| BAB
1
PENCIPTAAN
ALAM SEMESTA DARI ALAM TIADA Materialisme
adalah satu pola pemikiran yang mendakwa materi sebagai satu entiti yang mutlak
dan menafikan kewujudan lain selain dari material. Berasal dari zaman Greek Purba
dan mendapat penerimaan masyarakat umum, khususnya di abad ke 19, dan menjadi
masyhur dengan fahaman dialektik materialisme Karl Marx. Sistem pemikiran ini
mendakwa bahawa kewujudan materi adalah mutlak dan akan tetap kekal wujud selamanya.
Disebabkan dia mempertahankan bahawa materi bukanlah ciptaan, maka dia sekaligus
menafikan kewujudan Pencipta.
 |
Seperti yang telah kita nyatakan, fahaman materialisme mulai popular
khususnya pada abad ke 19. Satu dari sebab hal ini ialah model 'static universe'
yang mana kemudiannya dikemukakan untuk menjawab persoalan 'bagaimana alam semesta
wujud?'. Model ini menjawab persoalan itu dengan menyatakan bahawa alam semesta
bukanlah tercipta, tetapi ianya telah wujud sejak azali dan akan terus wujud selamanya.
Alam semesta dianggap sebagai suatu koleksi material yang stabil, konstan dan
tidak berubah, dan fahaman ini melaungkan bahawa alam semesta seperti ini tidak
memerlukan kita mempercayai kepada seorang Pencipta. Pengesahan kepada
tentangan model alam semesta ini, iaitu penemuan bahawa alam semesta mempunyai
permulaan dan ianya berubah, tidak mensangsikan kewujudan seorang Pencipta. Dalam
bukunya "Principes Fondamentaux de Philosophic", ahli falsafah Georges Politzer
materialis terkemuka telah mengakui fakta ini dalam penafiannya tentang konsep
penciptaan yang berasaskan model 'alam semesta tanpa sempadan' (boundless universe); Alam
semesta bukanlah objek yang dicipta. Sekiranya ia dicipta, maka ia harus diciptakan
secara serta merta oleh Tuhan dan mewujudkannya dari alam tiada. Untuk mengakui
penciptaan, seorang harus mengakui, di tempat pertama, kewujudan suatu ketika
di mana alam semesta tidak wujud, dan bahawa sesuatu wujud keluar dari ketiadaan.
Ini adalah suatu yang tidak dapat diakui oleh sains. 2
Di akhir period yang bermula pada suku kedua abad ke 20, sains moden, telah membuktikan
kenyataan yang diakui oleh golongan materialis ketika mereka mengakui; "sekiranya
hal demikian, maka kita terpaksa untuk mengakui bahawa seorang Pencipta wujud',
-iaitu, alam semesta mempunyai permulaan. Fakta ini telah didedahkan setelah melalui
beberapa peringkat.
Pengembangan
alam semesta Pada tahun 1920, di sebuah pusat pemerhatian
Mount Wilson, California, seorang ahli astronomi berbangsa Amerika bernama Edwin
Hubble telah membuat satu penemuan yang besar di dalam sejarah astronomi. Ketika
membuat pemerhatian terhadap bintang-bintang melalui teleskop gergasinya, dia
mendapati bahawa cahaya yang dipancarkan dari bebintang itu beralih kepada warna
merah yang terletak di hujung spektrum cahaya dan bahawa peralihan ini semakin
terang apabila bebintang itu semakin menjauhi bumi. Penemuan ini amat mengejutkan
dunia sains ketika itu, kerana berdasarkan kepada hukum-hukum fizik yang diakui,
spektrum cahaya yang bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cenderung kepada
warna ungu sementara spektrum cahaya ini akan cenderung berwarna merah ketika
cahaya ini bergerak menjauhi titik pemerhatian itu. Ini bererti bahawa bintang-bintang
itu secara konstan bergerak menjauhi kita.
