|
Bab
3 RELATIVITI MASA DAN
HAKIKAT TAKDIR Semua yang telah diterangkan di atas menunjukkan sebuah
"ruang tiga-dimensi" sebenarnya adalah tidak wujud, ia hanyalah prejudis yang
diinspirasi oleh persepsi-persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam
"ruang kosong". Untuk mendakwa sebaliknya adalah bertentangan dengan sebab musabab
dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia material tiga-dimensi
yang sah. Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis
yang mendasari teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa kebendaan
adalah mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh falsafah materialis
ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal. Ini juga merupakan kepercayaan
karut seperti yang pertama juga.
Persepsi Masa Persepsi
yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode perbandingan satu ketika
dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya dengan satu
contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek, dia mendengar bunyi
tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima minit kemudian, dia mendengar
bunyi yang lain. Orang tersebut menerima bahawa terdapat jarak di antara bunyi
yang pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan ini jarak masa. Tetapi ketika
dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih
daripada sebuah imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat
di dalam memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi "masa" dengan membandingkan
saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak
dilakukan, tidak akan ada yang dipanggil persepsi masa. Selalunya, seseorang
itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang memasuki sebuah billik
melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang
ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung dengan saat ketika dia membuka pintu,
berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai
bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa berlaku apabila seseorang membandingkan
lelaki yang duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.
Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara
beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya sesorang itu tidak mempunyai
memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan
itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan
dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka
dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu
dan dia hanya akan mengalami suatu "ketika" yang sedang di diami kini. Penjelasan
Saintifik Ruang Kosong Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil
kira penjelasan para saintis dan cendekiawan di dalam subjek ini. Dengan menganggap
bahawa masa berundur ke belakang, Francois Jacob, seorang cendekiawan terkenal
dan profesor kehormat Nobel di dalam ilmu genetik, telah mengeluarkan kenyataan
berkut di dalam bukunya Le Jeu Des Possibles (The Possible and the Actual): Filem
yang dimainkan ke belakang, membolehkan kita membayangkan sebuah dunia yang masanya
bertundur ke belakang. Sebuah dunia di mana susu memisahkan dirinya daripada kopi
dan melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan kuali susu; sebuah dunia
di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding untuk dikutip di dalam sebuah
perangkap (pusat graviti), sebagai ganti memancar keluar daripada sumber cahaya;
sebuah dunia di mana seketul batu terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan
kerjasama mengejut daripada titisan-titisan air membolehkan batu tersebut lompat
keluar daripada air. Tetapi, di dalam sbuah dunia yang masa mempunyai sifat-sifat
terbalik, menyebabkan pemprosesan otak kita dan bagaimana memori mengumpul maklumat
berfungsi secaraa songsang. Masa silam dan masa depan akan menjadi sama dan dunia
akan muncul kepada kita seperti mana ia muncul kini.18 Memandangkan
otak kita telah terbiasa dengan satu pusingan peristwa tertentu, maka dunia ini
tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan di atas dan kita mendakwa masa berjalan
ke hadapan. Tetapi, ini adalah sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana
itu ia adalah relatif sepenuhnya. Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui
bagaimana masa berjalan atau sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan satu
petunjuk bahawa masa bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya sejenis persepsi.
Relatif masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting abad
ke-20, Albert Einstein, Lincoln Barnett, menulis di dalam bukunya the Universe
and Dr Einstein: Seperti juga ruang mutlak, Einstein
menolak konsep masa yang mutlak sebagai suatu yang kukuh, masa sejagat yang tidak
dapat disekat bergerak, mengalir daripada masa silam yang luas kepada masa depan
yang tidak terbatas. Kebanyakan kekaburan yang menyelubungi Teori Asas Relativiti
berpunca daripada kelemahan manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti
juga deria warna, adalah sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan
aturan objek-objek material, maka masa pula adalah atuan peristiwa-peristiwa.
Subjektiviti masa dapat dijelaskan dengan baik, melalui perkataan Einstein sendiri. "Pengalaman seorang individu", menurut Einstein, "muncul kepada kita di dalam
satu siri peristiwa-peristiwa"; di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa yang
kita ingati muncul di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat "awal" dan
"kemudian". Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu masa-I, atau masa yang subjektif.
