Darwinisme ajar masyarakat pentingkan diri

Apabila membincangkan model ekonomi, apa yang kita lihat sekarang ialah golongan kaya semakin menambah kekayaan mereka, manakala yang miskin pula menanggung kemiskinan lebih berat. Mengikut sistem bertunjangkan kepada teori 'Social Darwinism' yang berasaskan kepada idea palsu bahawa dunia ini adalah tempat di mana manusia perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan dan dengan itu bebas untuk melakukan apa sahaja untuk hidup dan menang dalam persekitaran 'liar' ini.

('Social Darwinism' dianjurkan oleh Herbert Spencer dan orang lain yang bersetuju dengannya lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 serta digunakan untuk mewajarkan ideologi politik konservatif, imperialisme dan perkauman untuk menghalang usaha pembaharuan).

Realitinya, konsep kapitalisme mutlak masih ketara dalam masyarakat hari ini. Ia membabitkan penggunaan taktik kekerasan dalam banyak aspek tetapi kesilapan terbesarnya ialah ia tidak meletakkan sebarang sempadan bagi mana-mana pihak mengeksploitasi atau menghapuskan perniagaan kurang maju serta individu miskin.

Sebab itu, ungkapan 'ikan besar makan ikan kecil' menggambarkan keadaan itu dengan baik. Pada abad ke-20, kita menghadapi dua model utama ekonomi. Pertama, modal ekonomi liberal yang berasaskan kepada pemilikan hartanah secara persendirian dan pasaran bebas. Kedua, model ekonomi sosialis yang berasaskan pemilikan oleh negara atau pengurusan ekonomi berpusat.

Model yang disokong golongan sosialis menemui kegagalan dan mengakibatkan kepada kemiskinan yang tidak sepatutnya berlaku. Keadaan ini bermaksud 'kapitalisme laissez-faire' yang memberi keuntungan kepada pekerja biasa.

Bagaimanapun, aktiviti perdagangan bebas sahaja tidak mencukupi untuk membawa kemakmuran kerana jurang antara orang kaya dan miskin terus melebar. Untuk mengelakkan keadaan itu, pihak kerajaan boleh dan wajar melaksanakan pembaharuan sosial selain mengambil langkah keselamatan perlu bagi membantu mereka yang miskin, kanak-kanak dan penganggur.

Sebagai penambahan kepada perkara itu, satu semangat kerjasama dan solidariti sepatutnya kuat dalam masyarakat terbabit.

Seperti yang dinyatakan, 'Social Darwinism' adalah berdasarkan satu ideologi yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Spencer, seorang ahli intelektual British dan penyokong kuat 'Social Darwinism', yang menggerakkan penggunaan hujah Darwin paling terkenal kepada hal ehwal ekonomi iaitu 'orang yang paling kuat bertahan akan terus hidup.'

Ideologi ini adalah yang paling banyak diyakini penduduk Amerika Syarikat pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, satu era yang dipanggil 'Gilded Age', merujuk kepada detik pembangunan industri dan kedatangan imigran di Amerika Syarikat, yang mana pengeluaran besi dan keluli melonjak dan sumber seperti balak, emas dan perak meningkat untuk memenuhi permintaan berikutan sistem pengangkutan bertambah baik.

Era kedatangan imigran pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Amerika Syarikat yang dipanggil 'Gilded Age'.

'Social Darwinism' yang juga popular dalam kalangan elit British mengambil idea Darwin dan dipupuk dalam masyarakatnya. Seperti ditekankan penyokong teori ini, sekalipun tidak bermoral, ia adalah wajar kerana wujudnya kadar pendapatan tidak seimbang yang semakin besar.

Kaedah tidak bermoral

Bapa 'Social Darwinism', Spencer benar-benar percaya bahawa seorang yang miskin adalah salah dirinya sendiri dan tiada siapa patut membantunya untuk keluar daripada masalah itu. Jadi, jika seseorang itu kaya, itu adalah pencapaiannya sekalipun didapati secara tidak beretika.

Ideologi baharu ini yang semakin popular dalam sektor perniagaan dan dalam kalangan masyarakat meskipun kaedahnya tidak bermoral, tidak dikecam kerana dipandang selari dengan undang-undang kehidupan.

Suku abad yang lalu, seorang ahli falsafah yang juga penyokongnya, menjelaskan ideologi 'bengkok' ini dengan berkata: "Teori Darwin memang menjejaskan nilai tradisi. Secara khusus, ia menjejaskan idea bahawa nyawa manusia istimewa dan bernilai...ideologi Darwinisme menyanggah idea bahawa manusia wujud mengikut imej Tuhan dan rasional."

Satu contoh, Ernst Haeckel, pakar biologi Jerman, percaya orang kulit putih lebih baik berbanding orang Afrika dan Yahudi. Beliau orang pertama mempromosi konsep 'eugenics' iaitu kesan langsung 'Darwinisme' di Jerman. Haeckel meninggal dunia pada 1919 tetapi pandangannya digunapakai oleh Hitler yang membina kem pemandulan dan pembunuhan beribu-ribu orang kerana bukan daripada kaum 'Aryan'. Dua perang dunia juga meletus disebabkan sistem 'Darwinis.'

Langkah utama perlu diambil untuk menghalang ideologi kejam itu daripada berlaku sama ada komunisme, kapitalisme-hiper atau fasisme, ialah dengan menghapuskan penyebab utamanya iaitu 'Darwinisme' terutama mereka dari kalangan intelek.

Sebab utama mengapa penduduk dunia hidup serba kekurangan ialah kurangnya keyakinan kepada kewujudan Tuhan. Jadi, adalah penting bagi penganut agama bersatu dalam tindakan menentang sikap kebendaan dan menolak agama atau ateis.

Kod moral berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan patut menggantikan penerimaan teori Darwin dan boleh menyelesaikan banyak isu. 'Social Darwinism' mempromosi idea lumrah alam, ia menganjurkan penghapusan golongan lemah dan mewujudkan sikap kejam dalam kalangan masyarakat sedangkan kepercayaan kepada Tuhan akan mewujudkan sikap belas kasihan, saling melindungi, bersolidariti, bekerjasama dan berkongsi. Jadi, mereka yang bertambah kaya tidak semestinya mengeksploitasi yang miskin tetapi melindunginya.

http://www.bharian.com.my/node/278774

2017-05-04 13:54:10
Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top