< <
6 / total: 19

Bosnia, Kosovo dan Macedonia

Rakyat Balkan Yang Sentiasa Dihimpit Peperangan

persecution

Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata tentang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian berpindah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya bersebelahan sahaja dengan negara-negara Eropah.

Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul keperawanannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.

Memusnahkan Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah

kosovo map

Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahulu kita mesti memahami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa setelah pembubaran Persekutuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang memiliki ramai umat Islam yang cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.

Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai "penerus Empayar Turki Uthmaniyyah." Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.

Kosovo

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), hari yang tidak berguna bagi orang- orang zalim permintaan maafnya dan bagi mereka laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk.
(Al-Mu'min, 40:51-52)

Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian barat laut Pristina dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan.

Ketakutan Terhadap "Albania Yang Lebih Hebat" Dan Kosovo

balkans

Pemandangan seperti ini adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian di Balkan.

Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara. Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru rantau tersebut dilukis?

Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Prospek penubuhan negeri "Albania yang Lebih Hebat", yang terdiri dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, "Albania yang Lebih Hebat" akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.

Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95 peratus dari keseluruhan populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga kira-kira 35% populasi Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000 orang Albania pula tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan Kosovo turut memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.

Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk "Albania yang Lebih Hebat" di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.

Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa ketakutan ini timbul lebih disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor etnik. Seperti juga Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam yang dilihat sebagai "tidak diperlukan."

Serbs

1 juta atau lebih umat Islam Kosovo yang lari dari penindasan Serbia terpaksa berhadapan dengan kesejukan, kelaparan, kehausan dan penyakit. Berpuluh-puluh ribu kehilangan nyawa, dan banyak lagi yang telah hilang.

Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.

Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.

Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa "Albania yang Lebih Hebat" dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi ganas yang anti-Islam.

Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men"Serbia"kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989, autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka. Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang Albania Kosovo.

Pembersihan Etnik di Balkan - BBC News, July 6, 1999
balkans balkans

Dipaksa meninggalkan kampung halaman disebabkan oleh serangan dan ancaman. Pada bulan Mac 1999, umat Islam Kosovo mula melarikan diri, lalu menjadikan kampung hala- man mereka terbiar. Kira-kira 3 bulan selepas itu, apabila mereka pulang, ia sudah berubah sama sekali. Rumah-rumah dibakar dan dalam keadaan hampir roboh. Saudara- mara terdekat hilang, kanak-kanak sakit dan harta-benda dirompak... Peperangan dan perpindahan telah merampas nyawa umat Islam Kosovo, kaya atau miskin, ke dalam keadaan yang sangat kacau-bilau.

kosovo

Gambar-gambar yang menunjukkan apa yang sedang berlaku di Kosovo telah dipampang di dada-dada akhbar, namun dunia masih berdiam diri. Pengkebumian beramai- ramai, rumah-rumah dibakar, dan bayi-bayi dibunuh di dalam bua- ian tidak membawa apa- apa kesan bagi kebanyakan manusia.

Bosnia: Pembunuhan Beramai-Ramai di Mata Dunia

Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang mempunyai hubungan dengan mazhab Kristian yang dipanggil "Bogomils" dan tinggal di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri. Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah Semenanjung Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiyaan dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan terhadap umat Islam pun bermula.

Serbs

Serb terus melakukan rompakan dan pembunuhan walaupun mereka berun- dur dari Kosovo. Satu juta umat Islam Kosovo yang melarikan diri hidup dalam keadaan yang sengsara.

Selepas Perang Dunia I, "Kerajaan Serbia, Crotia dan Slovenia" telah ditubuhkan, dengan itu telah mengumpulkan kesemua komuniti Slavs di kawasan tersebut. Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian daripada kerajaan tersebut. Pada 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang Dunia II, umat Islam Bosnia telah dicuri harta-benda mereka dan diawasi dengan begitu teliti sekali.

Kira-kira 200,000 umat Islam Bosnia dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun, dan 2 juta umat Islam lagi yang dipaksa melarikan diri dari kampung halaman ter- paksa berjuang untuk terus hidup dalam keadaan yang amat payah.