Ini tidak dapat diukur di dalam dirinya sendiri. Saya boleh menggabungkan nombor-nombor
dengan peristiwa-peristiwa, di dalam satu cara yang melibatkan sejumlah nombor-nombor
yang meggabungkan peristiwa yang terkemudian dengan peristiwa-peristiwa yang awal. 19
 |
Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik
daripada buku Barnett: Ruang dan masa adalah intuisi, yang tidak dapat dipisahkan
daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz, Menurut
Teori Asas Relatif: "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah daripada
aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran".20
Memandangkan masa mengandungi persepsi ia bergantung sepenuhnya ke atas penerima
dan ia adalah relatif. Kelajuan pergerakan masa disukat
berdasarkan rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat
jam semulajadi di dalam tubuh manusia untuk mengesan dengan tepat betapa cepatnya
masa berlalu. Seperti yang dicatatkan oleh Lincoln Barnett: "Seperti mana warna
tanpa mata untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak
bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya".21
Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walau pun apa
yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya,
ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.
Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan lebih jelas.
Mari kita anggap bahawa kita telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang mempunyai
hanya sebuah tingkap direka dengan begitu teliti dan kita ditempatkan di situ
untuk beberapa lama. Biarkan sebuah jam di dalam bilik tersebut supaya kita dapat
melihat jumlah masa yang telah berlalu. Pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat
melalui tingkap bilik matahari terbenam pada tempoh tertentu. Beberapa hari kemudian,
jawapan yang akan kita berikan tentang berapa banyak masa yang telah diluangkan
di dalam bilik tersebut akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah kita
himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang
kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit. Contohnya,
kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama tiga
hari. Tetapi, sekiranya orang yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang
kepada kita dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama dua hari di
dalam bilik tersebut dan bahawa matahari yang dapat dilihat melalui tingkap telah
dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah
diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita lakukan tidak akan
mempunyai erti. Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki
tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif.
Relativiti masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains.
Teori asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan
kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat graviti. Apabila kelajuan
bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-oalah ia
berada pada tahap "berhenti". Mari kita jelaskannya
dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua oang kembar,
seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan
yang hampir dengan kelajuan cahaya. Apabila dia kembali, si pengembara akan mendapati
saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan
lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan
cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara
angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia
27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anak lelakinya berusia tiga tahun;
maka, apabila dia kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi), anak lelakinya
akan berusia 33 tahun, tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.22
Perlu ditegaskan di sini bahawa, relativiti masa ini tidak berlaku dengan memperlahankan
jam atau mempercepatkannya atau memperlambatkan perjalanan mekanisme spring. Tetapi,
ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period seluruh sistem material sehingga
kepada zarah-zarah sub-atom. Dengan kata lain, kesingkatan masa tidak seperti
pergerakan perlahan sebuah gambar bagi orang yang mengalaminya. Di dalam sebuah
latar yang masa menjadi singkat, degupan jantung, pereplikaan sel, dan fungsi
otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan manusia
di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa sama sekali menyedari
kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas sehingga perbandingan dilakukan.
Relativiti Di Dalam Al-Qur'an Kesimpulan yang dapat kita ambil
daripada penemuan-penemuan sains moden ialah bahawa masa bukannya sebuah fakta
yang mutlak seperti yang dianggap oleh para materialis, tetapi hanya sebuah perspsi
yang relatif. Perkara yang lebih menarik ialah fakta ini, yang tidak ditemui hanya
pada kurun ke-21 oleh sains, telah pun dimaklumkan kepada manusia di dalam Al-Qur'an
14 kurun yang lalu. Terdapat beberapa rujukan di dalan Al-Qur'an berkaitan dengan
relativiti masa. Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik
bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa,
latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Misalnya, hidup manusia
ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Qur'an: (Ingatlah
akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan
kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (surah Al-Isra:52) Dan
(Ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan
mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu
saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya
rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan,
dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia.
