setelah penerbitan buku Darwin, ahli biologi Perancis
terkenal Louis Pasteur, secara terperinci memusnahkan kepercayaan ini
yang merupakan asas evolusi.
Sebagai hasil dari kajian yang panjang dan pemerhatiannya, Pasteur sampai
kepada keputusan dalam pernyataannya 'dakwaan bahawa benda yang mati boleh
melahirkan kehidupan telah dikubur dalam sejarah demi kebaikan'.
Orang yang mempertahankan teori evolusi ini, menolak penemuan Pasteur
ini untuk masa yang panjang. Kini, sains yang berkembang maju dan telah
menunjukkan bahawa struktur yang rumit dalam sel hidupan, kesalahan dakwaan
bahawa hidupan wujud dengan sendiri menjadi lebih jelas.
Usaha Tidak konklusif Abad ke 20.
Di
abad ke 20 ini, evolusionis yang pertama meneruskan subjek asal usul hidupan
ini ialah ahli biologi Russia Alexander Oparin. Dalam banyak tesisnya
yang dibentangkan dalam tahun 1930 an, dia cuba untuk menerangkan bahawa
sel hidupan telah wujud melalui kebetulan. Tetapi usaha ini berakhir dengan
kegagalan, dan Oparin membuat sendiri pengakuannya 'malangnya, asal usul
sel ini akan kekal menjadi persoalan yang mana sebenarnya ia adalah titik
yang paling gelap dalam keseluruhan teori evolusi'.
Para
evolusionis yang mengikuti jalan yang sama dengan Oparin cuba untuk melakukan
eksperimen untuk menyelesaikan masalah asal usul hidupan ini. Eksperimen
yang paling terkenal ialah yang dilakukan pada tahun 1953 oleh seorang
ahli kimia Amerika yang terkenal, Stanley Miller. Miller menyatukan beberapa
gas, yang didakwanya sebagai atmosfera bumi primitif dalam kondisi eksperimen,
menambahkan tenaga kepada campuran ini, dan mensintesiskan beberapa molekul
organik (asid amino) yang digunakan dalam penghasilan protein.
Pembatalan kepada eksperimen itu, yang mana dalam tahun itu dianggap
sebagai langkah penting di atas nama evolusi, dan atmosfera yang digunakan
dalam eksperimen itu ialah perbezaan yang besar berbanding dengan dunia
sebenar, ditimbulkan beberapa tahun berikutnya.
Selepas berdiam diri seketika, Miller akhirnya sendiri mengakui bahawa
atmosfera yang digunakan adalah tidak realistik.
Semua usaha-usaha proses evolusi sepanjang abad ke 20 ini untuk menerangkan
masalah asal usul hidupan berakhir dengan kegagalan. Seorang ahli geokimia,
Jeffrey Bada dari institut Scribb di Sandiego mengakui kebenaran ini dalam
artikel yang diterbitkan pada tahun 1998 dalam majalah Earth golongan
evolusionis;
Hari ini sempena abad yang akan kita tinggalkan, kita masih menghadapi
masalah yang rumit yang masih belum selesai yang kita miliki apabila memasuki
abad ke 21; iaitu bagaimana asal usul kehidupan dimulakan di bumi?.
Struktur Kompleks Hidupan.
Sebab
asas teori evolusi ini menjadi kesukaran yang besar berhubung dengan asal
usul hidupan ialah satu fakta bahawa hidupan yang dianggap sebagai struktrur
yang ringkas, sebenarnya mempunyai struktur kompleks yang sukar untuk
dibayangkan. Sel hidupan ini jauh lebih kompleks dari semua keluaran teknologi
yang pernah dihasilkan oleh manusia. Tahap kerumitan ini, sehinggakan
makmal yang paling canggih di dunia pun tidak mampu menghasilkan zarah-zarah
bukan hidupan yang berpadu dan menghasilkan sel hidupan.
Keadaan yang diperlukan untuk kewujudan sel ini adalah lebih jauh dari
apa yang boleh diterangkan melalui kebetulan. Kebarangkalian protein yang
merupakan blok binaan bagi sel untuk disintesiskan secara kebetulan ialah
1 peluang dalam 10950 untuk satu purata protein terhasil dari 500 amino
asid. Dalam matematik, kebarangkalian yang lebih kecil dari 1 melebihi
10 secara praktikalnya adalah dianggap mustahil.
Molekul DNA, yang terkandung dalam nukleus sel dan yang mengandungi maklumat
genetik, merupakan satu bank data yang menakjubkan. Sekiranya kod genetik
manusia ditulis ke dalam kertas ianya akan memenuhi satu perpustakaan
dengan 900 jilid, 500 lembar kertas setiap jilid.