 |
Sebelum ini, Hubble telah membuat satu lagi penemuan penting; bebintang
dan galaksi bergerak menjauhi bukan sahaja daripada kita (bumi), tetapi juga antara
satu sama lain. Satu-satunya konklusi yang boleh diputuskan dari sebuah alam semesta
di mana setiap sesuatu bergerak menjauhi sesama mereka ialah alam semesta itu
secara konstan 'berkembang'. Untuk menerangkannya, keadaan alam semesta ini sama
seperti permukaan sebiji belon yang ditiup. Sama seperti titik-titik di permukaan
sebiji belon bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika belon itu mengembang,
dan begitu jugalah objek-objek di dalam ruang angkasa juga bergerak menjauhi antara
satu sama lain ketika alam semesta terus berkembang. Sebenarnya, hal ini
telah disingkap secara teoritikal lebih awal. Albert Einstein, menyimpulkan dari
pengiraan yang membawanya untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, telah
merumus bahawa alam semesta bukanlah statik. Terkejut dengan penemuan ini, Einstein
telah menambah satu faktor yang dipanggil 'pemalar kosmologi' (cosmological constant)
ke dalam persamaannya dengan sengaja untuk mengelakkan persamaan ini daripada
menjadi satu kesimpulan. Kerana diyakinkan oleh ahli astronomi lain bahawa alam
semesta adalah statik, dia tidak ingin teori ini bertentangan dengan model ini
(universe static). Pandangan ini, yang mana kemudiannya ditolak oleh Einstein
sendiri -yang diakui sebagai satu kesilapan paling besar di dalam kareernya- telah
pun dibuang ke dalam bakul sampah sejarah oleh penemuan-penemuan saintifik kontemporari.
Untuk pertama kali pada tahun 1922, saintis Russia Alexander Friedmann telah menemui
berdasarkan Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berubah dan bahawa
sekalipun terdapat sedikit perubahan di dalamnya akan menyebabkan ia berkembang
atau mengendur. Sementara Friedmann sampai kepada kesimpulan ini, dia juga membetulkan
kesilapan (pemalar kosmologi) di dalam artikel Einstein yang bertarikh tahun 1917.
Orang pertama yang menggunakan solusi yang ditemui oleh Friedmann ini ialah seorang
saintis kosmik berbangsa Belgium, Georges Lemaitre (1894-1966). Dengan bergantung
kepada solusi-solusi ini, Lemaitre mempertahankan bahawa alam semesta mempunyai
permulaan dan ianya secara konstan berkembang seterusnya. Sebagai tambahan, dia
menyatakan bahawa sisa radiasi dari saat permulaan ini dapat dikesan. (radiasi
ini, yang dinamakan Kosmic Radiation Background) akhirnya di kesan melalui pemerhatian. Penemuan
Big Bang
Kenyataan bahawa alam semesta berkembang mencadangkan satu model yang
sangat berbeza dari model 'static universe' yang sebelum ini mengaut sambutan
umum. Pengembangan alam semesta menyatakan bahawa, apabila mengembara kembali
ke dalam masa, ruang cakerawala akan dibuktikan berasal dari satu titik tunggal.
Pengiraan menunjukkan bahawa 'titik tunggal' ini yang melabuhkan segala material
alam semesta seharusnya mempunyai 'isipadu sifar' dan 'kepadatan tidak terhad'
(infinite density). Alam semesta ini wujud melalui letupan titik tunggal ini dengan
isipadu sifar. Letupan ini dinamakan 'Big Bang' dan teori ini dipanggil berdasarkan
letupan ini. Kamu akan merasa takjub bagaimana satu titik tanpa isipadu,
iaitu, tanpa sebarang ruang, dan dengan kepadatan yang tidak terbatas boleh wujud.