(surah Yunus:45) Di dalam bebrapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia
menerima masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa
yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung
ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik: Allah
bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal
di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian
dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja,
kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (surah Al-Mukmunun:112-114) Di
dalam ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berjalan pada jarak yang
berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza: Dan
mereka meminta kepada kamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal
Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah kepada mereka):
Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu
tahun dari yang kamu hitung. (surah Al-Hajj:47) Yang
dilalui oleh malaikat-malaikat dan jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima
dan menyempurnakan tugas masing -masing terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya
(dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan
hisab dan berat soal jawabnya). (surah Maarij:4) Semua ayat-ayat
ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyatan bahawa natijah ini hanya dapat
difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abab ke-21, telah disampaikan kepada
manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Qur'an, merupakan tanda bahawa Al-Qur'an telah
diturunkan oleh Allah, Yang menguasai seluruh masa dan ruang. Banyak kenyataan-kenyataan
di dalam Al-Qur'an menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini merupakan
bukti di dalam cerita-cerita ini, sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi.
Sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebut di dalam Al-Qur'an, berada di
dalam tidur yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila mereka terjaga,
mereka merasakan bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja,
dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka telah tertidur; Lalu
Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak
bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji
siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang
lamanya mereka hidup (dalam gua itu) (surah Al-Kahfi:11-12) Dan
demikanlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan
sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?"
(sebahagian dari) mereka menjawab : "kita telah tidur selama sehari atau sebahagian
dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui
tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa
wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana
jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk
kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh
(semasa di Bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa
pun menyedari akan hal kau. (surah Al-Kahfi:19) Situasi yang dijelaskan
di dalam ayat di bawah juga membuktikan bahawa masa sebenarnya adalah sebuah persepsi
psikologi: Atau (tidakkah engaku pelik memikirkan
wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri telah runtuh segala bengunannya,
orang itu berkata : "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri
ini sesudah matinya (rosak binasanya)? "lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan
tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya
kepadanya: "berapa lama engkau tinggal (di sini ? "Ia menjawab: "Aku telah tinggal
(di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan
engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah
kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatilah pula
kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini
ialah untuk) menjadikan engkau sebgai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia;
dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali
kemudian kami menyalutnya dengan daging". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa
yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin),
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(surah Al-Baqarah:259)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah yang telah menjadikan
masa dan juga berkuasa ke atasnya. Sebaliknya, manusia dikuasai oleh masa yang
Allah memerintahnya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat tersebut, manusia tidak
berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa
bahawa masa adalah mutlak (seperti yang para materialis lakukan di dalam mentaliti
mereka yang lemah), adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Takdir Relativiti
masa telah menjelaskan sebuah perkara yang amat penting. Relativiti masa boleh
berubah sehingga satu period masa yang kelihatan berbilion tahun tempohnya kepada
kita, mungkin hanya tinggal sesaat sahaja di dalam dimensi lain. Taambahan pula,
satu jangka masa yang besar berkembang daripada permulaan dunia sehingga penamatnya,
mungkin tidak tinggal walau sesaat melainkan hanya sedetik di dalam dimensi lain. Ini
adalah intipati sebenar konsep takdir- sebuah kosep yang tidak dapat difahami
dengan baik oleh ramai orang, terutamanya para materialis yang menafikannya. Takdir
ialah pengetahuan sempurna Allah terhadap semua kejadian-kejadian silam atau masa
hadapan. Sebahagian manusia mempersoalkan bagaimana Allah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa
yang belum berlaku dan ini menyebabkan mereka gagal untuk memahami kebenaran takdir
ini. Bagaimanapun, "peristiwa-peristiwa yang belum berlaku" belum berlaku kepada
kita. Allah tidak tertakluk kepada masa atau ruang kerana Dia sendiri yang menjadikannya.