Dan di sini satu perkara penting untuk ditambah: DNA hanya boleh mereplikasi
dengan pertolongan beberapa protein khusus (enzim). Bagaimanapun, pembentukan
enzim-enzim ini hanya terjadi dengan maklumat yang telah dikodkan dalam
DNA. Pergantungan di antara satu sama lain ini, menunjukkan bahawa kesemuanya
ini mesti berada pada masa yang sama untuk proses replikasi. Ini menjadikan
senario dakwaan bahawa hidupan terbentuk sendiri menemui kebuntuan. Seorang
profesor evolusi terkenal, Leslie Ogel dari San Diego Amerika, mengakui
kebenaran ini pada edisi Oktober 1994 majalah Scientific American;
Ianya suatu yang sangat-sangat mustahil untuk diterima bahawa protein
dan nuklik asid, kedua-duanya yang sangat kompleks secara struktur, wujud
secara spontan di tempat yang sama pada masa yang sama. Namun ianya juga
mustahil untuk kewujudan salah satu tanpa kedua-duanya. Dan maka, pada
sekilas pandang, seorang boleh menyimpulkan bahawa hidupan tidak akan,
yang sebenarnya, terwujud dengan cara kimia semata.
Satu yang tidak diragui, bahawa sekiranya suatu yang mustahil untuk hidupan
wujud melalui kesan semulajadi, maka seseorang itu mesti menerima kebenaran
bahawa hidupan mesti 'diciptakan' dengan cara luarbiasa. Kebenaran ini
secara terbuka membatalkan teori evolusi, yang tujuan utamanya ialah untuk
menafikan kebenaran Penciptaan.
Mekanisme Imaginasi Mengenai Evolusi.
Titik kedua yang penting membatakan teori Darwin ini ialah fakta bahawa
suatu yang telah direalisasikan oleh dua konsep yang dikemukakan oleh
teori ini sebagai 'mekanisme proses evolusi' sebenarnya tidak memiliki
sebarang kuasa evolusi.
Darwin secara total menghubungkan teori evolusi yang dikemukakannya kepada
mekanisme 'pilihan semulajadi'. Kepentingan yang digantungkan bersama
dengan mekanisme ini jelas dilihat dalam bukunya The Origin of Species,
by Means Natural Selection'
Ianya berasaskan kepada idea iaitu dalam persaingan untuk kekal di dalam
alam hidupan yang mana lebih kuat dan mampu beradaptasi ke dalam keadaan
semulajadi, akan terus kekal. Sebagai contoh, sekawan rusa yang diancam
oleh haiwan pemangsa, rusa yang berlari dengan pantas akan terus hidup.
Dalam keadaan ini, sekumpulan rusa yang terus hidup itu terdiri dari individu
yang pantas dan bertenaga. Tetapi sudah jelas bahawa mekanisme ini tidak
menyebabkan rusa berevolusi, ianya tidak boleh menukarkan rusa menjadi
spesis lain, contohnya kuda.
Atas alasan ini, mekanisme pilihan semulajadi tidak memiliki sebarang
kuasa proses evolusi. Darwin menyedari fakta ini, dan dalam The Origin
of Species dia terpaksa mengakui;
Pilihan wajar ini tidak dapat melakukan apa-apa sehingga variasi yang
berfaedah mempunyai peluang untuk terjadi.
Impak Lamarck.
Jadi, bagaimana 'variasi menguntungkan' ini terjadi? Dalam waktu pemahaman
saintifik yang masih primitif di zamannya, Darwin cuba menyandarkan jawapan
bagi persoalan ini kepada Lamarck. Menurut ahli biologi Perancis Lamarck,
yang hidup sebelum Darwin, benda hidupan menurunkan perubahan fizikal
yang mereka alami sepanjang hidup mereka kepada generasi seterusnya, dan
generasi baru yang terhasil adalah hasil dari sifat-sifat yang terkumpul
dari generasi ke generasi lain. Sebagai contoh, dalam pandangan Lamarck,
zirafah berkembang daripada kijang, yang lehernya berkembang menjadi lebih
panjang dari generasi ke satu generasi ketika bersaing untuk memakan daun
pada dahan yang tinggi.
Darwin memberikan contoh yang sama, misalan seperti yang didakwanya dalam
The Origin of Species bahawa beruang-beruang yang masuk ke dalam laut
bertukar menjadi ikan paus dengan peredaran masa.
