|
Bab 19
RELATIVITI MASA DAN HAKIKAT
TAKDIR
Semua yang telah diterangkan di atas menunjukkan bahawa sebuah "ruang
tiga-dimensi" sebenarnya tidak wujud, ia hanyalah prejudis yang diinspirasikan
oleh persepsi-persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam "ruang
kosong". Untuk mendakwa sebaliknya adalah bersalahan dengan sebab musabab
dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia material
tiga-dimensi yang sah.
Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis yang mendasari
teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa kebendaan adalah
mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh falsafah materialis
ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal. Ini juga merupakan kepercayaan
karut seperti yang pertama juga.
Persepsi Masa
Persepsi yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode dengan
satu ketika dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya
dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek,
dia mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima
minit kemudian, dia mendengar bunyi yang lain. Orang tersebut menerima
bahawa terdapat jarak di antara bunyi yang pertama dan bunyi yang kedua,
dan dia menamakan ini jarak masa. Tetapi ketika dia mendengar bunyi yang
kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah
imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam
memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi "masa" dengan membandingkan
saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan
ini tidak dilakukan, tidak akan ada persepsi masa.
Selalunya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang
memasuki sebuah bilik melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di
tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung
dengan saat ketika dia membuka pintu, berjalan ke dalam bilik, dan menuju
ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam
otak. Persepsi masa berlaku apabila seseorang membandingkan lelaki yang
duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.
Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan
di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang
itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat
tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk.
Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun
adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia
tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu
dan dia hanya akan mengalami satu "ketika" yang sedang didiami kini.
Penjelasan Saintifik Ruang Kosong
Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil kira penjelasan para saintis
dan cendekiawan di dalam subjek ini. Dengan menganggap bahawa masa berundur
ke belakang, Francois Jacob, seorang cendekiawan terkenal dan profesor
kehormat Nobel di dalam ilmu genetik, telah mengeluarkan kenyataan berikut
di dalam bukunya Le Jeu des Possibles (The Possible and the Actual):
Filem yang dimainkan ke belakang, membolehkan kita membayangkan sebuah
dunia yang masanya berundur ke belakang. Sebuah dunia di mana susu memisahkan
dirinya daripada kopi dan melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan
kuali susu; sebuah dunia di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding
untuk dikutip di dalam sebuah perangkap (pusat graviti), sebagai ganti
memancar keluar daripada sumber cahaya; sebuah dunia di mana seketul batu
terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan kerjasama mengejut daripada
titisan-titisan air membolehkan batu tersebut lompat keluar daripada air.
Tetapi, di dalam sebuah dunia yang masa mempunyai sifat-sifat terbalik,
menyebabkan pemerosesan otak kita dan bagaimana memori mengumpul maklumat
berfungsi secara songsang. Masa silam dan masa depan akan menjadi sama
dan dunia akan muncul kepada kita seperti mana ia muncul kini. 190
Memandangkan otak kita telah terbiasa dengan satu pusingan peristiwa
tertentu, maka dunia ini tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan
di atas dan kita mendakwa masa berjalan ke hadapan. Tetapi, ini adalah
sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana itu ia berkaitan sepenuhnya.
Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana masa berjalan atau
sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan satu petunjuk bahawa masa
bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya sejenis persepsi.
Relatif
masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting abad
ke-20, Elbert Einstein. Lincoln Barnett, menulis di dalam bukunya The
Universe and Dr. Einstein:
Seperti juga ruang mutlak, Einstein menolak konsep masa yang mutlak sebagai
sesuatu yang kukuh, masa sejagat yang tidak dapat disekat bergerak, mengalir
daripada masa silam yang luas kepada masa depan yang tidak terbatas. Kebanyakan
kekaburan yang menyelubungi Teori Asas Relativiti berpunca daripada kelemahan
manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti juga deria warna, adalah
sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan aturan objek-objek
material, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa. Subjektiviti
masa dapat dijelaskan dengan baik melalui perkataan Einstein sendiri.