Semasa Perang Dunia II, kawasan tersebut telah dijajah oleh Jerman. Tahun peperangan tersebut telah menyaksikan kira-kira 100,000 umat Islam yang terkorban dalam siri-siri serangan di bandar-bandar dan perkampungan Bosnia. Serangan-serangan tersebut dilakukan oleh pejuang-pejuang ultra-nasionalis (Chetniks). Pihak komunis telah memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap Nazi, dan apabila perang tamat mereka mula mengambil-alih hal-ehwal pengurusan negara tersebut. Polisi penindasan terhadap umat Islam bangkit semula apabila komunis mula berkuasa. Yayasan-yayasan Islam diambil-alih, masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama dirampas, dan kempen intensif tentang propaganda ateis begitu rancak dijalankan. Kesannya, satu bahagian daripada populasi umat Islam telah dipaksa berpindah ke Turki dan negara-negara Eropah lain.

Bosnia_war

Sewaktu Perang Bosnia, jalanan men- jadi tanah perkuburan. Perkuburan beramai- ramai yang digali satu demi satu selepas perang memberikan gambaran jelas ten- tang dimensi genocide yang berlaku. (Gambar kanan) Sebuah perkuburan beramai- ramai yang dijumpai di Srebenica pada tahun 1996.

Apabila Perjanjian Perang Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herzegovina mengisytiharkan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, Serb telah menawan negara tersebut dan menjalankan penyembelihan selama tiga tahun. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun itu tidak kurang dari 200,000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka. 50,000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh-puluh ribu daripada mereka telah lumpuh.

mass grave

Askar-askar Serbia menyerang rakyat awam yang tidak bersalah dan mem- bunuh kanak-kanak. Hospital Mostar telah menyaksikan adegan-adegan memilukan sepan- jang berlakunya konflik (bawah).

Beberapa kes penyeksaan di sana yang dilaporkan oleh umat Islam kepada Kenyataan Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa PBB dengan jelas menunjukkan tahap penganiyaan yang telah dilakukan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.

Bosnian Muslims torture

askar Serbia menyerang rakyat awam yang tidak bersalah dan mem- bunuh kanak-kanak. Hospital Mostar telah menyaksikan adegan-adegan memilukan sepan- jang berlakunya konflik (bawah).

Badan kaku yang mati akibat dibunuh dibiarkan begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ada di antara mereka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang dibiarkan ditempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.

Srebrenica

Selepas Karadzic dan Miladic, Jeneral Obrenovic yang merupakan seorang komander Serbia bertanggung- jawab ke atas pembunhan beramai-ramai Srebenica. Beliau dan orang-orangnya telah mengebom bandar selama 5 hari dan membunuh 7,500 rakyat Bosnia yang cuba melarikan diri. Mereka telah menanam mayat- mayat dalam sebuah kubur besar bagi menghalang berita tersebut dari tersebar dan memusnahkan bukti. Namun demikian, selepas peperangan, kubur-kubur besar yang cuba disembunyikan oleh Obrenovic dan jeneral-jeneral yang lain telah digali satu demi satu.

Besic telah menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya kepada Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Hague, yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah-jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat para suspek. Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan dan dialami olehnya hanyalah beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.

A Picture of Serbian Cruelty ...
Serb atrocities

Terrifying pictures of the 1992 killing of a defenseless Muslim by a Serbian police officer....

Penyembelihan dan pembersihan etnik yang begitu lama di Bosnia mungkin sudah semakin sampai ke penghujungnya. Namun ia telah meninggalkan satu tragedi kemanusiaan yang sungguh mengerikan. Serb mengajukan ancaman-ancamannya, dan bertindak-balas terhadap kebangkitan Islam di Bosnia dengan kekejaman yang begitu dahsyat, yang dijalankan di hadapan mata penduduk dunia.

Harapan kami ialah rakyat Bosnia, yang dikenakan genocide kejam hanya kerana mereka beragama Islam, akan mendapat sokongan secara aktif dan praktikal dari mereka yang berkesedaran di segenap lapisan masyarakat, terutama sekali dari dunia Islam untuk membantu mereka memulihkan keadaan.

 