Tetapi hukum pewarisan yang ditemui oleh Mendel, yang mana telah pun
dibuktikan oleh kemajuan sains di abad ke 20 ini, memusnahkan mitos bahawa
sifat yang diperolehi boleh diturunkan kepada generasi seterusnya. Dengan
ini, pilihan semulajadi merupakan satu yang tidak bererti, dan dengan
sebab itu, ianya menjadi suatu mekanisme yang langsung tidak memberi kesan
apa-apa.
Neo Darwinisme Dan Mutasi.
Dalam usaha mencari penyelesaian dalam situasi ini, penganut Darwinisme
telah mengemukakan 'teori sintetik moden', atau neo-Darwinisme sebagai
mana yang diketahui dunia pada akhir tahun 1930 an. Di samping pilihan
semulajadi, neo-Darwinisme menambah lagi kenyataan seperti 'sebab kepada
variasi yang berfaedah', mutasi, atau kerosakan di dalam gen makhluk hidupan
adalah kesan dari pengaruh luaran seperti radiasi atau kesilapan duplikasi.
Dan sehingga hari ini, model yang mempertahankan kesahannya atas nama
evolusi ialah neo-Darwinisme. Teori ini mengekalkan dakwaan bahawa jutaan
makhluk hidupan dalam dunia timbul sebagai hasil mutasi, atau kesilapan
genetik sepanjang masa, di dalam organ kompleks hidupan ini seperti telinga,
mata, paru-paru dan kepak. Tetapi di sana terdapat fakta saintifik yang
menolak teori ini; mutasi tidak memajukan hidupan, sebaliknya, merosakkan
mereka.
Sebab untuk ini sangat mudah, DNA mempunyai struktur yang sangat kompleks,
sebarang kebarangkalian perubahan dalam molekul akan membawa kerosakan.
Seorang pakar genetik Amerika B. G. Ranganathan menerangkan seperti berikut;
Mutasi adalah kecil, rawak dan merbahaya. Ianya jarang berlaku dan kemungkinan
yang baik ialah ianya tidak memberi kesan. Empat ciri mutasi ini menunjukkan
bahawa mutasi tidak membawa kepada perkembangan melalui proses evolusi.
Perubahan rawak dalam organisma khusus yang tinggi ialah samada tidak
berjaya atau sangat merbahaya. Perubahan sembarangan dalam jam tidak membaiki
jam itu. Ianya sangat mungkin membahayakannya atau yang paling baik, tidak
memberi apa-apa kesan. Gempa bumi tidak memperbaiki bandar, sebaliknya
ia membawa kehancuran.
Tidak menghairankan, tiada contoh mutasi, yang berguna, yang dapat diperhatikan
membangunkan kod genetik sejauh ini. Suatu yang jelas kini ialah semua
mutasi adalah membahayakan. Ianya suatu yang disedari bahawa mutasi teori
evolusi, yang dicadangkan sebagai 'mekanisme proses evolusi' sebenarnya
adalah satu kejadian genetik yang hanya merosakkan dan melumpuhkan hidupan.
(mutasi yang paling biasa dalam manusia ialah kanser). Sudah tentu mekanisme
yang merosakkan tidak dapat menjadi satu 'mekanisme evolusi'. Pilihan
semulajadi yang diakui oleh Darwin, 'tidak dapat melakukan apa-apa dengan
sendirinya'. Kebenaran ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada 'mekanisme
proses evolusi' dalam alam. Dan sekiranya mekanisme proses evolusi tidak
wujud, maka period yang diimaginasikan yang dipanggil proses evolusi juga
tidak harus wujud.
Rekod-Rekod Fosil: Tiada Tanda Bentuk peralihan.
Bukti
yang paling jelas yang menunjukkan bahawa senario teori evolusi ini tidak
pernah terjadi ialah catatan rekod fosil.
Menurut teori evolusi, makhluk hidupan berkembang dari satu sama lain.
Spesis yang wujud lebih awal bertukar kepada bentuk lain sepanjang peredaran
masa dan semua spesis timbul melalui cara ini. Menurut teori ini juga,
perubahan ini meliputi waktu jutaan tahun dan digerakkan ke depan, langkah
demi langkah.
Hal ini menjadi satu kes, bahawa jutaan 'spesis peralihan' (transition
form) seharusnya timbul dan hidup sepanjang waktu perubahan yang didakwa
ini.