Sebenarnya, 'satu titik tanpa isipadu dan kepadatan tanpa terhad' adalah satu
bentuk ekspresi bersifat teori. Secara saintifik, satu titik yang diterangkan
dengan memiliki 'isipadu sifar' adalah bermaksud satu titik tanpa sebarang isipadu.
Sebenarnya, satu titik tanpa sebarang isipadu bermaksud bahawa ianya 'tidak wujud'.
Oleh hal yang demikian, alam semesta diciptakan wujud dari alam tiada. Fakta ini
membatalkan hipotesis materialisme iaitu 'alam semesta telah wujud tanpa permulaan'.
Percubaan 'steady state'
Fred Hoyle | Ahli
astronomi yang menganut falsafah materialisme menentang teori Big Bang ini dan
mengemukakan pula teori 'steady state'. Punca kepada usaha ini telah di dedahkan
di dalam kata-kata A.S Eddington, "secara falsafah, fahaman suatu permulaan yang
mendadak kepada alam semulajadi yang ada hari ini adalah menjijikkan bagiku". 3
 |
Ahli matematik dan astronomi terkemuka dunia Sir Fred Hoyle adalah
salah seorang yang tidak senang dengan teori Big Bang. Di pertengahan abad itu,
Hoyle melaungkan teori 'steady-state', yang serupa dengan konsep 'constant universe'
di abad ke 19. Sekalipun dia menerima bahawa alam semesta berkembang, Hoyle mempertahankan
bahawa alam semesta tidak terbatas dalam ukuran dan abadi dalam jangka hayat.
Berdasarkan kepada model ini, sama seperti pengembangan alam semesta, materi secara
mendadak wujud dengan sendiri dan terhad kepada takat yang diperlukannya. Dengan
satu tujuan berpura-berpura untuk menyokong 'kewujudan mutlak material' -asas
falsafah materialisme- teori ini (steady-state theory) secara total berbeza dengan
teori 'Big Bang', yang menyokong bahawa alam semesta mempunyai permulaan.
Golongan yang mempertahankan teori steady-state menolak Big Bang untuk masa yang
lama. Dunia sains, akan tetapi berterusan menentang mereka. Bukti
baru bagi Big Bang: Dataran radiasi kosmik (Cosmic Background Radiation) Pada
tahun 1948, George Gamov hadir dengan satu lagi pendapat berhubung dengan Big
Bang. Dia menyatakan bahawa selepas pembentukan alam semesta melalui satu letupan
yang besar, sisa radiasi yang tertinggal dari letupan ini seharusnya wujud di
ruang alam semesta. Bahkan, radiasi ini seharusnya tersebar secara seragam di
ruang cakerawala.
George Gamow | Bukti ini
yang mana 'seharusnya wujud' akhirnya berjaya ditemui. Pada tahun 1965, dua orang
pengkaji bernama Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui gelombang ini. Radiasi
ini, yang dinamakan 'cosmic background radiation', sangat berbeza dari sebarang
radiasi rawak yang datang dari arah-arah khusus di angkasa lepas. Ianya suatu
keseragaman yang luar biasa. Dalam perkataan lain, ianya tidak kelihatan seperti
dipancarkan dari sumber tertentu akan tetapi diterap ke seluruh angkasa.
Akhirnya ia difahami bahawa gelombang haba 3 darjah Kelvin berbentuk sekata yang
dipancarkan dari seluruh arah di angkasa adalah kesan dari saat pertama fenomena
Big Bang. Bahkan, bentuk ini sangat hampir serupa dengan bentuk yang telah diramalkan
oleh ahli saintis. Sekalipun mereka hanya mampu untuk membuat pengiraan hanya
pada panjang gelombang (gelombang mikro), Penzias dan Wilson telah dianugerahkan
Hadiah Nobel kerana menjadi orang pertama yang menunjukkan bukti asal Big Bang
ini melalui eksperimen. Pada tahun 1989, George Smoot dan kumpulan NASA
yang diketuainya telah menghantar kapal Cosmic Background Radiation Discovery
Satellite (COBE) ke luar angkasa untuk menyelidik radiasi dataran kosmik. Ia hanya
mengambil masa selama 8 minit untuk pengesan sensitif di satelit ini mengesahkan
pengiraan yang dibuat oleh Penzias dan Wilson. Pengesan ini secara tepat mengesahkan
kesan letupan Big Bang yang telah terjadi pada permulaan pembentukan alam cakerawala.