6 / total 19
You can read Harun Yahya's book Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam online, share it on social networks such as Facebook and Twitter, download it to your computer, use it in your homework and theses, and publish, copy or reproduce it on your own web sites or blogs without paying any copyright fee, so long as you acknowledge this site as the reference.
Mengenai tapak ini. | Jadikan mukadepan anda | Tambah ke pilihan anda | RSS Feed
Semua material boleh disalin, dicetak dan dikeluarkan dengan merujuk kepada laman ini.
(c) All publication rights of the personal photos of Mr. Adnan Oktar that are present in our website and in all other Harun Yahya works belong to Global Publication Ltd. Co. They cannot be used or published without prior consent even if used partially.
© 1994 Harun Yahya. Www.harunyahya.com
page_top
iddialaracevap.com adnanoktarhaber.com adnanoktarhukuk.com adnanoktargercekleri.net
FETÖ BAĞLANTISI YALANI
ŞEREF MALKOÇ AĞABEYİMİZDEN RİCAMIZDIR
MEDYAMIZ ÖZKAN MAMATİ İSİMLİ KİŞİNİN GERÇEK YÜZÜNÜ MUTLAKA BİLMELİDİR
HAKLARINDA HİÇBİR KESİN YARGI KARARI OLMAYAN SN. ADNAN OKTAR VE...
MERVE BÜYÜKBAYRAK AKIL HASTANESİNE SEVK TALEBİ GEREKTİRECEK NE YAPTI?
BASINA ÖZEL HAZIRLANAN SENARYOLARLA HAKKIMIZDA ALGI OLUŞTURULMAYA...
MİLLİYET GAZETESİ MAGAZİN YAZARI SAYIN ALİ EYÜBOĞLU’NA AÇIK MEKTUP
AYRILIP DAĞILMA GİBİ BİR NİYETİMİZ ASLA YOK!
YENİ ŞAFAK GAZETESİ YAZARI SAYIN HASAN ÖZTÜRK’E AÇIK MEKTUP
SAYIN ÖZLEM GÜRSES'E AÇIK MEKTUP
SAYIN MİNE UZUN'A AÇIK MEKTUP
DAVA DOSYASI BOMBOŞ ÇIKINCA MEDET UMULAN ESKİ BİR İFTİRA: "GİZLİ TÜNELDEN...
KONUNUN TARAFLARINA SÖZ HAKKI VERMEDEN TEK TARAFLI YAYIN YAPMASI HABERTÜRK...
SAYIN AHMET HAKAN'A AÇIK MEKTUP
HALK TV'YE AÇIK MEKTUP
OZAN SÜER ARKADAŞIMIZIN TUTUKLANMASIYLA İLGİLİ OLARAK AV. SENA AKKAYA...
TÜRK İNSANI ADİL, TARAFSIZ, DÜRÜST, İLKELİ VE SEVGİ DOLU BİR BASIN ÖZLEMİ...
İFTİRA ÜZERİNE KURULAN DAVAMIZIN TEMELİNDEKİ SEBEP: "HUSUMET"
HÜRRİYET GAZETESİ VE YAZARLARINA CESARETLE VE ISRARLA DOĞRUDAN YANA OLMAK...
SEVGİ, KARDEŞLİK VE SELAM GÖNDERME İDDİALARI TUTUKLAMA GEREKÇESİ OLAMAZ
MEHDİYET İNANCI SEBEBİYLE SAYIN ADNAN OKTAR’IN YANINDAN AYRILMADIĞIMIZ...
TOPLU BİR AKIL TUTULMASI: "GALEYAN"
ELVAN KOÇAK BEY’İN YANLIŞ BİLGİLENDİRİLDİĞİ HUSUSLAR
AV. CELAL ÜLGEN'E AÇIK MEKTUP–3
İNGİLİZ DERİN DEVLETİNİN ÜLKEMİZDEKİ ALÇAK, HAİN VE AŞAĞILIK KRİPTO...
SAYIN MİNE KIRIKKANAT HANIMEFENDİ’YE BİR KEZ DAHA DOSTLUK VE SEVGİ...
MÜŞTEKİ İFADELERİ HAKKINDA BASINDA YER ALAN GERÇEK DIŞI HABERLER