"Pengalaman seorang individu", menurut Einstein, "muncul kepada kita di
dalam satu siri peristiwa-peristiwa"; di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa
yang kita ingati muncul di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat
"awal" dan "kemudian". Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu masa-I,
atau masa yang subjektif. Ini tidak dapat diukur di dalam dirinya sendiri.
Saya boleh menggabungkan nombor-nombor dengan peristiwa-peristiwa, di
dalam satu cara yang melibatkan sejumlah nombor-nombor yang menggabungkan
peristiwa yang terkemudian dengan peristiwa-peristiwa yang awal. 191
Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik daripada buku Barnett:
"ruang dan masa adalah bentuk-bentuk gerak hati, yang tidak dapat dipisahkan
daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz".
Menurut Teori Asas Relatif: "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang
terpisah daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran".192
Memandangkan masa mengandungi persepsi, ia bergantung sepenuhnya ke atas
penerima dan ia adalah berkaitan.
Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan rujukan yang kita gunakan
untuk mengukurnya kerana tidak terdapat jam semula jadi di dalam tubuh
manusia untuk mengesan dengan tepat betapa cepatnya masa berlalu. Seperti
yang dicatatkan oleh Lincoln Barnett: "Seperti mana warna tanpa mata untuk
mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti
tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya".193
Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walau
pun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam,
tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin
juga hanya beberapa saat.
Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan
lebih jelas. Mari kita anggap bahawa kita telah di masukkan ke dalam sebuah
bilik yang mempunyai hanya sebuah tingkap direka dengan begitu teliti
dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Biarkan sebuah jam di
dalam bilik tersebut supaya kita dapat melihat jumlah masa yang telah
berlalu. Pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat melalui tingkap bilik
matahari terbenam pada tempoh tertentu. Beberapa hari kemudian, jawapan
yang akan kita berikan tentang berapa banyak masa yang telah diluangkan
di dalam bilik tersebut akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang
telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada
pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari
terbenam dan terbit. Contohnya, kita anggarkan kita telah menghabiskan
masa di dalam bilik tersebut selama tiga hari. Tetapi, sekiranya orang
yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang kepada kita dan menyatakan
bahawa kita telah meluangkan masa selama dua hari di dalam bilik tersebut
dan bahawa matahari yang dapat dilihat melalui tingkap telah dihasilkan
oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah
diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita lakukan
tidak mempunyai erti.
Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar
berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif. Relativiti
masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains.
Teori Asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah
berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat
graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat;
menjadi perlahan seolah-olah ia berada pada tahap "berhenti".
Mari kita jelaskannya dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri.
Bayangkan dua orang kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara
di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Apabila
dia kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih
tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada
orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya.
Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara
angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal di bumi, sekiranya si ayah
berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anak lelakinya berusia
3 tahun; maka, apabila dia kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi),
anak lelakinya akan berusia 33 tahun, tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.194
Perlu ditegaskan di sini bahawa, relativiti masa ini tidak berlaku dengan
memperlahankan jam atau mempercepatkannya atau memperlambatkan perjalanan
mekanisme spring. Tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period
seluruh sistem material sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dengan kata
lain, kesingkatan masa tidak seperti pergerakan perlahan sebuah gambar
bagi orang yang mengalaminya. Di dalam sebuah latar yang masa menjadi
singkat, degup jantung, pereplikaan sel, dan fungsi otak, dan semuanya
bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan manusia di bumi.
Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa sama sekali menyedari
kesingkatan masa. Sememangnya kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas
sehingga perbandingan dilakukan.
Relativiti Di Dalam Al-Quran
Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada penemuan-penemuan sains moden
ialah bahawa masa bukannya sebuah fakta yang mutlak seperti yang dianggap
oleh para materialis, tetapi hanya sebuah persepsi yang relatif. Perkara
yang lebih menarik ialah fakta ini, yang tidak ditemui hanya pada kurun
ke-21 oleh sains, telah pun dimaklumkan kepada manusia di dalam al-Quran
14 kurun yang lalu. Terdapat beberapa rujukan di dalam al-Quran berkaitan
dengan relativiti masa.
Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa masa
adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar,
dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Misalnya, hidup manusia
ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh al-Quran:
(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut
sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam
kubur) hanya sebentar. (Surah Al-Isra:52)
Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari
kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak
tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka
akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang
yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan
yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di
dunia. (Surah Yunus:45)
Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa
secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa yang
sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung
ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa
tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: "Kami tinggal (di
dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada
golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu
tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu
mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (Suranh Al- Mu'minuun:112-114)
Di dalam ayat-ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berjalan
pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan
azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah
kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu
adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (Surah Al-Hajj: 47)
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahan-Nya
(untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada
satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah)
sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).
(Surah Maarij:4)
Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyataan bahawa
natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abad
ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh al-Quran,
merupakan tanda bahawa al-Quran telah diturunkan oleh Allah, Yang menguasai
seluruh masa dan ruang.
Banyak kenyataan-kenyataan di dalam al-Quran menunjukkan bahawa masa
adalah sebuah persepsi. Ini merupakan bukti di dalam cerita-cerita ini.
Sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi, sekumpulan orang-orang
yang beriman yang disebutkan di dalam al-Quran, berada di dalam tidur
yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila mereka terjaga, mereka
merasakan bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja,
dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka telah tidur:
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua
itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan
mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan
di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup
(dalam gua itu). (Surah Al-Kahfi:11-12)
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya),
supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya
bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab:
"Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian
lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya
kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak
kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana
jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian
hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah
ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah
dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
(Surah Al-Kahfi:19)
Situasi yang dijelaskan di dalam ayat di bawah ini juga membuktikan bahawa
masa sebenarnya adalah sebuah persepsi psikologi:
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang
yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang
itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri
ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah
(dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan
dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?"
Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari".
Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan
demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan
dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula
kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan
ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi
umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana
Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka
apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia:
Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu". (Surah Al-Baqarah:259)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah yang telah menjadikan
masa juga berkuasa ke atasnya. Sebaliknya, manusia dikuasai oleh masa
yang Allah memerintahnya. Seperti yang sebutkan di dalam ayat tersebut,
manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan
ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak (seperti yang para materialis
lakukan di dalam mentaliti mereka yang lemah), adalah sesuatu yang tidak
masuk akal.
Takdir
Relativiti masa telah menjelaskan sebuah perkara yang amat penting. Relativiti
masa boleh berubah sehingga satu period masa yang kelihatan berbilion
tahun tempohnya kepada kita, mungkin hanya tinggal sesaat sahaja di dalam
dimensi lain. Tambahan pula, satu jangka masa yang besar berkembang daripada
permulaan dunia sehingga penamatnya, mungkin tidak tinggal walau sesaat
tetapi hanya sedetik di dalam dimensi lain.
Ini adalah inti pati sebenar konsep takdir - sebuah konsep yang tidak
dapat difahami dengan baik oleh ramai orang, terutamanya para materialis,
yang menafikannya. Takdir ialah pengetahuan sempurna Allah terhadap semua
kejadian-kejadian silam atau masa hadapan. Sebahagian manusia mempersoalkan
bagaimana Allah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang belum berlaku
dan ini menyebabkan mereka gagal untuk memahami kebenaran takdir ini.
Bagaimana pun, "peristiwa-peristiwa yang belum berlaku" belum berlaku
kepada kita. Allah tidak tertakluk kepada masa atau ruang kerana Dia sendiri
yang menjadikannya. Kerana itu, masa silam, masa hadapan dan masa kini
tidak ada bezanya kepada Allah; bagi-Nya segalanya telah berlaku dan telah
tamat.