Sebagai contoh, pada waktu dulu, sekalipun ikan mengekalkan ciri-cirinya,
tetapi seharusnya dia memiliki beberapa ciri-ciri reptilia, dan makhluk
setengah ikan-setengah reptilia mesti wujud. Atau, sementara masih memiliki
ciri-ciri reptilia, mereka mesti memiliki ciri-ciri burung dan makhluk
reptilia-burung mesti wujud. Hal Ini, oleh kerana mereka berada dalam
period transformasi, maka seharusnya ada bentuk-bentuk yang lemah, tidak
lengkap, dan cacat. Para evolusionis menamakan makhluk begini yang mereka
percayai pernah hidup ketika dahulu sebagai 'bentuk-bentuk peralihan'.
Sekiranya makhluk ini benar-benar wujud zaman dahulu, bilangannya dan
kepelbagaiannya mesti mempunyai angka berjuta-juta. Dan tanda-tanda makhluk
yang benar-benar ganjil ini mesti ditemui di dalam rekod-rekod fosil.
Dalam theOrigin of Species Darwin menerangkannya seperti berikut;
Jika teori saya menjadi benar, jutaan jenis-jenis peralihan yang menghubungkan
secara rapat semua spesis kumpulan yang serupa bersama mestilah wujud
secara pasti ..sebagai akibatnya, bukti-bukti bekas kewujudan mereka
hanya boleh ditemui di antara fosil-fosil yang tinggal.
Harapan Darwin Yang Musnah.
Meskipun
kajian fosil yang dilakukan bagai hendak gila dalam semua bidang yang
bermula dari pertengahan abad ke 19 hingga kini, sebarang fosil bentuk-bentuk
peralihan bagaimanapun sehingga hari ini masih gagal untuk ditemukan.
Semua penemuan-penemuan yang dilihat dalam kerja cari gali dan penyelidikan
yang telah dijalankan, jauh menunjukkan dari apa yang dijangkakan oleh
para evolusionis, sebaliknya menunjukkan bahawa makhluk hidupan timbul
seadanya, cukup sempurna dan lengkap.
Seorang paleontologis (pakar fosil) British terkemuka Derek W. Ager mengakui
hal ini meskipun seorang evolusionis;
Hal yang timbul sekiranya kita mengkaji rekod fosil secara terperinci,
samada peringkat order atau spesis, kita akan menemui -berulang kali-
bukanlah proses evolusi perlahan-lahan, sebaliknya letupan secara tiba-tiba
satu kumpulan dalam tanggungan satu yang lain.
Dalam perkataan lain, rekod fosil, semua spesis makhluk hidupan timbul
secara tiba-tiba dan dalam bentuk terakhir mereka, menunjukan tidak terdapat
sebarang peralihan bentuk di antara mereka. Ini adalah tentangan yang
tepat kepada pandangan Darwin. Selanjutnya ini adalah bukti yang paling
kuat bahawa makhluk hidupan adalah dicipta. Kerana satu-satunya penjelasan
mengenai kewujudan hidupan yang bersifat tiba-tiba dan sempurna tanpa
leluhur sebagai titik mula evolusi ialah bahawa mereka sebenarnya diciptakan.
Kebenaran ini diterima oleh seorang evolusionis dan biologis yang terkenal,
Douglas Futuyama;
Penciptaan dan Evolusi, di antara mereka, penjelasan mutlak yang mungkin
mengenai asal usul makhluk hidupan. Organisma daratan kedua-duanya kembang
atau tidak. Jika berkembang, maka mereka harus berkembang melalui spesis
yang wujud lebih dahulu melalui beberapa proses modifikasi. Sekiranya
mereka timbul alam bentuk yang tiba-tiba maju, mereka seharusnya telah
diciptakan oleh suatu Kuasa yang bijaksana.
Fosil-fosil menunjukkan bahawa makhluk hidupan timbul dalam dunia secara
lengkap dan dalam bentuk yang sempurna. Dalam ayat lain, 'asal usul spesis',
yang bertentangan dengan anggapan Darwin ialah merupakan hasil Penciptaan
dan bukan evolusi.
Mitos Mengenai Evolusi Manusia.
Perkara yang paling kerap dikemukakan oleh penyokong teori evolusi ialah
asal usul manusia. Dakwaan golongan darwinis mengenai perkara ini ialah
dengan menganggap bahawa manusia moden yang hidup hari ini adalah keturunan
dari beberapa makhluk seperti monyet. Dalam period ini, yang dianggarkan
lebih kurang 4-5 juta tahun lalu, ianya didakwa bahawa di sana wujud 'bentuk
peralihan' di antara manusia moden dan leluhurnya. Dalam bentuk fakta,
terdapat 4 'kategori' asas dalam keseluruhan senario ilusi ini;
1. Australopithecus
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens
Para evolusionis memberikan nama Australopithecus yang bermaksud beruk
selatan kepada leluhur manusia yang paling awal seperti monyet ini. Spesis
ini sebenarnya adalah satu spesis beruk yang sudah pupus. Penyelidikan
yang luas dan teliti yang dilakukan oleh Lord Solly Zuckerman dan Professor
Charles Oxnard, dua pakar anatomi terkenal dari Britain dan Amerika mengenai
Australopithecus, telah mendapati bahawa makhluk ini sebenarnya adalah
sejenis spesis beruk yang sudah pupus dan tidak mempunyai sebarang persamaan
dengan manusia.