Dianggap sebagai penemuan astronomi paling hebat sepanjang masa, penemuan ini
tidak berakhir di sini. Ketika COBE1 dapat mengesan maklumat mengenai suhu pada
titik tertentu di angkasa, COBE 2 pula di teruskan, dengan menemui bahawa di sana
terdapat satu perbezaan suhu di antara dua titik di ruang angkasa. Ini menunjukkan
bahawa haba yang dihasilkan setelah proses Big Bang semakin menyusut. Setelah
kejadian ini, banyak saintis menjolokkan kejayaan COBE sebagai 'pengesahan luarbiasa
Big Bang'. Bukti selanjutnya:
pemusatan Hidrogen-Helium Satu lagi bukti penting Big Bang ialah
jumlah hidrogen dan helium di ruang angkasa. Berdasarkan pengiraan terbaru, ianya
diketahui bahawa pemusatan hidrogen-helium di alam semesta bersamaan dengan pengiraan
secara teori pemusatan hidrogen-helium yang terhasil selepas Big Bang.
Seperti yang diketahui umum, bintang-bintang menghasilkan tenaga dengan menukarkan
kandungan hidrogennya kepada helium melalui tindak balas nuklear (pelakuran nuklear).
Sekiranya alam semesta tidak mempunyai permulaan dan sekiranya ianya wujud tanpa
permulaan, maka semua hidrogen yang terdapat di bintang-bintang telah pun habis
digunakan dan telah bertukar kepada helium. Akan tetapi, fakta bahawa gas hidrogen
di (teras) bintang-bintang belum lagi habis digunakan dan bahawa bebintang masih
terus menghasilkan tenaga dengan menukarkan secara berterusan gas ini kepada helium
adalah bukti penting bahawa alam semesta bukanlah kekal dan sebenarnya ia mempunyai
permulaan. Kejayaan Big Bang
Semua bukti-bukti ini memaksa teori Big Bang untuk di percayai
oleh masyarakat saintifik. Model Big Bang adalah kedudukan terakhir yang dicapai
oleh sains dalam pembentukan dan permulaan cakerawala. Bersama-sama dengan Fred
Hoyle mempertahankan teori steady-state untuk beberapa tahun, Dennis Sciama menerangkan
kedudukan terakhir yang dicapai mereka setelah semua bukti bagi teori Big Bang
ditemui. Sciama menyatakan bahawa dia menyertai perdebatan hangat di antara penyokong
teori steady-state dan orang yang menguji teori ini dengan harapan mampu menolaknya.