SEVGİDEN VAZGEÇMEK ZULÜM OLUR, TEK İSTEĞİMİZ SEVGİ TOPLUMU OLUŞMASI
2 YILDAN BU YANA CAMİAMIZA KARŞI YAPILAN HAK VE HUKUK İHLALLERİ, ZULÜM VE...
ALİ İHSAN KARAHASANOĞLU KARDEŞİMİZ MASUMİYET KARİNESİNE VE SAVUNMA HAKKINA...
ATV KAHVALTI HABERLERİNDEKİ ASILSIZ İTHAMLARA CEVABIMIZDIR
MİLLİ ÇÖZÜM DERGİSİ BAŞYAZARI AHMET AKGÜL’ÜN İFTİRALARA DAYANARAK YAPTIĞI...
SEVGİYE DAİR HER DAVRANIŞIN SUÇ KAPSAMINA SOKULMA GAYRETİNDEN ENDİŞE...
AV. SN. CELAL ÜLGEN'E AÇIK MEKTUP
CÜBBELİ AHMET HOCAMIZ’DAN MÜSLÜMANLAR HAKKINDA KONUŞURKEN ADİL, DÜRÜST VE...
İSTİKLAL İNTERNET HABER SİTESİ YAZARLARINDAN SAYIN ÖMER AKDAĞ’A...
MADDİ GELİR ELDE ETMEK UĞRUNA TERTEMİZ, NUR GİBİ İNSANLARI ACIMASIZCA YOK...
DOSYAMIZDA ETKİN PİŞMANLIK İFADELERİ DEĞİL, CAN HAVLİYLE KENDİNİ...
SAYIN MİNE KIRIKKANAT HANIMIN SAVUNMA HAKKINI VE DEĞERLİ AVUKATLARI HEDEF...
BASIN KORKU DEĞİL ADALET, DÜRÜSTLÜK VE TARAFSIZLIK ÜZERİNE KURULU YAYIN...
AKİT'TEKİ KARDEŞLERİMİZ YAYINLARINDAKİ HAKARETAMİZ ÜSLUBA KARŞI MUTLAKA...
SN. ADNAN OKTAR DURUŞMALAR BOYUNCA MASKE KULLANMIŞ, GENEL SAĞLIĞIN...
MÜMİN ALLAH’TAN GELEN İŞARETLERİ GÖRÜR VE HAYRA YORAR
KANAL D ANA HABER PROGRAMINI HUKUK VE VİCDAN SINIRLARI İÇİNDE YAYIN...
ARKADAŞIMIZ BÜLENT SEZGİN'DEN SAYIN AYŞENUR ARSLAN HANIMEFENDİ’YE AÇIK...
SAYIN ADNAN OKTAR VE ARKADAŞLARINI GÜYA TEHLİKELİYMİŞ GİBİ GÖSTERME OYUNU
ARKADAŞIMIZ SERDAR SUPHİ TOGAY'IN MAHKEME İFADESİNDEN BASINA YANSIYAN...
SÖZDE ETKİN PİŞMAN OLMAK ZORUNDA BIRAKILAN ARKADAŞIMIZ ALİ ŞEREF GİDER’İN...
TURNİKE İFTİRASINA İTİBAR EDİP DİLE GETİRENLERİN ASIL ÖNCELİĞİ...
AKİT CAMİASINDAKİ KARDEŞLERİMİZ BİZİM İYİ NİYETİMİZİ YAKINDAN BİLİR VE...
GERÇEKLER SAYIN DOĞAN KASADOLU'NUN HAYAL DÜNYASINDA YAŞADIĞINDAN VE...
ALİ İHSAN KARAHASANOĞLU KARDEŞİMİZE HANIMLAR HAKKINDA SAYGILI VE NEZAKETLİ...
MUHAFAZAKAR CAMİADA HAKKIMIZDA MERAK EDİLEN BAZI SORULARA CEVAPLAR
DURUŞMADA YÖNELTİLEN SORULAR İDDİANAMEDE YER ALAN SUÇLAMALARIN ASILSIZ...
ARKADAŞIMIZ SEDAT ALTAN'DAN DEĞERLİ GAZETECİMİZ SAYIN AHMET HAKAN'A AÇIK...
ARKADAŞIMIZ MERVE BÜYÜKBAYRAK'IN MİNE KIRIKKANAT HANIMEFENDİ'YE AÇIK...
ARKADAŞIMIZ KARTAL İŞ'TEN SAYIN DOĞU PERİNÇEK’E AÇIK MEKTUP
AV. SN. KEREM ALTIPARMAK’IN “İNTERNET ERİŞİM ENGELLERİ VE İFADE ÖZGÜRLÜĞÜ”...
"NİHAYET DERGİSİ"NDE, CAMİAMIZ HAKKINDA YAPILMIŞ GERÇEK DIŞI, ÇİRKİN BİR...
HALKI, HALKA EZDİREN SİSTEM SON BULMALI
KONU DEKOLTE DEĞİL, SEVGİMİZE VE DOSTLUĞUMUZA DUYULAN ÖFKE
INDEPENDENT-TÜRKÇE'NİN MÜSLÜMANLARA EVRİM TEORİSİNİ KABUL ETTİRME TAKTİĞİ
BUGÜN BAZI GAZETECİLERİN TUTUKLANMASINI ELEŞTİREN CNN TÜRK GECE GÖRÜŞÜ...