Para evolusionis membahagikan fasa evolusi manusia berikutnya kepada
kelas 'homo' atau manusia. Menurut dakwaan ini lagi, hidupan dalam siri
'homo' ini lebih maju dari Australopithecus. Evolusionis juga membentangkan
tulang fosil makhluk yang berbeza ini sebelah menyebelah, dan menyusun
satu rajah evolusi melalui imaginasi mereka. Gambarajah yang terhasil
ini adalah satu imaginasi, kerana menurut fakta sebenarnya, tidak ada
sebarang penghubung proses evolusi antara kelas-kelas yang berbeza ini
yang dapat dibuktikan. Ernst Mayr, seorang penyokong terpenting teori
evolusi abad ke 20 ini telah menerima hal ini dengan berkata 'rantai yang
mencecah sejauh homo sapiens sebenarnya telah hilang'.
Ketika
menggambarkan gambarajah kedudukan Australopithecus>Homo habilis>Homo
erectus>Homo sapiens, evolusionis berkata, bahawa setiap spesis merupakan
leluhur kepada spesis berikutnya. Sebaliknya penemuan terbaru oleh seorang
paleontologis menunjukkan bahawa Australopithecus, homo Habilis dan homo
Erectus telah menetap pada masa yang sama, di bahagian lain dalam dunia.
Selanjutnya, dengan menjadi kelas yang masih hidup dari homo Erectus
sehingga hari ini: homo sapiens Neandertalensis dan homo sapien Sapien
(manusia moden) ditemui hidup sekali di masa yang sama.
Hal ini, sudah tentu menunjukkan pembatalan mengenai kelas-kelas ini
yang didakwa sebagai leluhur kepada jenis yang berikutnya. Stephen Jay
Gould, seorang dari peleontologis universiti Harvard, sekalipun merupakan
seorang evolusionis, menerangkan dilemma yang dihadapi oleh teori Darwin
dalam hal ini;
Apa yang akan terjadi kepada tangga kami, jika di sana ada tiga hominid
keturunan yang tinggal bersama-sama (Australopithecus Africanus, Robust
Australopithecines, Homo Habilis), tidak jelas siapa yang timbul dari
siapa? Selebihnya, tidak ada satu pun dari ketiga-tiganya mempamerkan
arah proses evolusi sewaktu kedudukan mereka di dalam dunia.
Secara ringkasnya, lukisan-lukisan yang digambarkan dalam surat khabar
atau dalam buku sekolah mengenai gambaran makhluk 'setengah manusia setengah
monyet', dan dalam ayat lain, sinopsis evolusi manusia yang mereka cuba
hidupkan sekadar dengan metode propaganda, adalah merupakan suatu mitos
tanpa asas saintifik.
Meskipun seorang evolusionis, Lord Solly Zuckerman seorang saintis Britain
yang dihormati dan terkemuka, mengkaji hal ini berapa tahun lamanya, dan
melakukan 15 kajian terhadap fosil Australopithecus, dan akhirnya sampai
kepada kesimpulan bahawa tidak ada satu rumpun keluarga yang nyata, berkembang
dari makhluk seperti beruk itu yang sampai kepada manusia.
Zuckersman juga membuat satu 'spektrum sains' yang menarik. Dia menyenaraikan
'spektrum' ini dari cabang-cabang pengetahuan yang diterimanya sebagai
saintifik sehingga kepada yang tidak diterimanya sebagai saintifik. Di
bawah jadual Zuckerman, yang paling saintifik atau dalam perkataan lain,
yang berdasarkan kepada keputusan yang lebih konkrit, ialah cabang kimia
dan fizik. Selepas itu barulah sains biologi, dan sains sosial. Pada bahagian
akhir spektrum ini, bahagian yang dianggap paling tidak saintifik menurut
Zuckerman ialah 'persepsi luarbiasa' -konsep seperti telepati dan firasat-
dan yang terakhir ialah evolusi manusia!!. Zuckerman menerangkan kedudukan
akhir spektrum ini sebagai berikut;
Kita kemudian bergerak ke kanan gambaran kebenaran objektif ke dalam
bidang-bidang sains biologikal yang bersifat andaian seperti, persepsi
luarbiasa atau mengenai penafsiran sejarah fosil manusia, di mana bagi
evolusionis apa saja mungkin -dan di mana dengan semangat berkobar-kobar
tukang percaya (dalam evolusi) kadang-kadang boleh mempercayai beberapa
perkara bertentangan pada waktu yang sama.
