Keajaiban Ciptaan Allah
Pengenalan
Di dalam buku ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini. Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu, termasuk diri kamu, kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros berwarna-warni, bunga violet, haruman semerbak, manusia, kucing, anjing, semut, lebah, kuda, burung dan rama-rama, ringkasnya semua yang telah dicipta oleh Allah. Kami menyoal kamu, “Pernahkah anda terfikir: dari manakah lebah yang kecil ini belajar menghasilkan madu yang begitu lazat?” Allahlah yang telah mengajar lebah ini untuk menghasilkan madu.
Terdapat mereka yang menceritakan tentang perkara-perkara ini. Mereka tidak percaya Allah telah mencipta segala-galanya dan mereka mereka-reka cerita tentangnya. Mereka digelar “penyokong evolusi” dan kisah yang mereka ceritakan dinamakan “evolusi”. Kami mahu anda mempelajari kebenaran, dan kerana itulah kami memulakan dengan memberitahu kamu perkara-perkara yang benar. Di bahagian kedua buku ini, kami akan menunjukkan bagaimana mereka yang mempercayai evolusi menipu manusia. Selepas kamu membaca buku ini, sekiranya pada suatu hari ada sesiapa yang meminta kamu mempercayai teori evolusi ini, kamu boleh memberitahu mereka teori evolusi tidak benar, dan Allah adalah Pencipta segala benda.
|