DEKOLTE GİYDİLER DİYE MASUM İNSANLARA YÜZLERCE YIL HAPİS CEZASI İSTEYİP...
SN. ADNAN OKTAR’IN MEHDİLİK İLAN EDEREK DEVLETİ ELE GEÇİRECEĞİ İTHAMI AKLA...
ARKADAŞIMIZ EMRE BUKAĞILI'NIN SN. FAZIL SAYIN AÇIKLAMALARINA CEVABI
SÜLEYMAN ÖZIŞIK KARDEŞİMİZİN DE CEMAATLERİN MİLLETİMİZ İÇİN DEĞERİNİ ÇOK...
ADNAN OKTAR OLMASAYDI...
SAYIN ERGUN YILDIRIM’IN “YENİ MEHDİLER” BAŞLIKLI KÖŞE YAZISINA...
NORMAL VE LEGAL BİR YAŞAMDAN YAPAY SUÇLAR ÜRETİLEREK "HAYALİ BİR SUÇ...
SAYIN ADNAN OKTAR’IN TUTUKLANMASININ ARDINDAN...
CÜBBELİ AHMET HOCAMIZ MÜSLÜMANLARA ATILAN İFTİRALARA İTİBAR ETMEMELİDİR
ODATV GENEL YAYIN YÖNETMENİ SN. BARIŞ PEHLİVAN'A AÇIK MEKTUP
KOMPLOCULAR, KORKUTARAK "SÖZDE" İTİRAFÇI YAPTIKLARI ARKADAŞLARIMIZ...
CUMHURİYET GAZETESİNE AÇIK MEKTUP
GENİŞ HAYAL GÜCÜ İLE KURGULANAN DAVA DOSYASI
MODERNLİK İSLAM’IN GELİŞİP YAYILMASINDA EN ETKİLİ YÖNTEMDİR
SN. ENVER AYSEVER’İN PROGRAMINDA GÜNDEME GELEN İTHAMLARIN CEVAPLARI
SN. ADNAN OKTAR: "ALLAH'IN VERECEĞİ KARARI TALEP EDİYORUM"
MİNE KIRIKKANAT GİBİ AYDIN VE DEMOKRAT BİR HANIMA HUKUKUN TEMEL İLKELERİNE...
Adnan Oktar: "Allah’ın vereceği kararı talep ediyorum."
Adnan Oktar: "Allah’ın vereceği kararı talep ediyorum."
YENİ AKİT GAZETESİ VE ODA TV’DE YER ALAN “UYAP’TAN SANIĞIN ADI SİLİNDİ”...
SAYIN BİRCAN BALİ'YE CEVAP
SAYIN AVUKAT CELAL ÜLGEN'E AÇIK MEKTUP
SAYIN ALİ İHSAN KARAHASANOĞLU'NA CEVAP
SAYIN ADNAN OKTAR VE CAMİAMIZA YÖNELİK MANEVİ LİNÇ
SN. DOĞU PERİNÇEK VE SN. PROF. DR. ALİ DEMİRSOY'UN ÖNEMLİ OLDUĞUNU...
SAYIN PROF. DR. NURAN YILDIZ'A AÇIK MEKTUP
SN. ADNAN OKTAR VE ARKADAŞLARININ İSRAİL VE MUSEVİLERLE OLAN...
CAMİAMIZA YÖNELİK "YURTDIŞI LOBİ FAALİYETLERİ" İSNADI İLE İLGİLİ...
FETÖ'YE KARŞI EN GÜÇLÜ ELEŞTİRİLERİ SN. ADNAN OKTAR YAPMIŞTIR
DELİL VE ŞAHİT OLMADAN SUÇSUZ İNSANLARI CEZALANDIRMAK KUR’AN’A UYGUN...
ARKADAŞLARIMIZ MUAZZEZ VE YILDIZ ARIK’IN DURUŞMADAKİ GERÇEK DIŞI...
İNSANLARA NEREDE VE KİMLERLE YAŞAYACAKLARINA DAİR BASKI VE DAYATMADA...
ARKADAŞIMIZ BERİL KONCAGÜL’ÜN DURUŞMADAKİ GERÇEK DIŞI İDDİALARINA...
KANAL D'NİN UYDURMA HABERİ
MERVE BOZYİĞİT'İN DURUŞMADAKİ AÇIKLAMALARI KUMPASI GÖZLER ÖNÜNE SERDİ !!!
ARKADAŞLARIMIZ ALTUĞ ETİ, BURAK ABACI VE CEYHUN GÖKDOĞAN'IN...
KUMPASÇILARIN ARKADAŞLARIMIZA BASKI VE TEHDİTLE DAYATTIĞI GERÇEK DIŞI...
"NORMAL HAYATIN SUÇMUŞ GİBİ GÖSTERİLMESİ" ANORMALLİĞİ
ARKADAŞIMIZ ÇAĞLA ÇELENLİOĞLU'NUN DURUŞMADAKİ İDDİALARINA CEVABIMIZ
YENİ ŞAFAK VE GÜNEŞ GAZETELERİNDEKİ GERÇEK DIŞI İDDİALARA CEVAP
SAVUNMA HAKKIMIZ NASIL ENGELLENDİ?