Dengan ini, mitos evolusi manusia ini mengandungi ulasan yang prejudis
oleh segelintir orang yang percaya secara membuta tuli kepada teori-teori
yang berasaskan fosil yang mereka temui.
Teknologi Dalam Mata Dan Telinga.
Seperkara lagi yang masih kekal tanpa sebarang jawapan oleh teori evolusi
ini ialah ketinggian kualiti persepsi dalam telinga dan mata.
Sebelum meneruskan subjek mengenai mata ini, mari kita secara ringkas
menjawap soalan 'bagaimana kita melihat'. Sinaran cahaya yang datang dari
objek jatuh ke atas retina mata. Di sini sinaran cahaya ini ditukarkan
kepada isyarat elektrik oleh sel-sel dan sampai ke titik kecil di belakang
otak yang dipanggil pusat penglihatan. Isyarat elektrik ini ditefsirkan
sebagai sebuah imej di pusat otak setelah melalui beberapa siri proses.
Dengan latar belakang teknikal ini. mari kita fikirkan sejenak.
Otak merupakan organ yang kalis dari cahaya. Ini bermakna bahagian dalam
otak adalah amat gelap, dan cahaya tidak dapat sampai ke bahagian di mana
otak terletak. Bahagian yang dipanggil pusat penglihatan merupakan tempat
yang sangat gelap di mana cahaya tidak dapat sampai kepadanya, ianya mungkin,
bahkan tempat yang paling gelap kamu pernah ketahui. Akan tetapi, sebenarnya
kamu melihat terang benderang dan kekilauan dunia ini dari pusat kegelapan
ini.
Imej yang terbentuk di dalam mata ini sangat tajam dan jelas, bahkan
teknologi abad ke 20 ini tidak mampu untuk menghasilkannya. Sebagai contoh,
lihat pada buku yang kamu baca, yang berada di tangan kamu, kemudian angkat
kepala kamu dan perhatikan sekeliling kamu. Pernahkah kamu melihat imej
seperti ini ketika melihat tempat lain? Sekalipun skrin televisyen yang
dihasilkan oleh pengeluar televisyen terhebat di dunia masih tidak dapat
menghasilkan imej seperti ini kepada kamu. Imej ini bersifat tiga-dimensi,
berwarna dan mempunyai ketajaman yang tinggi. Untuk lebih seratus tahun,
beribu-ribu jurutera berusaha untuk menghasilkan imej dengan ketajaman
seperti ini. Kilang-kilang, premis besar telah didirikan, banyak kajian
telah dibuat, perancangan dan rekaan juga dilaksanakan untuk tujuan ini.
Sekali lagi, lihat di skrin televisyen dan buku yang berada di tangan
kamu. Kamu akan melihat di sana ada perbezaan besar dari sudut ketajaman
dan kejelasan. Selanjutnya, skrin televisyen hanya memaparkan imej dua
dimensi, sebaliknya melalui mata kamu, kamu melihat perspektif mendalam
imej tiga dimensi.
Untuk beberapa tahun, puluhan ribu jurutera cuba untuk menghasilkan televisyen
tiga dimensi untuk mencapai kualiti penglihatan seperti mata. Memang benar,
mereka telah membuat sistem televisyen dengan tiga dimensi, tetapi ianya
tidak mungkin dapat di lihat tanpa meletakkan kaca-kaca; dan lagi ia hanyalah
sekadar imej tiga dimensi yang palsu. Latar belakangnya lebih kabur, latar
depannya timbul seperti latar kertas. Tidak sekali-kali mungkin untuk
menghasilkan penglihatan yang tajam dan jelas seperti mata. Dalam kedua-dua
kamera dan televisyen, terdapat imej yang kurang berkualiti.
Evolusionis mendakwa bahawa mekanisme yang menghasilkan imej yang tajam
dan jelas ini terbentuk dengan kebetulan. Sekarang, sekiranya seorang
memberitahu kamu bahawa televisyen di bilik kamu terjadi hasil daripada
kebetulan, bahawa semua zarah-zarahnya tiba-tiba bersatu dan membentuk
alat yang menghasilkan imej ini, apa yang kamu akan fikir? bagaimana atom-atom
mampu menghasilkan apa yang tidak mampu dibuat oleh beribu-ribu manusia?.