Dia menambah bahawa dia mempertahankan teori steady-state bukanlah kerana ia kelihatan
seperti benar, tetapi kerana dia berharap ianya menjadi benar. Fred Hoyle berdiri
menentang semua tentangan-tentangan ketika mana bukti-bukti menentang teori ini
telah tersingkap. Sciama pergi jauh mengatakan bahawa dia permulaannya menyokong
Hoyle tetapi, ketika bukti-bukti yang ada telah terkumpul, dia terpaksa untuk
mengakui bahawa permainan telah tamat dan bahawa teori steady-state harus disingkirkan.4
Prog. George Abel dari Universiti California juga menyatakan
bahawa bukti yang ada hari ini mendedahkan bahawa alam semesta telah wujud berbilion
tahun lalu melalui proses Big Bang. Dia mengakui bahawa dia tidak punya pilihan
lain selain untuk menerima teori Big Bang. 5 Dengan kejayaan
Big Bang, konsep 'keabadian material' yang mendasari falsafah materialisme telah
dilontarkan ke dalam timbunan sampah sejarah. Kemudian, apakah yang wujud sebelum
Big Bang dan apakah kuasa yang membawa alam semesta kepada 'kewujudan' bersama-sama
dengan letupan ini ketika ia masih berada dalam 'ketiadaan'. Soalan ini sudah
pastinya menunjukkan, dalam kata-kata Arthur Eddington, suatu fakta yang 'tidak
menguntungkan secara falsafah', iaitu, hakikat kewujudan Maha Pencipta. Seorang
ahli falsafah terkemuka ateis Antony Flew menawarkan komennya berkenaan isu ini;
Terkenal, pengakuan adalah baik untuk jiwa. Dengan itu
saya akan bermula dengan mengakui bahawa ateis Strato telah diaibkan dengan ijmak
kosmologi kontemporari. Kerana ia kelihatan bahawa ahli kosmologi menyediakan
bukti saintifik terhadap apa yang telah diputuskan oleh St Thomas yang tidak dapat
dibuktikan melalui falsafah; iaitu bahawa alam semesta mempunyai permulaan. Sudah
lama alam semesta dianggap sebagai satu kewujudan tanpa pengakhiran, tetapi juga
tanpa permulaan. Ianya tetap mudah untuk mendesak bahawa kewujudannya dan apa
saja yang ditemui yang menjadi ciri-ciri asasnya seharusnya diterima sabagai satu
penjelasan yang mutlak. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa ianya tetap sentiasa
benar dan sudah pasti tidak mudah dan tidak selesa untuk mempertahankan kedudukan
ini ketika bersemuka dengan Big Bang.6 Kebanyakan
saintis yang tidak secara membuta menghindarkan diri mereka dari ateis telah mengakui
peranan Pencipta maha besar di dalam penciptaan alam semesta. Sang Pencipta ini
semestinya suatu zat yang mencipta materi dan masa, akan tetapi bebas dari keduanya. Roger
Penrose, seorang ahli fizik yang telah melakukan kajian ekstensif berkaitan dengan
asal usul alam semesta juga telah menyatakan bahawa cakerawala tidak lah terletak
hanya sekadar kebetulan, dan hal ini menunjukan ianya sudah pasti mempunyai suatu
tujuan. Bagi sesetengah orang, 'alam semesta adalah sedemikian rupa', dan ianya
wujud seadanya. Kita hanya wujud semata untuk meneruskan kehidupan di celah-celah
ruang segalanya. Worldview seperti ini tidak akan dapat membantu kita untuk memahami
alam semesta. Berdasarkan kepada pandangan Penrose, di sana terdapat banyak hal
yang bekerja di dalam alam semesta yang kewujudannya tidak dapat kita fahami hari
ini.7 Fakta
yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an 14 abad lalu Untuk meringkaskannya,
konklusi yang jelas yang dicapai di dalam bidang astrofizik ialah bahawa keseluruhan
alam semesta, bersama-sama dengan materi dan dimensi masanya, hadir untuk wujud
di masa sifar bersama dengan satu letupan besar (Big Bang). Sebelum Big Bang,
di sana tidak terdapat suatu apa seperti masa. Materi, tenaga, dan masa wujud
dari suatu keadaan ketiadaan di mana bukan materi atau pun tenaga atau pun masa
yang wujud, peristiwa ini dapat diterangkan hanya secara metafizik. Akan tetapi,
hakikat yang hebat yang ditemui oleh fizik moden ini yang baru diketahui di akhir
abad ini telah pun dinyatakan kepada kita di dalam Al-Qur'an 14 abad lamanya. (Dialah)
Pencipta langit dan bumi. Surah Al-An'aam; 101. Teori Big
Bang menunjukkan bahawa, pada permulaan, semua objek di dalam alam semesta berada
di dalam satu bahagian dan kemudian terpisah. Fakta ini, yang diandaikan oleh
teori Big Bang telah pun dinyatakan di dalam Al-Qur'an 14 abad lamanya, ketika
mana umat manusia hanya memiliki pengetahuan yang terhad mengenai alam semesta; Dan
apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi
itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan
daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak
juga beriman?. Surah al-Anbiya; 30. Seperti yang dinyatakan
pada permulaan bab ini, pengembangan alam semesta adalah satu bukti yang penting
bahawa alam semesta telah diciptakan dari tiada. Sekalipun fakta ini, yang telah
pun wujud sejak alam semesta diciptakan, masih gagl untuk diketahui oleh dunia
sains moden sehinggalah di abad ke 20 ini, Allah memaklumkan kita mengenai hakikat
ini di dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu;
Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya.