ARKADAŞIMIZ ECE KOÇ'UN DURUŞMADAKİ İDDİALARINA CEVABIMIZ
ARKADAŞLARIMIZ MUSTAFA ARULAR VE EMRE TEKER'İN DURUŞMALARINDAKİ...
ARKADAŞIMIZ AYÇA PARS'IN DURUŞMADAKİ İDDİALARINA CEVABIMIZ
KAMU VİCDANI YALANI
DEVLETİMİZİN VERDİĞİ SİLAH RUHSATLARI CAMİAMIZA DUYDUĞU GÜVENİN AÇIK BİR...
ASIL HEDEF İSLAM ALEMİ, TÜRKİYE, SAYIN ERDOĞAN VE AK PARTİ HÜKÜMETİ
GERÇEK MODERNLİK İSLAM DİNİNDEDİR
TV PROGRAMLARINDA SEVGİ DİLİ ESAS ALINMALIDIR
"Allah'tan tahliyemizi istirham ediyorum"
AKİT GRUBUNA AÇIK MEKTUP
"....Allahvar.com sitesi kapatıldı, düşmanım bu siteyi yapmış olsa...
GARDIROP YALANI
SAYIN DOĞU PERİNÇEK'E AÇIK MEKTUP
'CRACKED.COM' SİTESİNDEKİ İDDİALARA CEVAP
1999 KAN KAMPANYASI TAMAMEN MEŞRU VE LEGAL BİR ORGANİZASYONDUR
HAKİM VE SAVCILARIMIZ YALNIZCA KANUN, HUKUK VE VİCDANI ESAS ALMALIDIR
HARUN YAHYA KÜLLİYATININ İMHASI ÇOK VAHİM VE TARİHİ BİR HATA OLUR
DİYANET İŞLERİ BAŞKANLIĞI RAPORUNA CEVAP
İLERİ DERECEDE MODERN GÖRÜNÜM VE DEKOLTE GİYİM TARZININ NEDENLERİ
"Adnan Bey’in çevresindeki her insan hayat dolu, mutlu, cıvıl cıvıl.”
SUÇSUZ BİR GENÇ KIZ DAHA HUKUKSUZ OLARAK TUTUKLANDI
SÖZDE İTİRAFÇI VEYA MÜŞTEKİ OLMAYA ZORLANMIŞ KARDEŞLERİMİZE ACİL KURTULUŞ...
YENİ BİR SAFSATA DAHA
"Müslümanlar Kardeştir..."
"Biz silahlı suç örgütü değiliz"
MEHDİYETİ GÜNDEME GETİRMEK LİNÇ KONUSU OLMAMALI
"Zorla alıkonma, İzole bir hayat yaşama iddialarını asla kabul etiyorum"
"Adnan Bey bizi çok sever, hep onore eder"
MEDYANIN ZORAKİ "BENZERLİK KURMA" TAKTİĞİ
"Ortada silahlı suç örgütü değil sadece birbirini çok seven arkadaş...
AYÇA PARS CANIMIZ GİBİ SEVDİĞİMİZ, MELEK HUYLU, MÜMİNE KARDEŞİMİZDİR
ÇOK DEĞERLİ BİR SİYASİ BÜYÜĞÜMÜZE AÇIK MEKTUP
"ALIKONMA" SAFSATASI
KUMPASÇILARIN KORKUTARAK İFTİRACI DEVŞİRME YÖNTEMLERİ
BERİL KONCAGÜL TEHDİT ALTINDADIR, CAMİAMIZA İFTİRAYA ZORLANMAKTADIR!
TAHLİYE OLAN ARKADAŞLARIMIZ HİÇ KİMSE İÇİN HİÇBİR ZAMAN BİR BASKI UNSURU...
AV. CELAL ÜLGEN ADİL VE DÜRÜST OLMALI
AKİT TV SUNUCUSU CANER KARAER HAKKINDA ÖNEMLİ BİLGİLENDİRME
MASUM İNSANLARIN TAHLİYESİ TAMER KORKMAZ'I DA SEVİNDİRMELİDİR
"Adnan Bey için ailelerimizle arasının iyi olmadığına dair iftiralar...
"Türkiye ve İslam Dünyasını zayıflatmak istiyorlar.."
"Adnan Bey`den ASLA ŞİDDET VE BASKI GÖRMEDİM..."
"Allah rızası için 40 yıldır Türk-İslam Birliği için çabalıyoruz"
"...En ufak bir suça dahi şahit olmadım..."
"Hakkımızda çok fazla SAHTE DELİLLER ÜRETTİLER..."
"Biz FETÖNÜN ANTİSİYİZ...."
“Bu dava sürecinde.... sözde dijital delillerin ibraz edilmemesi gibi pek...