Sekiranya sebuah alat yang menghasilkan satu imej yang lebih berbanding
mata tidak terjadi secara kebetulan, maka ianya satu bukti yang jelas,
bahawa mata dan imej yang dihasilkan oleh mata lebih lojik tidak terbentuk
secara kebetulan. Situasi yang sama juga berlaku di telinga. Bahagian
telinga luar menerima bunyi dengan aurikel dan membawa bunyi itu ke bahagian
telinga tengah; bahagian tengah telinga menukarkan getaran bunyi itu dengan
menguatkan mereka; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan
menukarkannya kepada isyarat elektrik. Sepertimana juga mata, tindakan
mendengar ini berakhir di pusat pendengaran di otak.
Situasi di mata juga sama seperti untuk telinga. Bahawa otak adalah kedap
dari sebarang bunyi seperti mana kedap dari cahaya; ia tidak membenarkan
sebarang suara sampai ke dalamnya. Dengan itu, bagaimana bising di luar
sekalipun, bahagian dalam otak adalah keadaan yang amat sunyi. Namun,
bunyi yang paling nyaring tetap dirasakan di otak. Di dalam otak yang
kedap dari sebarang bunyi, kamu mendengar simfoni dari sebuah orkestra,
dan mendengar semua kebisingan di tempat yang sesak. Akan tetapi, jika
kadar bunyi dalam otak kamu diukur dengan alat yang tepat pada suatu ketika,
ianya didapati bahawa keadaan di dalamnya adalah sangat sunyi.
Seperti kes pengimejan, usaha selama berdekad-dekad juga diambil untuk
membuat dan menghasilkan bunyi suara yang sama seperti yang asli. Hasil
dari usaha ini, ialah keluaran seperti perakam suara, sistem ketepatan-tinggi,
dan sistem pengesan suara. Di sebalik semua teknologi ini dan ribuan jurutera
dan pakar-pakar yang bekerja dalam usaha ini, sehingga sekarang tidak
ada satu bunyi yang terhasil yang mempunyai ketajaman dan kejelasan yang
sama seperti bunyi yang di dengar oleh telinga. Cuba lihat kepada sistem
Hi-Fi dengan kualiti yang paling tinggi yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat
besar dalam industri muzik. Bahkan dalam alat ini, ketika suara dirakamkan,
setengah darinya hilang; atau ketika menghidupkan Hi-Fi kamu selalu mendengar
bunyi desisan sebelum lagu bermula. Bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan
oleh teknologi tubuh manusia lebih tajam dan sangat jelas. Telinga manusia
tidak pernah menerima satu bunyi bersama-sama dengan bunyi desisan atau
seperti gangguan pemancar seperti Hi-Fi; telinga menerima bunyi persis
dengan bunyi itu, tajam dan jelas. Ini adalah keadaannya sejak penciptaan
manusia.
Setakat ini, tidak ada alat visual atau perakam yang dibuat oleh manusia
begitu sensitif dan berjaya merasakan data sensori seperti telinga dan
mata.
Milik Siapakah Kesedaran Melihat Dan Mendengar Yang Terdapat Dalam Otak.
Apakah sebenarnya yang melihat segala macam godaan dunia dalam otaknya,
mendengar kepada simfoni dan bermain dengan burung, dan menghidu bau sekuntum
bunga ros?
Rangsangan yang datang dari mata, telinga dan hidung manusia akan bergerak
ke dalam otak sebagai impuls saraf elektrokimia. Dalam buku-buku biologi,
psikologi, dan biokimia, kamu akan menemui banyak keterangan bagamana
imej ini terbentuk di dalam otak. Bagaimanapun kamu tidak dapat menjangkau
fakta penting mengenai perkara ini; siapakah sebenarnya yang merasai impuls
saraf elektrokimia ini sebagai imej-imej, bunyi, bau dan peristiwa sensori
di dalam otak? Di sana terdapat satu sifat yang sedar di dalam otak yang
merasakan semua ini tanpa merasa sebarang keperluan kepada mata, telinga
dan hidung. Siapakah pemilik kesedaran ini? Tidak diragui lagi bahawa
kesedaran ini bukanlah dimiliki olah saraf-saraf, lapisan lemak atau neuron
yang terdapat di dalam otak. Ini adalah sebab mengapa penganut Darwinis-materialis
yang percaya bahawa semua kewujudan adalah terdiri pada material, tidak
dapat menjawap soalan ini.