Kerana itu, masa silam, masa hadapan dan masa kini tidak ada bezanya kepada Allah;
bagi-Nya segalanya telah berlaku dan telah tamat. Lincoln
Barnett menjelaskan bagaimana Teori Asas Relatif memandu kita kepada hakikat di
dalam buku the Universe and Dr Einstein: menurut Barnett, cakerawala ini dapat "dikuasai seluruh kehebatannya oleh satu kebijaksanaan kosmik" 23
Apa yang disebutkan oleh Barnett sebagai "kebijaksanaan kosmik" adalah kebijaksanaan
dan ilmu Allah, yang menguasai seluruh alam. Sebagai mana kita dapat melihat dengan
mudah seorang pemerintah yang awal, pertengahan dan yang terakhir, dan segala
unit yang di antaranya, semuanya, Allah mengetahui waktu kita hidup seperti satu
detik daripada permulaannya hingga ke akhirnya. Manusia hanya mengalami kemalangan
apabila masanya sampai dan mereka menyaksikan takdir yang telah Allah jadikan
untuk mereka. Perlu juga diberi perhatian terhadap pemahaman dangkal dan
terpesong terhadap takdir yang berlaku di dalam masyarakat. Fahaman salah terhadap
takdir ini berpegang kepada kepercayaan bahawa Allah telah menyiapkan "takdir"
kepada setiap orang tetapi kadang-kadang takdir-takdir ini boleh diubah oleh mereka.
Contohnya, apabila seseorang pesakit hidup semula masyarakat akan beranggapan
bahawa "dia telah menewaskan takdirnya". Tetapi, sebenarnya tidak ada orang yang
dapat mengubah takdirnya. Pesakit yang hidup semula itu sebenarnya tidak mati
kerana dia ditakdirkan untuk tidak mati. Demikian juga takdir mereka yang menipu
diri mereka dengan menyatakan "saya telah menewaskan takdir saya", dia juga telah
ditakdirkan untuk berkata demikian dan mempertahankan pemikiran tersebut.
Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah, yang mengetahui
masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan ruang, segalanya telah
ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa
yang disebutkan di dalam Al-Qur'an bahawa masa adalah kepunyaan Allah: beberapa
kemalangan yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam
Al-Qur'an di dalam satu cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum ini. Contohnya,
ayat yang menggarap bagaimana laporan yang akan manusia berikan kepada Allah di
hari akhirat telah dijelaskan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku: Dan
sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk
yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah
(terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali, maka dengan serta merta
mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing ). Dan akan bersinar terang-benderanglah
bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal
(untuk dibicarakan ); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi
di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit
pun.(surah Az-Zumar:68-69) Dan orang-orang kafir
akan dihalau ke neraka Jahanam dengan berpasukan-pasukan,..(surah Az-Zmar:71) Dan
orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan
.(surah Az-Zumar:73) Ayat-ayat lain yang membincangkan subjek ini: Dan
(setelah itu) datanglah tipa-tiap orang (ke padang mahsyar), disertai (dua malaikat:
yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi. (surah Al-Qaf:21) Dan
terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (surah
Al-Haaqah:16) Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan
suruhan Allah dan meninggalkan larangannya), mereka dibalas oleh Allah dengan
Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring
di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari
(usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.
(surah Al-Insan:12-13) Dan mereka diperlihatkan kepada
sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. (surah An-Nazi'at:36) Maka
pada hari itu, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.
(surah Mutaffifiin:34) Dan orang-orang yang berdosa
itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh
ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri
daripadanya. (surah Al-Kahfi:53) Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa
yang akan berlaku selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita ) telah dijelaskan
seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Qur'an. Allah tidak
tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya.
Allah telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa sifar: manusia telah melakukannya
dan semua peristiwa telah berjalan dan telah pun tamat. Telah dinyatakan di dalam
ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil berada
di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab:
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan
sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat
dari Al-Qur'an dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu
amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya.
Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau
seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil
dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam
kitab yang terang nyata. (surah Yunus:61) Kebimbangan
Materialis Isu-isu yang telah dibincangkan di dalam bab ini, terutamanya
landasan sebenar kebendaan, masa sifar, dan ruang kosong, adalah amat jelas. Seperti
yang telah disebutkan sebelum ini, ia bukan sebuah falsafah atau sebuah pemikiran,
tetapi adalah sebuah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi. Di samping ia
juga adalah sebuah kenyataan yang teknikal, bukti-bukti rasional dan logik juga
tidak memberikan alternatif lain ke atas isu ini: cakerawala ini adalah sebuah
ilusi keseluruhannya bersama semua benda yang di dalamnya dan manusia yang tinggal
di dalamnya. Ia adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi. Para materialis
merasa amat sukar untuk memahami isu ini. Sebagai contoh, sekiranya kita berbalik
kepada contoh bas Politzer: walau pun Politzer secara teknikalnya mengetahui bahawa
dia tidak dapat melangkah keluar daripada persepsinya, tetapi dia hanya mengakuinya
di dalam beberapa keadaan. Iaitu, bagi Politzer, peristiwa-peristiwa hanya berlaku
di dalam otak sehinggakan pelanggaran bas, tetapi apabila perlanggaran ini berlaku,
segalanya akan keluar daripada otak dan menjadi sebuah realiti fizikal. Kecacatan
logikal pada peringkat ini amat jelas. Politzer telah melakukan kesilapan yang
sama telah dilakukan oleh golongan materialis lain seperti seorang falsafah materialis
Johnson yang menyatakan "saya menyepak batu, kaki saya sakit, oleh itu ia wujud"
dan dia tidak dapat memahami bahawa kejutan yang dialami selepas impak bas tersebut
juga adalah sebuah persepsi. Sebab sebenar mengapa materialis tidak dapat
memahami subjek ini adalah kerana ketakutan mereka terhadap fakta yang akan mereka
temui jika mereka memahaminya. Lincoln Barnett menyatakan bahawa subjek ini telah
labelkan sebagai "tidak boleh dikaji"oleh sebahagian saintis: Bersama
dengan reduksi ahli-ahli falsafah bahawa semua realiti objek adalah sebuah bayangan
-dunia persepsi, saintis telah menyedari keterbatasan deria-deria manusia.24 Sebarang
rujukan yang dilakukan terhadap kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah
persepsi akan menambahkan ketakutan kepada seorang materialis, kerana ia adalah
satu-satunya kepercayaan yang diyakininya sebagai kewujudan yang mutlak. Dia sebenarnya
telah mengambilnya sebagai idola untuk disembah, kerana dia menyangka dia telah
diciptakan oleh kebendaan dan masa (melalui evolusi). Apabila dia merasakan
bahawa alam yang disangka dia tinggal di dalamnya, dunia ini, tubuhnya sendiri,
orang lain, para ahli falsafah lain yang dia terpengaruh dengan idea-idea mereka,
dan ringkasnya, segalanya, adalah sebuah persepsi, dia merasa telah dikalahkan
oleh kengerian semua ini. Segala yang dia bergantung padanya, mempercayai, dan
mencari jalan keluar kepadanya, akan musnah secara tiba-tiba. Dia merasakan putus
asa seperti mana yang akan di alaminya di Hari perhitungan di dalam keadaan yang
sebenar seperti yang telah disebutkan di dalam ayat: Dan
pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang
lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai
sekutu-sekutu Allah). (surah An-Nahl:87) Oleh itu, materialis ini
cuba meyakinkan dirinya sendiri pada realiti kebendaan, dan mereka-reka "bukti"
seperti; melagakan penumbuknya ke dinding, menendang batu, menjerit, berteriak,
tetapi mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada realiti. Seperti
mana mereka cuba menyingkirkan realiti ini daripada minda mereka, mereka juga
mahu orang lain untuk membuangkannya. Mereka juga menyedari sekiranya hakikat
semula jadi kebendaan diketahui umum secara keseluruhanya, keprimitifan falsafah
mereka dan penipuan mereka kepada dunia akan didedahkan, dan tidak akan ada lagi
landasan yang tinggal yang membolehkan mereka merasionalkan pandangan mereka.