Surah az-Zariyat;47. Letupan
yang Menghasilkan Peraturan Hakikatnya, Big Bang menyebabkan
masalah yang lebih besar kepada golongan ateis dan materialis (kedua-dua istilah
ini adalah sama), dari pengakuan di atas yang dibuat oleh ahli falsafah ateis
Antony Flew. Big Bang membuktikan bukan sahaja alam semsta sebenarnya diciptakan
dari tiada, tetapi juga diciptakan di dalam perancangan yang amat rapi, sistematik
dan cara yang terkawal. Kesempurnaan peraturan yang timbul selepas Big Bang,
yang merupakan satu letupan, bagaimanapun seharusnya tidak menghasilkan suatu
ketertiban. Semua letupan-letupan yang diperhatikan sering membahayakan, menyebabkan
huru-hara, dan kemusnahan. Sebagai contoh, letupan bom atom dan hidrogen, letupan
api, gunung berapi, gas semulajadi dan solar semuanya ini mempunyai kesan kemusnahan. Akan
tetapi, sekiranya kita diperlihatkan kepada suatu susunan yang amat rapi yang
mengekori suatu letupan, maka kita pasti akan menyimpulkan bahawa di sana ada
suatu campurtangan kuasa 'supernatural' di sebalik letupan ini dan bahawa semua
serpihan yang bertebaran digerakkan dengan cara yang terkawal. Kenyataan
berikut yang dibuat oleh Sir Fred Hoyle, yang mengakui kesilapannya selepas beberapa
tahun berjuang menentang teori Big Bang, menerangkan situasi ini dengan jelas; Teori
Big Bang menyatakan bahawa alam semesta bermula dengan suatu letupan tunggal.
Tetapi, letupan hanyalah sekadar memisahkan materi, manakala Big Bang secara misteri
menghasilkan suatu kesan yang bertentangan -dengan pembungkusan materi bersama-sama
di dalam bentuk galaksi.8 Ketika menyatakan bahawa
cara Big Bang yang menghasilkan suatu susunan yang bertentangan, dia mentafsirkan
Big Bang dengan menyebelahi materialis dan menganggap bahawa ini adalah suatu
'letupan yang tidak dikawal'. Hakikatnya, bagaimanapun, dia menentang dirinya
sendiri dengan membuat kenyatan seperti ini dengan tujuan untuk menyingkirkan
kewujudan pencipta, Allah s.w.t. Sekiranya suatu susunan yang rapi timbul sebagai
hasil suatu letupan, maka konsep 'letupan tidak dikawal' mesti ditolak dan ianya
mesti diterima bahawa letupan ini secara luar biasa dikendalikan. Susunan
ini juga benar bagi semua peristiwa-peristiwa selepas Big Bang. Material yang
timbul bersama Big Bang adalah dalam bentuk partikel yang kita panggil 'partikel
atom'. Tetapi ini semua - seperti yang dinyatakan oleh Hoyle, secara 'misteri'
wujud bersama-sama dan membentuk atom-atom di setiap ruang dan di setiap bahagian
alam semeta. Tergubah menjadi susunan yang hebat, semua atom ini kemudian membentuk
galaksi-galaksi dengan melonggok di bahagian-bahagian tertentu di ruang semesta.