Lincoln Barnett menjelaskan bagaimana Teori Asas Relatif memandu kita
kepada hakikat ini di dalam buku The Universe and Dr. Einstein: Menurut
Barnett, cakerawala ini dapat "dikuasai seluruh kehebatannya oleh satu
kebijaksanaan kosmik" . 195
Apa yang disebutkan oleh Barnett sebagai "kebijaksanaan kosmik" adalah
kebijaksanaan dan ilmu Allah, Yang menguasai selurah alam. Sebagai mana
kita dapat melihat dengan mudah seorang pemerintah yang awal, pertengahan
dan yang terakhir, dan segala unit yang di antaranya, semuanya, Allah
mengetahui waktu kita dijajah seperti satu detik daripada permulaannya
hingga ke akhirnya. Manusia hanya mengalami kemalangan apabila masanya
sampai dan mereka menyaksikan takdir yang telah Allah jadikan untuk mereka.
Perlu juga diberi perhatian terhadap pemahaman dangkal dan terpesong
terhadap takdir yang berlaku di dalam masyarakat. Fahaman salah terhadap
takdir ini berpegang kepada kepercayaan bahawa Allah telah menyiapkan
"takdir" kepada setiap orang tetapi kadang-kadang takdir-takdir ini boleh
diubah oleh mereka. Contohnya, apabila seorang pesakit hidup semula masyarakat
akan beranggapan bahawa "Dia telah menewaskan takdirnya". Tetapi, sebenarnya
tidak ada orang yang dapat mengubah takdirnya. Pesakit yang hidup semula
itu sebenarnya tidak mati kerana dia ditakdirkan untuk tidak mati. Demikian
juga takdir mereka yang menipu diri mereka dengan menyatakan "Saya telah
menewaskan takdir saya", dia juga telah ditakdirkan untuk berkata demikian
dan mempertahankan pemikiran tersebut.
Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah, yang
mengetahui masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan
ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita
juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di dalam al-Quran bahawa
masa adalah kepunyaan Allah: beberapa kemalangan yang akan berlaku kepada
kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam al-Quran di dalam satu
cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum ini. Contohnya, ayat yang menggarap
bagaimana laporan yang akan manusia berikan kepada Allah di hari Akhirat
telah dijelaskan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku:
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk
yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki
Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka
dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).
Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya
Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan
akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka
dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Surah
Az-Zumar:68-69)
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam
dengan berpasuk-pasukan,... (Surah Az-Zumar:71)
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan
dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan,...( Surah Az-Zumar:73)
Ayat-ayat lain membincangkan subjek ini:
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang
Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang
satu lagi menjadi) saksi. (Surah Al-Qaf:21)
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat
itu reput (dan runtuh) (Surah Al-Haaqqah:16)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah
dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga
dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring
di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya
matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang
terlampau sejuk. (Surah Al-Insan:12-13)
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat
melihatnya. (Surah An-Naaziat:36)
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan
orang yang kafir itu. (Surah Mutaffifiin:34)
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka,
maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka
tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
(Surah Al-Kahfi:53)
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas
kematian kita (mengikut kaca mata kita) telah dijelaskan seolah-olah ia
telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam al-Quran. Allah tidak tertakluk
oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya. Allah
telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa-sifar: manusia telah melakukannya
dan semua peristiwa telah berjalan dan telah tamat. Telah dinyatakan di
dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau
yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam
sebuah kitab:
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu
urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat
dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan
sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu,
ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan
Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi
atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada
yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang
nyata.(Surah Yunus:61)
Kebimbangan Materialis
Isu-isu yang telah dibincangkan di dalam bab ini, terutamanya landasan
sebenar kebendaan, masa-sifar, dan ruang kosong, adalah amat jelas. Seperti
yang telah disebutkan sebelum ini, ia bukan sebuah falsafah atau sebuah
pemikiran, tetap adalah sebuah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi.
Di samping ia juga adalah sebuah kenyataan yang teknikal, bukti-bukti
rasional dan logik juga tidak memberikan alternatif lain ke atas isu ini:
cakerawala ini adalah sebuah ilusi keseluruhannya bersama semua benda
yang di dalamnya dan manusia yang tinggal di dalamnya. Ia adalah sebuah
himpunan persepsi-persepsi.