"Zaten biz birbirimizi bu kadar çok sevdiğimiz için buradayız..."
"Biz bir arkadaş grubuyuz..."
"...Biz Vakıf faaliyetlerimiz ile her zaman Devletimizin yanında olduk"
"Biz kimseyle ilgili karalama faaliyeti yapmadık..."
"...Sözde tecavüz için mi buradaki arkadaşlarımla biraraya geleceğim?!"
"...Faaliyetlerimiz herkese hitap ediyor ..."
"Bizim amacımız şatafat içinde yaşamak değil, hiç kimsenin hitap edemediği...
"İnancım gereği ben insanlara yardım ederim"
"Ne yapsa "zorla" diyorlar. Zorla Gülümsüyor, Zorla, Zorla olur mu?"
"Bizim bir arada olma amacımız örgüt kurmak değil. ilmi mücadele...
"Biz birbirimizi Allah için seven.. arkadaşlarız"
"Polisler geldi, hangi eve operasyon yapacağız derlerken, balkona çıkıp...
"Biz örgüt değiliz"
"Devletimizi desteklediğimiz çok hayırlı faaliyetlerimiz var, Bunlar...
"Biz Allah`tan Razıyız Allah da Bizlerden Razı olur inşaAllah"
"İddia edildiği gibi katı bir ortam olsa 40-50 yıl niye kalalım?"
"Neden cömertsin?" diye soruyorlar
"İngiliz Derin Devleti bunu duyunca çıldırdı..."
"Biz Milli değerler etrafında birleşmiş bir sivil toplum kuruluşuyuz"
"Bir imza atıp dışarı çıkmayı ben de bilirim. Ama iftira büyük suçtur."
"Ben varlıklı bir aileden geliyorum, Saat koleksiyonum var"
"Silahlı suç örgütü iddiası tamamen asılsızdır, yalandır, iftiradır."
"Bizim yaptığımız tek şey Allah'ın yaratışını anlatmaktır."
"Almanya'da İslamofobi var, İslam düşmanları var..."
Bir örgüt olsak devlet bizimle faaliyette bulunur mu?
DAVAMIZ METAFİZİKTİR – 2. BÖLÜM
DAVAMIZ METAFİZİKTİR – 1. BÖLÜM
MAHKEME SÜRECİNDE SİLİVRİ CEZAEVİNDE YAŞANAN EZİYET VE ZULÜMLER
"Ben Sayın Adnan Oktar `dan hiçbir zaman Şiddet, Eziyet, Baskı görmedim."
DAVA DOSYASINDAKİ CİNSELLİK KONULU İDDİALAR TÜMÜYLE GEÇERSİZDİR
DURUŞMALARIN İLK HAFTASI
"İNFAK" SUÇ DEĞİL, KURAN'IN FARZ KILDIĞI BİR İBADETTİR
GERÇEK TURNİKE SİSTEMİ GENELEVLERDE
Adnan Oktar davasının ilk duruşması bugün yapıldı.
AVK. UĞUR POYRAZ: "MEDYADA FIRTINA ESTİRİLEREK KAMUOYU ŞARTLANDIRILDI,...
Adnan Oktar'ın itirafçılığa zorlanan arkadaşlarına sosyal medyadan destek...
Adnan Oktar suç örgütü değildir açıklaması.
Adnan Oktar'ın cezaevinden Odatv'ye yazdığı mektubu
Adnan Oktar'dan Cumhurbaşkanı Sayın Recep Tayyip Erdoğan'a mektup
Casuslukla suçlanmışlardı, milli çıktılar.
TBAV çevresinden "Bizler suç örgütü değiliz,kardeşiz" açıklaması
Bu sitelerin ne zararı var!
Adnan Oktar ve arkadaşları 15 Temmuz'da ne yaptılar?
Sibel Yılmaztürk'ün cezaevinden mektubu
İğrenç ve münasebsiz iftiraya ağabey Kenan Oktar'dan açıklama geldi.