Dalam galaksi-galaksi, bintang galaksi ini membentuk bintang-bintang, dan di sekeliling
bebintang ini, sistem bintang dan planet pula wujud. Semua jasad-jasad cakerawala
ini terbentuk dengan secara luar biasa. Sekiranya kita memikirkan bahawa di sana
lebih kurang 300 bilion galaksi di dalam alam semesta, dan 300 bilion bebintang
di dalam setiap satu galaksi ini, kita dapat memahami dengan baik ukuran persoalan
keluarbiasaan susunan dan keseimbangan ini. Kesseimbangan
Yang Sempurna Satu lagi aspek susunan yang menakjubkan yang
terbentuk di alam semesta yang terhasil dari fenomena Big Bang ialah penciptaan
suatu 'alam semesta yang selamat dihuni'. Syarat-syarat bagi pembentukan suatu
planet yang selamat dihuni adalah banyak dan terlalu kompleks yang memustahilkan
untuk membuat tanggapan bahawa pembentukan ini adalah sekadar kebetulan.
Paul Davies, seorang profesor terkemuka dalam bidang teori fizik, telah
membuat pengiraan bagaimana 'keseimbangan' langkah pengembangan selepas Big Bang,
dan dia telah mencapai satu kesimpulan yang menakjubkan. Menurut Davies, sekiranya
kadar pengembangan alam semesta selepas Big Bang mempunyai nisbah yang kurang,
sekali pun satu dari satu bilion darab dengan satu bilion, tidak ada sejenis bintang
yang selamat dihuni akan terbentuk; Pengiraan yang
teliti meletakkan kadar pengembangan amat hampir kepada nilai kritikal di antara
alam semesta akan kehilangan gravitinya atau akan terus berkembang. Sedikit perlahan
maka kosmos akan roboh, sedikit laju maka material kosmik akan bertebaran lebih
jauh. Ianya amat menarik untuk bertanya secara tepat bagaimana getirnya kadar
pengembangan begitu 'amat seimbang' untuk jatuh ke dalam satu garis pemisah di
antara dua kemusnahan. Sekiranya pada masa I S (yang mana masa jenis pengembangan
telah diiktiraf kukuh) kadar pengembangan berbeza dari nilai sebenarnya melebihi
10-18, ia akan mencukupi untuk melontarkan keseimbangan yang teliti ini. Letupan
alam semesta yang bertenaga dengan itu berpadanan dengan ketepatan yang hampir
sukar untuk dipercayai kepada kuasa pengravitiannya. Big bang bukanlah, secara
pembuktian, sebarang letupan usang, tetapi letupan yang dengan indah mengatur
magnitud.9 Keseimbangan yang menakjubkan di dalam
alam semesta dengan ini diterangkan dalam sebuah majalah saintifik; Sekiranya
kepadatan materi alam semesta terlebih sedikit, maka alam semesta ini, berdasarkan
kepada teori relativiti Einstein, akan tidak berkembang disebabkan daya tarikan
partikel atom, dan akan roboh semula kepada satu titik. Sekiranya kepadatan pada
permulaannya sedikit kurang, maka alam semesta akan berkembang pada kelajuan yang
lebih tinggi, dan partikel atom akan gagal untuk terikat dan bertaup antara satu
sama lain dan bebintang dan galaksi tidak selamanya akan terbentuk. Secara semulajadi,
kita juga tidak akan wujud!!. Berdasarkan kepada pengiraan yang dibuat, perbezaan
di antara kepadatan sebenar yang pertama alam semesta dan kepadatan kritikal di
balik yang mana di sana tidak ada keserupaan pembentukannya adalah kurang dari
satu suku juta yang keseratus. Ini sama seperti meletakkan sebatang pen di hujung
matanya dan ia akan tegak berdiri sekalipun setelah satu bilion tahun. Bahkan,
keseimbangan ini semakin halus sewaktu alam semesta berkembang.10