Sifat sedar ini ialah roh yang diciptakan oleh Allah. Roh ini tidak memerlukan
mata untuk melihat imej, juga tidak telinga untuk mendengar bunyian. Bahkan
tidak memerlukan otak untuk berfikir.
Orang yang sedar akan fakta saintifik dan tersirat ini akan menghayati
kebesaran Allah, akan takut kepadaNya dan meminta perlindungan dariNya,
Dia yang mengeluarkan keseluruhan alam semesta di dalam tempat yang gelap-gelita
beberapa kubik sentimeter dalam tiga-dimensi, berwarna, samar-samar, dan
bentuk yang berkilau-kilauan.
Kepercayaan Materialis.
Apa yang kita pelajari sejauh ini menunjukkan teori evolusi adalah satu
dakwaan yang secara terbuka bertentangan dengan fakta saintifik. Dakwaan
teori ini berhubung asal usul kehidupan yang berselindung di balik wajah
sains, mekanisme-mekanisme bersifat evolusi yang dikemukakannya tidak
sedikitpun mempunyai kesan ke atas evolusi, dan rekod-rekod fosil yang
menunjukkan keperluan kepada bentuk-bentuk peralihan sebenarnya tidak
pernah wujud. Dalam kes ini, teori evolusi tersadai sebagai satu idea
yang bertentangan dengan sains. Sebagai satu kebenaran, banyak idea-idea
yang dilontarkan ke dalam dunia sepanjang sejarah, seperti model evolusi,
telah pun dibatalkan dari agenda saintifik.
Tetapi teori evolusi ini dengan perancangan teliti telah dikekalkan dalam
agenda saintifik. Setengah orang bahkan cuba menggambarkan kritikan teori
ini sebagai 'serangan ke atas sains', tetapi kenapa?
Sebab kepada situasi ini ialah bahawa bagi setengah orang, teori evolusi
ini telah menjadi kepercayaan dogmatik yang mustahak. Golongan ini berkeras
degil tunduk kepada falsafah materialisme dan terpengaruh dengan Darwinisme
sebagai penerangan alam material yang mutlak.
Mereka kadang-kadang secara terbuka mengakuinya. Richard Lewontin pakar
genetik terkenal dari universiti Harvard dan pada masa yang sama seorang
evolusionis terkemuka mengakui bahawa dia adalah 'pertama materialis,
kemudian saintis' dalam perenggan ini;
Bukanlah bahawa metode dan institusi sains apa cara sekalipun memaksa
kita mengakui penjelasan material mengenai fenomena dunia, tetapi sebaliknya,
bahawa kita didesak oleh kesetiaan tertinggi kita atas sebab-sebab material
untuk membuat alat-alat pengkajian dan merangka konsep yang membuahkan
penerangan bersifat kebendaan, tidak kira betapa sekalipun bertentangan
dengan intuisi, tidak kira betapa menghairankan untuk diterima. Dan lagi,
materialisme adalah mutlak, maka kita tidak akan membenarkan kaki Tuhan
berdiri di depan pintu.
Kenyataan ini adalah jelas bahawa Darwinisme adalah suatu dogma yang
dihidupkan untuk suatu sokongan kepada falsafah materialisme. Dogma ini
menganggap bahawa tiada sebarang kewujudan melainkan yang bersifat kebendaan.
Atas alasan ini, ia percaya bahawa unsur bukan hidupan, iaitu zat tanpa
sifat sedar yang sebenarnya menjadikan kehidupan. Ia menerima bahawa jutaan
spesis hidupan seperti burung-burung, ikan, zirafah, harimau, serangga,
pokok, bunga-bunga, ikan paus timbul dari kesan sama seperti yang ada
di dalam benda tidak bernyawa, dalam perkataan lain hujan dan petir. Ini
adalah benar-benar bertentangan dengan akal dan sains. Tetapi golongan
darwinis terus mempertahankan kepercayaan ini sebagai usaha untuk 'menghalang
kaki Tuhan berdiri di depan pintu'.
Orang yang melihat kepada asal usul hidupan tanpa sebarang prejudis materialis
pasti akan menyedari kebenaran ini; semua benda hidupan adalah hasil kerja
Pencipta yang mempunyai kuasa yang tinggi, pengetahuan dan kebijaksanaan.
Pencipta ini adalah Tuhan, yang menciptakan seluruh alam semesta daripada
tiada, yang menghias di dalamnya dengan cara yang paling sempurna, mencipta
dan memberikan bentuk kepada semua makhluk hidupan.
Mereka berkata: "Maha suci Engkau, tidak
ada yang kami ketahui selian dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Baqarah, 32)
|
|