Adnan Oktar ve arkadaşlarına Emniyet Müdürlüğü önünde destek ve açıklama...
Adnan Oktar hakkında yapılan sokak röportajında vatandaşların görüşü
Karar gazetesi yazarı Yıldıray Oğur'dan Adnan Oktar operasyonu...
Cumhurbaşkanı Sayın Recep Tayyip Erdoğan'dan Adnan Oktar ile ilgili...
Ahmet Hakan'nın Ceylan Özgül şüphesi.
HarunYahya eserlerinin engellenmesi, yaratılış inancının etkisini kırmayı...
Kedicikler 50bin liraya itirafçı oldu.
Adnan Oktar ve arkadaşlarına yönelik operasyonda silahlar ruhsatlı ve...
FETÖ'cü savcının davayı kapattığı haberi asılsız çıktı.
Adnan Oktar ve arkadaşlarının davasında mali suç yok...
Cemaat ve Vakıfları tedirgin eden haksız operasyon: Adnan Oktar operasyonu...
Tutukluluk süreleri baskı ve zorluk ile işkenceye dönüşüyor.
Adnan Oktar’ın Cezaevi Fotoğrafları Ortaya Çıktı!
"Milyar tane evladım olsa, milyarını ve kendi canımı Adnan Oktar'a feda...
Adnan Oktar davasında baskı ve zorla itirafçılık konusu tartışıldı.
Adnan Oktar ve arkadaşlarının davasında iftiracılık müessesesine dikkat...
Adnan Oktar davasında hukuki açıklama
Adnan Oktar ve Arkadaşlarının Masak Raporlarında Komik rakamlar
Adnan Oktar ve Arkadaşlarının tutukluluk süresi hukuku zedeledi.
Adnan Oktar'ın Museviler ile görüşmesi...
Adnan Oktar ve arkadaşlarına yönelik suçlamalara cevap verilen web sitesi...
Adnan Oktar ve arkadaşlarına karşı İngiliz Derin Devleti hareketi!
Adnan Oktar iddianamesinde yer alan şikayetçi ve mağdurlar baskı altında...
Adnan Oktar iddianamesi hazırlandı.
SAYIN NEDİM ŞENER'E AÇIK MEKTUP
Adnan Oktar ve Nazarbayev gerçeği!
En kolay isnat edilen suç cinsel suçlar Adnan Oktar ve Arkadaşlarına...
Adnan Oktar kaçmamış!
BİR KISIM MEDYA KURULUŞLARINA ÇAĞRI !!!
FİŞLEME SAFSATASI
İSA TATLICAN: BİR HUSUMETLİ PORTRESİ
SİLİVRİ CEZAEVİNDE YAŞANAN İNSAN HAKLARI İHLALLERİ
MÜMİNLERİN YARDIMLAŞMASI VE DAYANIŞMASI ALLAH'IN EMRİDİR
GÜLÜNÇ VE ASILSIZ "KAÇIŞ" YALANI
ABDURRAHMAN DİLİPAK BİLMELİDİR Kİ KURAN’A GÖRE, ZİNA İFTİRASI ATANIN...
YALANLAR BİTMİYOR
SAÇ MODELİ ÜZERİNDEN KARA PROPAGANDA
TAHLİYE EDİLENLERE LİNÇ KAMPANYASI ÇOK YANLIŞ
MEDYA MASALLARI ASPARAGAS ÇIKMAYA DEVAM EDİYOR
Adnan Oktar ve Arkadaşlarının ilk duruşma tarihi belli oldu.
AKİT TV VE YENİ AKİT GAZETESİNE ÖNEMLİ NASİHAT
YAŞAR OKUYAN AĞABEYİMİZE AÇIK MEKTUP
KARA PARA AKLAMA İDDİALARINA CEVAP
Adnan Oktar ve FETÖ bağlantısı olmadığı ortaya çıktı.
TAKVİM GAZETESİNİN ALGI OPERASYONU
Adnan Oktar ve Arkadaşlarına yönelik suçlamaların iftira olduğu anlaşıldı.
"Bizler Suç Örgütü Değiliz..."