Ketakutan ini merupakan sebab utama mengapa mereka merasa amat terganggu dengan
fakta-fakta yang disampaikan di sini. Allah menyatakan bahawa ketakutan
orang-orang kafir ini akan dilihat di hari akhirat kelak. Di hari perhitungan,
mereka akan disapa seperti berikut: Dan (ingatlah),
hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman
kepada orang-orang musyrik: "manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu
sifatkan (menjadi sekutu Allah)?". (surah Al-Anaam:22) Kemudian,
orang-orang kafir akan menyaksikan kedudukan mereka, anak-anak dan golongan-golongan
yang rapat dengan mereka yang mereka anggap sebagai benar dan menganggapnya sebagai
saingan kepada Allah, meninggalkan mereka dan musnah. Allah mengkhabarkan berita
ini di dalam ayat: Lihatlah bagaimana mereka berdusta
terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang
telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu. (surah Al-Anaam:24) Keuntungan
Orang-Orang beriman Sementara kenyataan bahawa kebendaan dan masa
adalah sebuah persepsi telah mencemaskan materialis, perkara yang sebaliknya pula
berlaku kepada orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman merasa gembira apabila
mengetahui rahsia di sebalik kebendaan ini. Realiti ini adalah kunci kepada semua
persoalan. Dengan kunci ini, semua rahsia akan terbuka, seseorang akan
dapat memahami isu-isu yang sukar difahaminya sebelum ini. Seperti yang
disebutkan sebelum ini, persoalan kematian, syurga, neraka, hari akhirat, perubahan
dimensi, dan persoalan-persoalan penting seperti, "di mana Allah?", "apakah benda
sebelum Allah?", "siapa yang menjadikan Allah?", "berapa lamakah kehidupan di
alam barzakh berlangsung?", "Di manakah syurga dan neraka?", dan "di manakah syurga
dan neraka berada kini?", semuanya akan dapat dijawab dengan mudah. Akan dapat
difahami dengan sistem apakah yang Allah gunakan untuk menjadikan seluruh alam
daripada tiada. bahkan, dengan rahsia ini, persoalan "bila", dan "di mana" tidak
akan mempunyai sebarang erti lagi kerana tidak akan ada masa dan ruang yang tinggal.
Apabila ruang kosong difahami, maka akan dapat difahami bahawa neraka, syurga,
dan bumi sebenarnya berada pada tempat yang sama. Sekiranya masa sifar difahami,
maka aka dapat difahami bahawa segalanya berlaku pada waktu yang sama; tidak ada
apa yang dinantikan dan masa tidak bergerak, kerana segalanya telah sedia berlaku
dan berakhir. Apabila rahsia ini dikaji, dunia ini akan menjadi syurga
kepada orang yang beriman. Segala perkara yang mendukakan seperti kebimbangan,
kerisauan, dan ketakutan akan musnah. Seseorang akan menyedari bahawa hanya ada
seorang Pemerintah, Dia yang mengubah seluruh dunia fizikal seperti yang dikehendaki-Nya
dan apa yang perlu dilakukan oleh manusia ialah berpaling kepada-Nya, dan menyerahkan
seluruh dirinya kepada Allah. (ingatlah) ketika isteri
Imran berkata "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yanag ada dalam
kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat
kepada-Mu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(Ali-Imran:35) Memahami rahsia ini merupakan
keuntungan yang paling hebat di dunia Dengan rahsia ini, satu lagi realiti
yang disebutkan di dalam Al-Qur'an akan ditemui: kenyataan bahawa
"Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya", (surahQaaf:16). Seperti
yang diketahui, urat leher berada di dalam badan. Apakah lagi yang lebih rapat
kepada seseorang daripada dalamannya sendiri? Situasi ini dapat dijelaskan oleh
hakikat ruang kosong. Ayat ini akan lebih difahami dengan memahami rahsia ini.
Ini adalah kebenaran. Sepatutnya ia telah membuktikan dengan jelas bahawa tidak
ada penolong dan pemberi rezeki yang lain selain daripada Allah. Tidak ada yang
lain selain Allah; Dialah satu-satunya Kewujudan mutlak (wahdatul wujud) yang
menjadi tempat berserah diri, memohon pertolongan, dan berharap untuk dikurnai.
| Mereka
berkata: "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selian dari apa yang
telah Engkau ajarkan kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Tahu lagi Maha
Bijaksana. Surah Al-Baqarah: 32 | |