 |
Ahli fizik terkemuka Prof. Stephen Hawking menyatakan hal ini mengenai
keseimbangan di dalam kelajuan pengembangan di dalam bukunya A Brief History of
Time: Sekiranya kadar pengembangan satu saat setelah
Big Bang menjadi lebih kecil sekali pun satu bahagian dari satu ratus ribu juta
juta, alam semesta pasti akan roboh sebelum ia mencapai saiz yang ada sekarang.11
Sebagai sambutan terhadap subjek yang menarik ini, Paul Davies menyatakan: Ianya
amat sukar untuk menentang keindahan bahawa struktur alam semesta yang ada hari
ini, secara jelas terlalu sensitif terhadap sebarang perubahan kecil, terlalu
berhati-hati untuk dihasilkan ...... seolah-olah keselarasan keajaiban nilai-nilai
numerik yang ditetapkan oleh alam kepada pemalar asasnya semestinya kekal sebagai
bukti yang paling mendesak kepada satu unsur rekaan kosmik.12 Dalam
perkaitan dengan set fakta-fakta yang sama, seorang professor Astronomi berbangsa
Amerika, George Greenstein menulis dalam bukunya The Symbiotic Universe: Setelah
kita perhatikan semua bukti ini, akal berada dalam keadaan mendesak yang timbul
bahawa suatu agen luarbiasa - atau, Agen- semestinya terlibat sama. (dalam pembentukan
alam semesta).13 Kita pasti akan menyimpulkan,
apabila kita mengkaji kehebatan sistem yang terdapat di alam semesta, bahawa kewujudan
alam semesta dan cara berfungsinya yang amat seimbang rapi dan sebuah susunan
yang amat kompleks untuk diterangkan dengan kuasa kebetulan. Sebagai bukti, ianya
tidak mungkin bagi keseimbangan dan peraturan (hukum alam) ini untuk terbentuk
dengan sendirinya dan dengan kebetulan setelah satu letupan besar. Pembentukan
peraturan alam seperti ini yang menyertai satu letupan seperti Big Bang hanya
mungkin terjadi sebagai suatu hasil campurtangan yang sedar di setiap peringkat.
Ini adalah penciptan Allah, yang mencipta alam semesta dari ketiadaan dan yang
mengawal dan menjaganya pada setiap saat. Kehancuran
Materialisme
Semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa dakwaan falsafah golongan
materialis yang merupakan dogma abad ke 19 telah dibatalkan oleh sains abad ke
20. Dengan menganggap bahawa setiap sesuatu hanyalah kandungan materi semata,
materialisme telah membuat kesilapan besar dengan menafikan kewujudan maha Pencipta
yang telah menciptakan zat-zat materi dan mentadbirnya. dengan mendedahkan perancangan
yang agung, rekaan dan peraturan yang terdapat di dalam sfera material, sains
moden telah membuktikan kewujudan maha Pencipta yang mentadbir sfera material
bumi, iaitu Allah. Kehebatan rekaan yang kita temui di dalam alam semesta juga
wujud di dalam dunia makhluk hidupan, membawa teori evolusi Darwin yang merupakan
penyokong paling kuat materialisme dimusnahkan. Materialisme yang telah
memporak perandakan sebilangan besar umat manusia untuk beberapa abad lamanya,
bersembunyi di balik topeng 'sains' di abad ke 19. Akan tetapi, di abad ke 21
ini, ia akan dikenang sebagai suatu kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan
sains. Umat manusia membahayakan dirinya sendiri disebabkan kepercayaan khurafat
seperti ini sama seperti dunia yang berada di hujung tanduk lembu, atau ianya
akan musnah, dan begitu juga akan halnya yang disebabkan oleh materialisme. |