MEMERANG - Pembina Empangan Yang Mahir

Muatturun buku

Download (DOC)
Baca secara online
Download (PDF)
Komen

Episod buku

< <
1 / total: 2
Memerang Pembina Empangan Yang Mahir
   



Karim adalah watak pertama di dalam buku kita ini. Dia gemar bersukan, membaca buku dan amat berminat dengan haiwan-haiwan. Terima kasih kepada buku-buku yang telah dibacanya, dia telah belajar banyak perkara tentang haiwan. Malah dia mengetahui perkara-perkara tentang haiwan yang orang lain tidak mengetahuinya. Dia mengenali haiwan-haiwan di dalam gambar dan mengetahui sifat-sifat mereka dengan baik. Kerana itulah, sahabat-sahabatnya sukakan Karim. Mereka suka berbual dengannya ketika rehat atau ketika pergi atau balik daripada sekolah.

Ibu bapanya mengetahui tentang minat Karim terhadap alam semula jadi. Oleh itu, mereka membawanya berjalan pada hujung minggu dan ketika cuti apabila cuaca baik. Di antara perjalanan-perjalanan ini, Karim paling sukakan perkhemahan musim bunga yang mereka pergi setiap tahun, kerana banyak perkara menarik berlaku kepadanya di dalam perkhemahan ini. Dia dapat berkenalan dan bersahabat dengan berbagai manusia, dan mempelajari tentang makhluk-makhluk yang menakjubkan. Apabila waktu perkhemahan semakin hampir, Karim menjadi lebih beria-ia tentang pengalaman-pengalaman mengejutkan dan pengembaraan yang akan diperolehnya di perkhemahan itu tahun ini.

Sekarang mari kita lihat apa yang berlaku kepada Karim di perkhemahan ini dan kita juga akan bertemu dengan watak-watak lain.


 
   
   


1 / total 2
Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top