Para materialis merasa amat sukar untuk memahami isu ini. Sebagai contoh,
sekiranya kita berbalik kepada contoh bas Politzer: walau pun Politzer
secara teknikalnya mengetahui bahawa dia tidak dapat melangkah keluar
daripada persepsinya, tetapi dia hanya mengakuinya di dalam beberapa keadaan.
Iaitu, bagi Politzer, peristiwa-peristiwa hanya berlaku di dalam otak
sehinggakan pelanggaran bas, tetapi apabila pelanggaran ini berlaku, segalanya
akan keluar daripada otak dan menjadi sebuah realiti fizikal. Kecacatan
logikal pada peringkat ini amat jelas. Politzer telah melakukan kesilapan
yang sama telah dilakukan oleh materialis-materialis lain seperti seorang
falsafah materialis Johnson yang menyatakan "Saya menyepak batu, kaki
saya saki, oleh itu ia wujud" dan dia tidak dapat memahami bahawa kejutan
yang dialami selepas impak bas tersebut juga adalah sebuah persepsi.
Sebab sebenar mengapa materialis tidak dapat memahami subjek ini adalah
kerana ketakutan mereka terhadap fakta yang akan mereka temui jika mereka
memahaminya. Lincoln Barnett menyatakan bahawa subjek ini telah labelkan
sebagai "tidak boleh dikaji" oleh sebahagian saintis:
Bersama dengan reduksi ahli-ahli falsafah bahawa semua realiti objek
adalah sebuah bayangan - dunia persepsi, saintis telah menyedari keterbatasan
deria-deria manusia
.196
Sebarang rujukan yang dilakukan terhadap kenyataan bahawa kebendaan dan
masa adalah sebuah persepsi akan menambahkan ketakutan kepada seorang
materialis, kerana ia adalah satu-satunya kepercayaan yang diyakininya
sebagai kewujudan yang mutlak. Dia sebenarnya telah mengambilnya sebagai
idola untuk disembah, kerana dia menyangka dia telah diciptakan oleh kebendaan
dan masa (melalui evolusi).
Apabila dia merasakan bahawa alam yang disangka dia tinggal di dalamnya,
dunia ini, tubuhnya sendiri, orang lain, para ahli falsafah lain yang
dia terpengaruh dengan idea-idea mereka, dan ringkasnya, segalanya, adalah
sebuah persepsi, dia merasa telah dikalahkan oleh kengerian semua ini.
Segala yang dia bergantung padanya, mempercayai, dan menjadi jalan keluar
kepadanya, akan musnah secara tiba-tiba. Dia merasa putus asa seperti
mana yang akan di alaminya di Hari Perhitungan di dalam keadaan yang sebenar
seperti yang telah disebutkan di dalam ayat:
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah,
dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka
ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah). (Surah An-Nahl:87)
Oleh itu, materialis ini cuba menyakinkan dirinya sendiri pada realiti
kebendaan, dan mereka-reka "bukti" seperti; melagakan penumbuknya ke dinding,
tendang batu, menjerit, berteriak, tetapi mereka tidak akan dapat melarikan
diri daripada realiti.
Seperti mana mereka cuba menyingkirkan realiti ini daripada minda mereka,
mereka juga mahu orang lain untuk membuangkannya. Mereka juga menyedari
sekiranya hakikat semula jadi kebendaan diketahui umum secara keseluruhannya,
keprimitifan falsafah mereka dan penipuan mereka kepada dunia akan didedahkan,
dan tidak akan ada lagi landasan yang tinggal yang membolehkan mereka
merasionalkan pandangan mereka. Ketakutan ini merupakan sebab utama mengapa
mereka merasa amat terganggu dengan fakta-fakta yang disampaikan di sini.
Allah menyatakan bahawa ketakutan orang-orang kafir ini akan dilihat
di hari akhirat kelak. Di Hari Perhitungan, mereka akan disapa seperti
berikut:
Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua,
kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang
dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?" (Surah
Al-Anaam:22)
Kemudian, orang-orang kafir akan menyaksikan kedudukan mereka, anak-anak
dan golongan-golongan yang rapat dengan mereka yang mereka anggap sebagai
benar dan menganggapnya sebagai saingan kepada Allah, meninggalkan mereka
dan musnah. Allah mengkhabarkan berita ini di dalam ayat:
Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan
bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan
(sebagai sekutu Allah) itu. (Surah Al-Anaam:24)
Keuntungan Orang-Orang Beriman
Sementara kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi
telah mencemaskan materialis, perkara yang sebaliknya pula berlaku kepada
orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman merasa gembira apabila mengetahui
rahsia di sebalik kebendaan ini. Realiti ini adalah kunci kepada semua
persoalan. Dengan kunci ini, semua rahsia akan terbuka. Seseorang akan
dapat memahami isu-isu yang sukar difahaminya sebelum ini.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, persoalan kematian, syurga, neraka,
hari akhirat, perubahan dimensi, dan persoalan-persoalan penting seperti,
"Di mana Allah?", "Apakah benda sebelum Allah?", "Siapa yang menjadikan
Allah?", "Berapa lamakah kehidupan di alam barzakh berlangsung?", "Di
manakah syurga dan neraka?", dan "Di manakah syurga dan neraka wujud kini?",
semuanya akan dapat dijawab dengan mudah. Akan dapat difahami dengan sistem
apakah yang Allah gunakan untuk menjadikan seluruh alam daripada kosong.
Lebih daripada itu, dengan rahsia ini, persoalan "bila", dan "di mana"
tidak akan mempunyai sebarang erti lagi kerana tidak akan ada masa dan
ruang yang tinggal. Apabila ruang kosong difahami, maka akan dapat difahami
bahawa neraka, syurga, dan bumi sebenarnya berada pada tempat yang sama.
Sekiranya masa-sifar difahami, maka akan dapat difahami bahawa segalanya
berlaku pada waktu yang sama: tidak ada apa yang dinantikan dan masa tidak
bergerak, kerana segalanya telah sedia berlaku dan berakhir.
Apabila rahsia ini dikaji, dunia ini akan menjadi syurga kepada orang
yang beriman. Segala perkara yang mendukakan seperti kebimbangan, kerisauan,
dan ketakutan akan musnah. Seseorang akan menyedari bahawa hanya ada seorang
Pemerintah, Dia yang mengubah seluruh dunia fizikal seperti yang dikehendaki-Nya
dan apa yang perlu dilakukannya ialah berpaling kepada-Nya. Dia menyerahkan
seluruh dirinya kepada Allah,
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan
kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari
segala urusan dunia untuk berkhidmat kepada-Mu semata-mata), maka terimalah
nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Ali-Imran,35)
Memahami rahsia ini merupakan keuntungan yang paling
hebat di dunia.
Dengan rahsia ini, satu lagi realiti yang disebutkan di dalam al-Quran
telah ditemui: kenyataan bahawa "Kami lebih dekat kepadanya daripada urat
lehernya," (Surah Qaaf:16). Seperti yang diketahui, urat leher berada
di dalam badan. Apa yang lebih rapat kepada seseorang daripada dalamannya
sendiri? Situasi ini dapat dijelaskan oleh hakikat ruang kosong. Ayat
ini akan lebih difahami dengan memahami rahsia ini.
Ini adalah kebenaran. Sepatutnya ia telah membuktikan dengan jelas bahawa
tidak ada penolong dan pemberi rezeki yang lain selain daripada Allah.
Tidak ada yang lain selain Allah; Dialah satu-satunya kewujudan mutlak
(wahdatul-wujud) yang seseorang dapat melarikan diri kepada-Nya, memohon
pertolongan, dan berharap untuk dikurniai.Ke mana sahaja kita pergi, Allah
tetap wujud.
|